Maksud Warna Pada Jalur Gemilang


Bendera Malaysia merupakan identiti unik negara kita Malaysia

Dikenali dengan nama Jalur Gemilang, simbol, warna dan lambang yang ada pada bendera ini mempunyai maksud tertentu yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia secara amnya

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memahami maksud segala simbol, corak dan warna pada Jalur Gemilang agar semangat cintakan negara tersemat dalam sanubari diri kita
Maksud Warna Pada Jalur Gemilang

Biru: 
Latarbelakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia

Kuning: 
Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu

Merah: 
Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta
Putih:

Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum
Pencipta Jalur Gemilang


Haji Mohamed bin Hamzah (Jawi: ‏محمد بن حمزه‎‎;‭ 5 Mac 1918 - 19 Februari 1993) merupakan seorang pereka bentuk bendera yang ahli dalam bidang veksilologi dan arkitek Malaysia. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu Bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan untuk membina banyak struktur dan bangunan kerajaan di negeri tersebut.
Beliau paling terkenal dengan karya-karyanya dalam mereka bentuk Bendera Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu), Jalur Gemilang. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak ditubuh, negara tersebut memerlukan satu bendera baharu bagi menggantikan bendera Malayan Union. Beliau juga terkenal kerana mereka bentuk jata negeri Johor, kad jemputan kerajaan Johor, lambang kerajaan, serta bangunan-bangunan seperti Dewan Jubli Intan di Johor.
Sumber : WikipediaFakta Jalur GemilangBintang Pecah 14 :
Menunjukkan perpaduan 13 Negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
Warna Kuning Anak Bulan Dan Bintang
Melambangkan warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Agong
Warna Putih
Menunjukkan Kesucian Dan Keluhuran
Warna Merah
Menunjukkan Keberanian
Warna Biru Tua
Menunjukkan Perpaduan rakyat berbilang kaum dalam luar negara
Bulan Bintang
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan dan negaraSejarah Penciptaan Dan RekabentukSejarah Bendera MalaysiaPada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan


Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950


Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali sebagai bendera Malaysia


Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut. Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang


Susunan Keutamaan Bendera Susunan keutamaan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Selaras dengan perlantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016, kedudukan Susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di- ertua-Yang di-Pertua Negeri, maka susunan keutamaan bendera yang diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut:

KEUTAMAAN NEGERI/WILAYAH 
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Terengganu
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Perak
10. Kelantan
11. Pulau Pinang
12. Melaka
13. Sabah
14. Sarawak
15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
16. Wilayah Persekutuan Labuan
17. Wilayah Persekutuan Putrajaya
Susunan kekananan DDYMM Raja-Raja dan TTYT Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang terkini adalah berkuat kuasa pada 13 Disember 2016


Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2023/08/maksud-warna-pada-jalur-gemilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 247 hits
Personal color analysis ataupun analisa warna peribadi ini telah menjadi satu perkara baru dalam dunia fesyen kini ARTIKEL BERKAITAN Kalau korang nak tahu ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti tona warna yang sesuai untuk seseorang ...
Patutlah Ada Api Warna Biru Merah Dan Putih Bukan Saja Saja Rupanya

Patutlah Ada Api Warna Biru Merah Dan Putih Bukan Saja Saja Rupanya

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 217 hits
Patutlah ada api warna biru merah dan putih Bukan saja saja rupanya Kebiasaannya kita lihat api lilin berwarna kuning api dapur berwarna biru manakala api dari unggun pula berwarna merah atau oren Kenapa ya Hal ini berlaku disebabkan perbez...
Pilihan Warna Bilik Tidur Mengikut Tema

Pilihan Warna Bilik Tidur Mengikut Tema

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 210 hits
Sebelum anda mengubah penampilan bilik tidur anda tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi atau penukaran perabut baru Cuma memerlukan kreativiti dan idea bagi melaksanakan proses pengubahsuai Di sini lamandekorasi mencadangkan 6 tips ya...
Produk Haram Di Jalur Self Declare Bpjph

Produk Haram Di Jalur Self Declare Bpjph

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 242 hits
Beberapa waktu yang lalu viral minuman dengan nama Nabidz yang dikenalkan sebagai wine halal Dalam kemasan minuman ini ada logo halal berbentuk wayang Minuman ini sesuai testimoni peminumnya memperbaiki stamina lelaki di kamar tidur dan mem...
Samsung Malaysia Introduces Gemilang Merdeka Promo Starting 1 August Till 30 September 2023

Samsung Malaysia Introduces Gemilang Merdeka Promo Starting 1 August Till 30 September 2023

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 382 hits
As we approach the month of August Malaysians will start to embrace the spirit of freedom and unity to commemorate its 66th Independence Day in 2023 And what better way to immerse oneself in the festive atmosphere than by indulging in a ple...
Benarkah Kalau Warna Air Kencing Keruh Macam Dalam Gambar Tanda Diabetes Ini Jawapan Pakar

Benarkah Kalau Warna Air Kencing Keruh Macam Dalam Gambar Tanda Diabetes Ini Jawapan Pakar

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 296 hits
Benarkah kalau warna air kencing keruh macam dalam gambar tanda diabetes Ini jawapan pakar Mungkin ramai yang tidak peka dengan warna air kencing mereka malah ada juga yang mungkin masih belum tahu bahawa mereka menghidap diabetes sebelum i...
Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 277 hits
Seorang wanita di Bogor Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Ke...
Maksud Fadilat

Maksud Fadilat

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 98 hits
fa d i lat Definisi Ar kemuliaan ketinggian kelebihan sembahyang sunat subuh
Apa Maksud Red Flag Yang Trend Di Media Sosial

Apa Maksud Red Flag Yang Trend Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 268 hits
Istilah Red Flag akhir akhir ini sering muncul dan tersebar di media sosial Terutamanya di aplikasi Twitter Instagram dan Tiktok Ini kemudian membuatkan ramai orang tertanya tanya tentang maksud perkataan Red Flag Kalau ditranslate dari bah...
Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

So Apa Sudah Jadi Malaysia

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord

Fadhilah Intan Pika Iskandar Istikharah Cinta Chord

Wknd Special A Yamaha Xt600 Street Tracker From Porto

Wey Mca Sudah Pupus Lo Mana Ada

Babi Tak Senang Duduk