Malam Ilmunisasi Puisi Alam Di Desa Gemalai Kembalikan Hakikat Kehidupan


CATATAN PERISTIWA

Rossem menyampaikan
cenderamata untuk Husam.DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu lepas (18/10/24) bergema dengan lagu-lagu puisi dan deklamasi puisi oleh beberapa penyair tempatan dengan diiringi gendang tradisi, rebana, serunai, gong dan canang.
Acara santai itu buat julung-julung kali diadakan di baruh tersebut. Dalam panahan sinar lampu kalimantan samar penuh romantika, terpaan bau baruh dan aroma padi yang sedang bunting, persekitaran bendang seluas kira-kira 15 ekar itu bergema dengan irama dan talun pendaklmator yang tampil dengan gaya tersendiri, bikin mengimbaukan masa lampau yang kian menjauhi diri. 
Ikut sama berkumandang ialah beberapa lagu puisi yang dicipta secara spontan, menambahkan kemeriahan suasana dan menggamitkan kenangan lalu tak semena-mena menguntum mekar di jiwa.  
Lebih ceria lagi majlis itu turut dihadiri sama Pengerusi TH Properties Datuk Husam Musa yang bertindak selaku perasmian majlis dan meluncur antologi Baruh Menangis karya Salleh Yaakob. Agak istimewa apabila acara sebegitu ikut dihadiri sama Husam yang sebelum ini kita hanya kerap melihatnya tampil di podium politik.
Hadirin santai dalam remang cahaya.
Majlis itu sebagai melakar sejarah tersendiri dicelah ketandusan aktiviti sastera ke belakangan ini, diusahakan bersama Yayasan Ahmad Albab dengan kerjasama Persatuan Seniman dan Warisan Kelantan (Pesta).
Disebelah siangnya berlangsung pameran lukisan yang bertemakan alam panorama klasik baruh padi organik berkenaan. Ilustrasi padi berlatar belakang baruh berkenaan dipamerkan dan turut dijual. 
Desa Gemalai merupakan baruh padi alami yang diusahakan oleh Yayasan Albab, ia dibangunkan bersumberkan ilham dicetuskan Husam semasa beliau berada dalam kerajaan Pas dahulu. 
Baruh organik itu sebagai kesenimbungan pelaksanaan idea bekas Exco Kelantan diera Tokguru Nik Aziz itu yang ditinggalkan kerajaan Pas selepas beliau tidak bersama lagi. Untuk jayakan baruh itu seorang pakar padi yang dianggap wali padi Pak Aied didatangkan khas dari Tasek Malaya Indonesia. 

Mohamad Sabu pernah mengunjungi 
Desa Gemalai Lubuk Jambu.Baruh padi itu sudah melewati dua musim penanaman yang diolah secara manual dan semulajadi, menjadikan ia satu-satu bendang padi alami di Kelantan. Kini terdapat lebih 40 jenis padi (variety terpilih bertaraf dunia) yang ditanam di baruh berkenaan, dan menjadi kunjungan dan lawatan mereka berminat dalam penanam padi termasuk daripada agensi kerajaan berkaitan pertanian seperti Kada, Mada, Jabatan Pertanian, Professor dan lain-lain. 
Bahkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Mohamad Sabu juga telah mengunjungi desa berkenaan dan memberi dorongan dan sokongan. 
Kerana keunikan Desa Gemalai itu, kini ia juga jadi salah satu lokasi wisata, berjaya menarik ramai pelancong termasuk murid sekolah, siswa dan mereka yang ingin merasai hayat alam padi semula jadi dan mengenali pelbagai jenis padi dan juga cara dan kaedah penanam secara alami yang menyubur dan memakmurkan bumi. Baruh itu bukan sahaja sekadar bercerita hal padi, tetapi segala habibat alam lain yang hidup mesra dengan pepohon padi, seperti ikan-ikan, belut, belalang, labah-labah, rama-rama, beburung, tikus dan sebagainya. 
Panorama yang terwujud disini bagaikan berada dalam sebuah lukisan hidup dan kehidupan sebuah alam semulajadi yang memukaukan perasaan dan indra.
Sesekali hadir di majlis seperti itu menyegar semangat dan menggamit kenangan lama yang kian terpendam dimamah usia. 

Saya mengambil inisiatif pulang bersama isteri hanya untuk sama-sama meraikan majlis tersebut. Kepulangan lebih untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama. Terima kasih kepada pihak yang menjadi nadi dan tunggak kepada pengatur acara berkenaan yang dinamakan Ilmunisasi Puisi, terutamanya Kang Rossem, sdr. Syam Ghaz dan sdr. Yusri selaku komander. 
Paling bertuah majlis itu mempertemukan saya dengan beberapa rakan penyair yang sudah lama tidak berada dalam satu majlis, yang mana dahulu kami adalah penjaja suara mempertahankan seni mengadakan pembacaan sajak di seluruh Kelantan. 
Antara yang menyempatkan diri hadir, Sanusi Yaakob (Nursanusi MH), Rosli K Matari, Mubin, Anbakri Haron dan lain-lain, yang mungkin hadir tetapi tidak terkeleh kerana menyelit di batas padi di kegelapan malam. Turut sama hadir sahabat daripada Kuala Lumpur sdr Din Deraman seorang pakar motivator dan bekas Adun 1970an Hashim Haji Omar (abang Hashim).
Paling manarik dan merujakan Husam yang memberi pengucapan berbau puitis menceritakan tentang keajaiban dan keistimewaan padi. Beliau yang merupakan seorang ilmuan politik sangat akrab dengan pertanian tidak pernah lelah menjelah ke seluruh benua untuk mengenali, mempelajari kaedah penanama dan mencari rahsia padi daripada negara-negara luar. Dan tidak lupa ikut "mengetek" benih-benih padi untuk dibawa pulang. 
Tidak salah kalau dikatakan Husam adalah politis ilmuan padi dan pakar argotecher dalam negara ini dimana minat dan pengetahuannya mengenai pertanian terutamanya hal ehwal padi dan penternak  khasnya Wagyu begitu luas dan mendalam. 

Abang Hashim, Anbakri dan Husam.Seperti mana katanya, terdapat 19,000 ribu jenis padi yang terdapat di India, itu adalah maklumat terbaru buat pengetahuan awam dimana sebelum ini saya sendiri tidak pernah mengira yang India adalah negara penanam padi terbesar dan hebat dunia. Dan sebahagian daripada jenis-jenis padi yang ada di benua India itu ada di baruh Desa Gemalai. 

Bagi Husam padi adalah rahsia kehidupan yang diciptakan Tuhan untuk diselami maknawinya. Beliau melarang membunuh padi, kerana membunuh padi adalah membunuh kehidupan manusia.Beliau menjelaskan padi yang memiliki dua warna unik untuk dimengerti, satu hijau dan kedua kuning. Hijau adalah warna alami semulajadi, melambang kesuburan dan kedamaian. Hijau padi adalah hijau asli dan bukan dibuat-buat dimana, hijau itulah yang perlu dipilih dan disanjung kemudian direalisasikan dalam kehidupan.

Salleh, Sanusi dan Rossem.Manakala warna kuning membawa dua pengertian. disamping warna ini indah dan menarik perhatian, kuning juga melambangkan kemusnahan dan kematian. 
Imbau beliau, apabila padi sudah sampai ke hujung  musim, (jangka hayat) ia berwarna kuning dan ketika itu ia akan dituai. Ertinya putaran hidup padi adalah simbolik kepada putaran hidup kita.
Justeru pesan Husam padi perlu dirawat dan dihormati kerana ia makanan asas manusia di sini. Kewujudan Desa Gemalai adalah klinik, hospitalliti sekaligus sekolah universal untuk menusia memahami dunia kepadian dan mengenali makrifat dan maknawinya.
Baruh jambu cuba mengembalikan nostalgia dan keindahan sawah dimasa silam yang permai, harmonis dan membahagi kian padam. Mereka yang pernah bermandi selut, mengejar belalang, menauk, merukah belakang kerbau, dan mengejar unggas dibendang akan merasai dunia itu tiba-tiba menjelma semula apabila berada di Desa Gemalai. Dega Gemalai bukan sekadar baru tetapi ia lingkungan terapi diri.
"Kita perlu jaga sawah dan padi kita. Kita jangan bunuh padi dan habitat, keaslian dunianya, kerana perbuatan itu seolah kita membunuh kehidupan kita sendiri," demikian pesan dan amanah Husam. [wm.kl. 11:43 am 22/10/24]
Rakaman gambar besar di malam Ilmunisasi Puisi di Desa Gemalai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/10/malam-ilmunisasai-puisi-alam-di-desa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Benar Soalan Tersebut Akan Berlaku Di Alam Barzakh

Adakah Benar Soalan Tersebut Akan Berlaku Di Alam Barzakh

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 100 hits
Jom kita buka tafsir untuk lihat fakta samada soalan Allah itu di alam barzakh atau ketika keluar dari kubur 1 Terjemahan biasa surah Ghafir ayat 16 Iaitu hari mereka keluar dengan jelas nyata tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun ...
Cari Kelainan Daging Wagyu Import Dari Jepun Di Restoran Awagyu Yakiniku Plaza Akadia Desa Parkcity

Cari Kelainan Daging Wagyu Import Dari Jepun Di Restoran Awagyu Yakiniku Plaza Akadia Desa Parkcity

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 309 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Korang pernah cuba makan Wagyu Apa yang bestnya kalau dapat makan daging wagyu ni Ada daging wagyu harga boleh cecah sehin...
Kehidupan Di Norma Baharu

Kehidupan Di Norma Baharu

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 98 hits
10 bulan 10 tahun 2020 Kacak tarikh ari tuk Sapo nikah ari tuk atau lahir ari tuk senang ingat tarikh Tahun 2020 tuk amat berlainan dari tahun tahun sebelum tuk Kehadiran Virus Covid 19 mengubah seratus peratus kehidupan manusio bukan ajak ...
Ahli Gisbh Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya Menteri Agama

Ahli Gisbh Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya Menteri Agama

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 106 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar memberitahu semua ahli GISBH yakin selamat alam kubur dan dikenal pasti melakukan penyelewengan akidah syariah dan akhlak tasawuf atau muamalat Ia hasil temu bual bersama
Penuntut Uitm Puncak Alam Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Kampus

Penuntut Uitm Puncak Alam Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Kampus

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 181 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com mySungai Buloh Penuntut semester satu Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Alam disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas rebah secara tiba tiba di dalam kampus di sini sem...
Puisi Hassan Untuk Kekal Berkuasa Banyak Perkara Dihalalkan

Puisi Hassan Untuk Kekal Berkuasa Banyak Perkara Dihalalkan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 78 hits
suara tvBy29 10 2024KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim di Parlimen hari ini berpuisi menyoal dirinya berkait hala tuju pentadbiran dan perjuangan reformasi dengan rencamnya politik yang terjadi Hassan menyusun kata k...
10 Destinasi Wisata Di Mandalika Dengan Keindahan Alam Yang Mempesona

10 Destinasi Wisata Di Mandalika Dengan Keindahan Alam Yang Mempesona

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 137 hits
Keindahan Wisata di Mandalika memang sudah tak diragukan lagi karena Kawasan di Lombok Tengah ini sempat memikat perhatian banyak wisatawan Wisatawan domestik dan mancanegara nampaknya sudah mengenal Kawasan ini Apalagi dengan adanya Moto G...
Sabar Itu Penting Dalam Kehidupan Berumahtangga

Sabar Itu Penting Dalam Kehidupan Berumahtangga

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 185 hits
Sabar dalam Rumahtangga Kunci Keharmonian yang Perlu Diamalkan Zaman sekarang ramai yang kata hidup ini lebih mencabar Cabaran kerja ekonomi keluarga semua boleh menambah tekanan Tambah pula dengan kehidupan berumahtangga di mana setiap har...
Antara Kehidupan Mewah Dan Biasa Dia Memilih Untuk Hidup Sederhana

Antara Kehidupan Mewah Dan Biasa Dia Memilih Untuk Hidup Sederhana

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 119 hits
Antara hidup kekayaan dan mewah dan kehidupan biasa dia memilih untuk hidup biasa tanpa undang2 yang dicipta dan bebas The Rise Of Ning Luo Yi Ning merupakan anak perempuan sah ketujuh dari keluarga kaya dan keluarga besar Luo Dia dibesarka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025