Malam Terakhir Kempen Ph Bn Di Semenyih


Diterbitkan 1 Mac 2019, 11:47 malam


PRK SEMENYIH | Pakatan Harapan (PH) dan BN masing-masing bersaing dalam menarik kehadiran penyokong pada ceramah di malam terakhir menjelang pilihan raya kecil Semenyih esok.

Di bandar Semenyih, PH yang terdiri kebanyakannya daripada penceramah DAP berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng antara penceramah utama yang hadir bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan exco Selangor Teng Chang Khim.

Lim dalam ucapannya menggesa orang ramai yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina agar menyokong calon PH, Muhammad Aiman ​​Zainali bagi menunjukkan mereka menolak politik perkauman dibawa Umno dan PAS.

"Mereka dakwa bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan, Peguam Negara atau Ketua Hakim Negara.
"Kita hidup pada abad ke-21, mari kita lupakan warna kulit kita, apa yang penting ialah keupayaan kita," katanya.

Sebahagian besar daripada orang ramai meninggalkan majlis ceramah itu selepas Lim selesai berucap.

Sekitar 600 meter jaraknya dari situ, satu ceramah lain diadakan di sebuah medan selera yang menyaksikan MCA menjadikan lokasi itu sebagai tempat ceramah mereka.

Kehadiran di situ dilihat agak kurang berbanding ceramah DAP.

Beberapa pemimpin yang berucap di pentas MCA ialah naib presiden MCA Ti Lian Ker dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.
Ceramah BN terbesar diadakan di Taman Pelangi, di mana penceramah utama adalah bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas anggota Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek.

Terdapat kira-kira 600 orang menyaksikan ceramah berkenaan.

Najib dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir populariti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Semalam ada pemimpin tiba di luar Tesco, tapi tak ada orang ambil selfie dgn dia, tak tau kenapa.
"Orang kata 'Bossku' memperhambakan rakyat, dia tak faham, bossku tu erti sahabat, ertinya boss itu rakyat. Saya kata saya tak ada kroni, yang kroni rakyat.

"Orang tuduh saya pencuri, saya pencuri hati rakyat," katanya.

Sementara itu, di Semenyih Indah, PH dan PAS mengadakan ceramah berhampiran antara satu sama lain.

Terdapat sekumpulan kecil penyokong di kedua-dua tempat dan jarak pentas juga tidak jauh, menyaksikan penceramah dari kedua-dua lokasi saling berbalas cakap antara satu sama lain.

Sementara itu Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim menggunakan skrin LCD besar untuk menyampaikan "kuliah" mengenai salah laku BN, khususnya yang dilakukan oleh Najib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/malam-terakhir-kempen-ph-bn-di-semenyih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Pdm Di Prk Semenyih Sudah Masuk Gear Lima

Kempen Pdm Di Prk Semenyih Sudah Masuk Gear Lima

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 406 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Sudah masuk gear kelima Begitulah gambaran suasana kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di semua Pusat Daerah Mengundi yang semakin agresif berkempen dalam usaha mereka menawan hati pengundi ...
Bekas Adun Umno Kempen Untuk Ph Di Semenyih

Bekas Adun Umno Kempen Untuk Ph Di Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 278 hits
Diterbitkan 21 Feb 2019 9 18 malamPRK SEMENYIH Adun Guar Chempedak Ku Abd Rahman Ku Ismail menjadi individu pertama dari kalangan bekas wakil rakyat Umno yang muncul untuk menyokong Pakatan Harapan pada kempen pilihan raya kecil Semenyih ha...
Prk Semenyih Jom Ikuti Amanat Tok Mat Hasan Malam Ini Di Fb Live

Prk Semenyih Jom Ikuti Amanat Tok Mat Hasan Malam Ini Di Fb Live

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR 1 Mac Tinggal beberapa jam sahaja lagi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan melabuhkan tirainya di mana esok 2 Mac Sabtu 53 520 pengundi biasa berdaftar akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil ra
Prk Semenyih Kempen Jelek Dari Kem Pembangkang

Prk Semenyih Kempen Jelek Dari Kem Pembangkang

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 323 hits
PRK Semenyih Kempen Jelek Dari Kem Pembangkang Satu demi satu Pilihan Raya Kecil yang berlaku di Selangor adalah amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat Demikian pendapat Ketua Umno Bahagian Puchong merangkap b...
Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 326 hits
SPR siasat bahan kempen provokasi di PRK Semenyih nbsp Dikemas kini 50 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Feb 2019 8
Semenyih Antara Malaysia Baru Dan Penyatuan Ummah

Semenyih Antara Malaysia Baru Dan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 421 hits
ULASAN Kehangatan cuaca masih belum mampu menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang berbaki kira kira seminggu saja lagi sebelum 54 471 pengundi berdaftar membuat keputusan siapa wakil rakyat baru mere...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Kini Dalam Dilemma Celaru Identiti Petanda Konspirasi Enau Semakin Berjaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Kini Dalam Dilemma Celaru Identiti Petanda Konspirasi Enau Semakin Berjaya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 546 hits
Enau Semakin Membelit Pakatan Harapan Cah Keting Sudah Pasti Berlaku Bekas Presiden PKR Wan Azizah kini terpaksa merayu pengundi Semenyih supaya memberi talian hayat kepada Pakatan Harapan berikutan gelombang penolakan rakyat terhadap PH se...
No More Development Please Say Semenyih Voters

No More Development Please Say Semenyih Voters

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 369 hits
Soo Wern Jun Free Malaysia Today Strange as it may seem villagers in Sungai Lalang and neighbouring areas in Semenyih including estates are not interested in more development Rather they want an improvement to their quality of life saying t...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Irresistible Beef Jerky Recipe With Prague Powder

Andaian Pru Parlimen Perlis

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya