Malaikat Tidak Masuk Ke Dalam Rumah Orang Sedang Berjunub



SOALAN:
Benarkah Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang yang dalam keadaan berjunub?

JAWAPAN:
Junub berasal daripada sebutan janabah yang membawa erti jauh. Dari sudut istilah para fuqaha’ pula, Imam Al-Nawawi mendefinisikan junub dengan kata beliau: “Istilah janabah di sisi syarak merujuk kepada mereka yang keluar air mani dan juga mereka yang melakukan persetubuhan. Dinamakan junub kerana ia menjauhkan seseorang dari solat dan juga membaca Al-Quran.” [Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (2/159)]

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa memang terdapat nas syarak yang menunjukkan kepada perkara tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَدْخُلُ الْمَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلاَ كَلْبٌ وَلاَ جُنُبٌ
“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat padanya gambar, anjing, dan juga orang yang berjunub.” [Riwayat Al-Nasa’ie (262)]

Para ulama' hadith apabila mensyarahkan hadith ini mereka mengatakan bahawa Malaikat yang dimaksudkan tidak masuk ke dalam rumah ini adalah Malaikat Rahmat dan bukannya Malaikat al-Hafazhah (yang menjaga manusia dan mencatat perilakunya) dan bukan juga Malaikat Maut.

Kata Imam Al-Khattabi: “Yang dimaksudkan dengan malaikat di sini adalah mereka yang turun dengan membawa keberkatan dan rahmat dan bukannya Malaikat al-Hafazhah kerana sesungguhnya mereka sama sekali tidak berpisah dari orang yang berjunub atau pun orang yang tidak berjunub.” [Rujuk: Ma’alim Al-Sunan, Al-Khattabi (1/75)]

Syeikh Badruddin Al-‘Aini ketika mensyarahkan hadith di atas ini beliau berkata: “Yang dimaksudkan dengan junub dalam hadith ini adalah individu yang mengambil mudah dalam isu mandi junub dan menjadikan hal tersebut sebagai kebiasaan sehingga membawa kepada terlepasnya satu solat bahkan membawa kepada terlepasnya beberapa solat. Dan bukanlah yang dimaksudkan oleh hadith ini bagi mereka yang melewatkan mandi wajib namun dia berniat untuk mengerjakannya. Atau yang dimaksudkan dari hadith ini adalah mereka yang tidak mengangkat hadasnya secara menyeluruh atau secara sebahagian. Ini kerana, seseorang yang berwudhu' maka telah terangkat sebahagian hadas dari dirinya.” [Rujuk: Umdah Al-Qari, Badruddin Al-‘Aini (3/242)]

Justeru, makna golongan berjunub dalam hadith di atas ini bukanlah difahami secara mutlak. Namun, ia terkhusus kepada mereka yang memandang enteng lagi remeh kepada mandi wajib dengan meninggalkan ia secara terus dan membawa kepada meninggalkan solat. Ini kerana, jika hadith ini datang secara umum maka ia akan bercanggahan dengan perbuatan Rasulullah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah R.Anha beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَمَسَّ مَاءً
“Rasulullah SAW pernah tidur dalam keadaan berjunub tanpa menyentuh air (mandi wajib).” [Riwayat Abu Daud (228)]

Maka hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah tidur dalam keadaan berjunub dari sudut baginda tidak mandi wajib terlebih dahulu sebelum tidur dan menangguhkan perlaksanaannya sehingga baginda bangun dari tidur.

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa riwayat dan hujahan di atas kami menyatakan bahawa dalam berinteraksi dengan dua riwayat ini maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghimpunkan di antara kedua dua dalil. Dari sudut Malaikat membawa rahmat tidak masuk ke dalam rumah mereka yang mengambil mudah akan mandi junub, meninggalkan perlaksanaannya sehingga membawa kepada meninggalkan solat. Adapun mereka yang menangguhkan perlaksanaan mandi junub namun ada niat untuk mengerjakannya sebaik sahaja tiba waktu solat, maka mereka tidak termasuk dalam makna ancaman yang terdapat dalam hadith tersebut.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/malaikat-tidak-masuk-ke-dalam-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 593 hits
Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral itu adalah peringatan kepada semua oleh seseorang dilaman Facebook Ini ekoran dari beberapa gambar yang dikongsikan oleh netizen sejak beberapa minggu yang lepas Gambar gambar Iconic Br...
Tips Masuk Rumah Baru

Tips Masuk Rumah Baru

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 718 hits
Tips Masuk Rumah Baru Periksa dahulu bahagian bahagian wajib selepas terima kunci Setiap daripada kita pasti teruja apabila memiliki rumah sendiri Apatah lagi jika ianya rumah yang kita idam idamkan selama ini Tapi tahukah kita bukan semua ...
Kemenko Pmk Bantah Muhadjir Masuk Rumah Sakit Karena Corona

Kemenko Pmk Bantah Muhadjir Masuk Rumah Sakit Karena Corona

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 199 hits
Beliau sudah keluar dari RS Ada operasi kecil kata pihak Kemenko PMK
Jangan Benarkan Sesiapa Masuk Rumah Untuk Imunisasi Covid 19 Mkn

Jangan Benarkan Sesiapa Masuk Rumah Untuk Imunisasi Covid 19 Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 460 hits
Sepanjang musim wabak jangkitan Covid 19 ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan terhadap orang ramai untuk kepentingan mereka sendiri Sebagai orang awam bukan sahaja perlu menjaga kebersihan serta menghindari ...
6 Resep Masakan Sehari Hari Di Rumah Lezat Dan Sederhana

6 Resep Masakan Sehari Hari Di Rumah Lezat Dan Sederhana

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 301 hits
Masakan sehari hari di rumah memang sederhana tapi rasanya tidak kalah dengan masakan restoran Semua pasti setuju kalau masakan rumah selalu bisa bikin kangen terutama bagi orang yang merantau
Panduan Beli Rumah Teres

Panduan Beli Rumah Teres

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 393 hits
Salam sejahtera semua sebelum membeli rumah pastikan korang mengenal pasti ciri ciri rumah teres yang bagus Kenalah memilih takut nanti menyesal pula selepas beli bukan Maklumlah hutang rumah dengan bank ini sampai 35 tahun tau PANDUAN BELI...
Ada Rumah Hampir Jatuh Dari Tingkat 7

Ada Rumah Hampir Jatuh Dari Tingkat 7

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 383 hits
Reka bentuk rumah unik ini merupakan karya seniman Do Ho Suh Lelaki berasal dari Korea ini sebelumnya telah dikenal dengan reka bentuk rumahnya yang eksentrik Bentuk dari rumah unik ini memang seperti rumah kebanyakan masyarakat di Rhode Is...
Pembantu Rumah Curi Harta Ziela Jalil Bernilai Rm500k Dipenjara

Pembantu Rumah Curi Harta Ziela Jalil Bernilai Rm500k Dipenjara

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 945 hits
Seorang pembantu rumah kepada pelakon dan produser terkenal Datuk Ziela Jalil dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri barangan peribadi milik majikannya berjumlah lebih setengah juta bulan lepas Majistret ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord