Malam Itu Rumah Diserbu Pintu Dipecahkan Saya Diheret Sebagai Penjenay



20 September 1998: Pengalaman Bermulanya Perjuangan Aktivis Politik













Oleh: Sivamalar Genapathy





ULASAN: Pada tanggal 2 September 1998, Malaysia digegarkan oleh satu peristiwa yang tidak pernah terbayangkan—pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah Dr Mahathir Mohamad. Peristiwa ini bukan sahaja menggegar pentadbiran negara, malah membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat. Jiwa-jiwa yang sebelumnya pasif kini marak dengan keinginan membela keadilan.





Ketidakadilan yang dirasai rakyat bukan sekadar berita di halaman akhbar—ia mengalir ke jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 20 September 1998, dalam pergerakan yang dikenali sebagai Reformasi. Ribuan rakyat berkumpul, dengan tekad dan keberanian, mengangkat suara demi menuntut keadilan buat Anwar.





Ratusan antara mereka ditangkap, dipenjara, namun setiap titisan air mata dan peluh yang tumpah menjadi saksi kepada sebuah perjuangan yang akhirnya mencorakkan perubahan besar dalam politik tanah air. Dari abu ketidakadilan ini, lahirlah Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah simbol harapan dan pembelaan rakyat.





Kepercayaan ke atas sistem keadilan tergugat





Di Raub, sebuah pekan kecil di Pahang, peristiwa besar ini mungkin sepi, tiada riuh-rendah seperti di ibu kota. Tetapi di hati saya yang ketika itu seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud, pemecatan Anwar menggegarkan segala kepercayaan saya terhadap keadilan di negara ini. Bagaimana mungkin seorang pemimpin setinggi itu dianiaya begitu rupa? Apa pula nasib kita, rakyat kecil, yang mudah tertindas dan dibisukan?




Sivamalar Genapathy





Sebagai remaja yang setia membaca akhbar Harakah ketika itu, saya tahu masyarakat perlu celik dengan apa yang benar. Ketidakadilan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Pada usia 15 tahun, saya mendesak ayah agar memandu sejauh 45 batu ke Bentong hanya untuk mendapatkan akhbar Harakah.





Saya tidak hanya membaca—saya tahu saya perlu bertindak. Artikel-artikel itu saya salin dan sebarkan kepada rakan-rakan di sekolah, dengan harapan mereka juga dapat melihat kebenaran di sebalik tirai kuasa yang cuba menutup suara rakyat.





Namun, langkah kecil saya itu tidak lama kemudian menarik perhatian pihak berkuasa. Cawangan khas mula mencari siapa di Raub yang menyebarkan artikel-artikel ini. Mereka datang ke kedai fotostat tempat saya membuat salinan. Saat mereka bertanya tentang saya, pemilik kedai itu, seorang aunty Cina yang mengenali keluarga saya, membuat keputusan yang menyentuh hati.





Beliau tidak membocorkan identiti saya. Sebaliknya, beliau hanya mengingatkan saya, dengan nada penuh kasih, supaya lebih berhati-hati. Di sebalik wajahnya, saya melihat simpati dan solidariti, satu harapan yang tidak terucap, bahawa perjuangan kami, walau kecil, harus terus hidup.





Menggalas perjuangan menyatakan kebenaran





Detik itu menjadi titik penting dalam hidup saya. Dari seorang pelajar yang hanya melihat ketidakadilan dari kejauhan, saya kini berada di tengah-tengahnya, menyedari bahawa walau sekecil mana pun tindakan, ia mampu menggoncang kuasa yang menindas.





Pergerakan Reformasi, perjuangan untuk Anwar, dan pengalaman yang saya alami, semuanya membentuk hati dan fikiran saya—bahawa setiap kita, walau muda atau tua, miskin atau kaya, mempunyai kuasa untuk menyuarakan kebenaran.





Kini, setelah lebih dua dekad berlalu, saya sering melihat kembali ke masa lalu itu, dengan rasa syukur dan keazaman yang tidak pernah pudar.





Apa yang bermula di Raub pada hari itu adalah permulaan perjalanan yang penuh liku, tetapi setiap langkah yang diambil adalah langkah menuju keadilan. Sebagai aktivis dan ahli politik, saya terus berjuang, dengan semangat yang sama seperti ketika saya memulakan perjalanan ini—berpegang teguh kepada prinsip keadilan yang membara dalam diri saya sejak hari itu.





*Kredit foto: FMT

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/malam-itu-rumah-diserbu-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Amal Diserbu Polis Selamatkan Kanak Kanak Di Situ

Rumah Amal Diserbu Polis Selamatkan Kanak Kanak Di Situ

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 195 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR Beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat yang sedang disiasat Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipercayai diserbu pihak berkuasa malam tadi ...
Pemilihan Pahang Sebagai Tuan Rumah Muktamar Selepas Pn Dapat Lonjakan Kepercayaan Pru 15

Pemilihan Pahang Sebagai Tuan Rumah Muktamar Selepas Pn Dapat Lonjakan Kepercayaan Pru 15

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 100 hits
KUANTAN Pemilihan Pahang sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke 70 mempunyai isyarat jelas selepas parti itu mencapai keputusan yang agak baik pada Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berka...
Ramai Terkejut Bila Dapat Tahu Identiti Sebenar Penyondol Rumah Tangga Fazura Dan Fattah Amin

Ramai Terkejut Bila Dapat Tahu Identiti Sebenar Penyondol Rumah Tangga Fazura Dan Fattah Amin

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 164 hits
nbsp Bodyguard Fazura didakwa disekat selepas meninggalkan komen di Instagram penyondol berkenaan
Restoran Ikhwan Lengang Selepas Isu Liwat Dalam Rumah Amalnya Terbongkar

Restoran Ikhwan Lengang Selepas Isu Liwat Dalam Rumah Amalnya Terbongkar

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 189 hits
Semalam kecoh satu Malaysia apabila Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak kanak amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH R...
Pemberi Dana 20 Rumah Amal Op Global Di Siasat Amla

Pemberi Dana 20 Rumah Amal Op Global Di Siasat Amla

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 175 hits
Zuwairi Md YusofPemberi dana 20 rumah amal Op Global di siasat AMLA https www kosmo com my 2024 09 13 pemberi dana 20 rumah amal op global disiasat amla utm source dlvr it utm medium twitter utm campaign kosmo onlineSiaplah Penderma2 yang b...
Jais Diarah Siasat Semua Rumah Amal Sekolah Agama

Jais Diarah Siasat Semua Rumah Amal Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 154 hits
Mais ambil serius dakwaan penglibatan sekolah agama dalam kesalahan jenayah dan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor diarah melakukan siasatan ke atas semua rumah amal dan sekolah yang mem...
Status Rumah Tangga Sudah Retak Terjawab Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Status Rumah Tangga Sudah Retak Terjawab Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 145 hits
Teka teki mengenai status perkahwinan Fazura dan Fattah akhirnya terjawab selepas disahkan aktres jelita tersebut memfailkan penceraian terhadap suaminya nbsp View this post on Instagram nbsp A post shared by Nur Faz
Ayu Puteh Mahu Anak Cepat Kahwin Tak Suka Dituduh Perosak Rumah Tangga Fattah Amp Fazura

Ayu Puteh Mahu Anak Cepat Kahwin Tak Suka Dituduh Perosak Rumah Tangga Fattah Amp Fazura

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 150 hits
Penerbit Ayu Puteh mahu anak cepat kahwin susulan muncul pelbagai gosip tidak baik terutama dikaitkan sebagai perosak rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura baru baru ini Ayu atau Normashayu Puteh meluahkan perasaannya m...
Hiburan Kes Rumah Amal Global Ikhwan Kanak Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri Turut Diliwat Penjaga Kpn

Hiburan Kes Rumah Amal Global Ikhwan Kanak Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri Turut Diliwat Penjaga Kpn

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 308 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan modus operandi yang dilakukan 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service dan Business Holding termasuklah mengajar kanak kanak untuk meliwat dipaksa meliwat kanak kanak yang lain da...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang