Maksud Status Permohonan Bpn 2 0 Diterima
MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA
Anda nak tahu apa apakah maksud status permohonan BPN 2.0 diterima?Berikut adalah penjelasan terperinci dan mudah untuk anda.
Jika anda baharu sahaja mendaftar pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0, maka status ini akan dipaparkan.
Bermakna anda adalah dalam kategori permohonan baru. Ia juga memberi makna bahawa permohonan anda sedang diproses dan dinilai untuk diluluskan bergantung kepada kelayakan anda.
CONTOH SITUASI
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 15 Oktober 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan.
Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari.
Pihak LHDN pula memproses permohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima.
Ahmad hanya perlu menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Januari 2021. Bayaran BPN Ahmad akan dibayar secara sekali gus iaitu fasa 1 dan fasa 2.
MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA
Dalam perkara ini, ia terbahagi kepada dua golongan:
PEMOHON LAMA
Sekiranya anda adalah pemohon lama dari BPN 1.0 yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 yang lalu, anda akan mendapati status Permohonan Diterima secara automatik.Walaupun tidak perlu buat permohonan baru.
Anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.
PEMOHON BAHARU
Sekiranya anda adalah pemohon baru BPN 2.0 yang dilancarkan pada bulan September 2020 baru-baru ini, anda perlu daftar BPN 2.0 dan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 terlebih dahulu.
Selepas siap menghantar permohonan, barulah anda boleh buat semakan status BPN 2.0 samada diterima atau tidak.
Status Permohonan Diterima bagi pemohon baru bukanlah secara automatik. Jadi, ini juga bermakna, bagi pemohon baru, anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.
Ini kerana setiap permohonan baru akan diproses terlebih dahulu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
TUTORIAL SEMAK STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA ATAU TIDAK
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional 2.0, samada permohonan yang dihantar diterima atau tidak.
Sebelum sampai ke status LULUS, anda mesti menghantar permohonan BPN terlebih dahulu.
Secara ringkasnya, pada akhir permohonan, klik butang Hantar dan pastikan anda melihat mesej Berjaya.
Kami andaikan anda sudah mempunyai ID Penggguna dan boleh Log Masuk.
Klik Log Masuk di https://bpn.hasil.gov.my
Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
Kami andaikan anda klik Ya
Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
Masukkan Kata Laluan
Klik Log Masuk untuk permohonan, bukan semak status BPN
Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
Maklumat Pemohon
Pengesahan
Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
Nama
Nombor MyKad
Jantina
Alamat
Poskod
Bandar
No Telefon Rumah
Pekerjaan
Status Perkahwinan
Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
Nama anak
No Kad Pengenalan anak
Umur anak
Status anak
Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
Klik Teruskan untuk meneruskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Kini anda berada di bahagian Pengesahan
Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
Masukkan Captcha seperti yang tertera
Klik Sahkan Captcha
Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
Selepas tekan butang Hantar
Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
Ini bermakna proses semak status permohonan BPN anda diterima
MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DALAM PROSES
Selain status BPN Permohonan Diterima, ada satu lagi status yang penting iaitu Dalam Proses.
Sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.
Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Status Dalam Proses bermaksud permohonan anda akan diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk status kelulusan.
The post MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/maksud-status-permohonan-bpn-2-0-diterima.html