Maksud Jus Soli Hak Untuk Kawasan


 
Apa maksud Jus soli? Jus soli adalah dari bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan" atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

Perkataan itu diguna pakai dalam bahasa Melayu sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran negara itu.



Isu kerakyatan mula timbul di kebanyakan tempat apabila wujud negara yang lebih bersitematik dari segi kuasa pemerintahan dan kerakyatan. Maka untuk menentukan hak seseorang yang mendiami sesuatu tempat atau negara, istilah kerakyatan atau kewarganegaraan menjadi semakin penting.



Selain konsep jus soli, terdapat negara yang mengamalkan kaedah jus sanguinis (hak darah), yakni kewarganegaraan berdasarkan kepada status kewarganegaraan bapa atau ibunya. 



Di Malaysia (dahulunya Tanah Melayu dan Malaya) isu jus soli timbul apabila pada tahun 1945 pihak penjajah British telah memperkenalkan konsep itu untuk memberi kerakyatan kepada warga asing terutama kaum Cina dan India yang memasuki Tanah Melayu pada masa itu bagi menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi oleh mereka.

Kaum Cina dan India adalah orang dagang atau imigran. Kemasukan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu dibawa oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh. Setelah menyedari peluang pekerjaan yang banyak di Tanah Melayu, kemasukan secara besar-besaran telah berlaku, Tanah Melayu menjadi lubuk emas bagi imigran Cina dan India. 
Bagi kaum Cina, mereka menjadikan kawasan Asia Tenggara, terutama Tanah Melayu untuk berhijrah kerana pada masa itu di Benua China berlaku revolusi dan penguasaan fahaman komunis yang antara lain menekankan aspek kesamarataan di kalangan rakyat. Harta individu menjadi hak milik negara atau pemerintah. 



Hal ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan penduduk China dan mengambil keputusan mencari kehidupan yang lebih baik dan bebas di negara-negara lain biarpun sekadar sebagai imigran serta terpaksa menempuh kehidupan yang serba mencabar dan berbeza berbanding di tempat asal.



Bagaimanapun, sejarah kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu sebenarnya telah berlaku lebih awal dari tahun 1940an. Sejarah pelombongan timah di Tanah Melayu yang dikuasai oleh kaum Cina telah berlaku seawal tahun 1850 lagi.

Kemasukan yang tidak terkawal imigran ke Tanah Melayu menyebabkan jumlah pendatang meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk Melayu.  

Perkara ini menimbulkan keresahan penduduk Melayu yang mendapat sokongan raja-raja apabila Inggeris memberi kerakyatan secara mudah kepada mana-mana kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.



Prinsip kerakyatan secara Jus Soli lebih menguntungkan orang dagang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat.



Menyedari prinsip Jus Soli mengancam kedudukan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan kepada kaum imigran. Bagaimanapun, orang Melayu tidak mampu menolak sepenuhnya prinsip Jus Soli. 



Pihak Inggeris tidak mahu memberi kemerdekaan jika soal kerakyatan kepada kaum imigran tidak diselesaikan. Maka, di sinilah berlaku tolak tarik di antara orang Melayu, Inggeris dan kaum imigran. 



Kaum Melayu mengambil pendekatan wasattiyah dalam menangani persoalan kerakyatan kaum imigran. Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli tetapi dengan beberapa syarat.   



Melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengetatkan syarat kerakyatan Jus Soli. Antara syarat itu adalah;


- Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah Melayu tidak kurang daripada 10 tahun.


- Kedua-dua ibubapa mereka mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu.


- Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tempat tumpah darahnya; dan


- Bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2021/06/gfj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kurang Ajar Itu Sebahagian Dari Hak Asasi Manusia

Adakah Kurang Ajar Itu Sebahagian Dari Hak Asasi Manusia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 276 hits
Iswardy Morni mengaku tak salah hina Agong di Facebook KUALA LUMPUR Pengerusi Pro Keadilan Sarawak Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya yan...
Berbagi Hak Di Jalanan Jakarta

Berbagi Hak Di Jalanan Jakarta

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 131 hits
Jalan Sudirman sudah didesain untuk mewujudkan keberpihakan pada semua pengguna jalan Baik pengguna transportasi umum kendaraan pribadi pesepeda hingga pejalan kaki Semua ada porsinya sendiri sendiri
Berseteru Hampir 5 Tahun Brad Pitt Dapatkan Hak Asuh Anak Dari Perceraiannya Dengan Angelina Jolie

Berseteru Hampir 5 Tahun Brad Pitt Dapatkan Hak Asuh Anak Dari Perceraiannya Dengan Angelina Jolie

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 162 hits
Selama ini Brad Pitt merasa sulit untuk bertemu anak anaknya Dengan keputusan ini ia berharap bisa berkumpul bersama buah hati tercintanya
Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta Atau Motosikal Pada Bank Kena Buat Perkara Penting Ni Barulah Jadi Hak Sepenuhnya

Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta Atau Motosikal Pada Bank Kena Buat Perkara Penting Ni Barulah Jadi Hak Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 391 hits
Lapang dan lega rasanya bila kita dapat tahu sekiranya bulan ini adalah bulan terakhir pembiayaan kereta atau motosikal yang perlu dilunaskan
Hak Penerbit Untuk Take Down Dan Laporkan Kandungan Cetak Rompak Siar

Hak Penerbit Untuk Take Down Dan Laporkan Kandungan Cetak Rompak Siar

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 337 hits
Sebelum ini pihak Suka Filem ada memuat naik dan ianya mencetuskan pelbagai reaksi Ada yang menyatakan tindakan SIAR menyiarkan filem filem lama semula dengan bayaran adalah cara yang baik untuk menghormati pengkarya lama yang menghasilkan ...
Pengertian Dan Cara Mendaftarkan Hak Merek Untuk Umkm Wajib Tahu Biar Usaha Nggak Ambyar Di Kemudian Hari

Pengertian Dan Cara Mendaftarkan Hak Merek Untuk Umkm Wajib Tahu Biar Usaha Nggak Ambyar Di Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 235 hits
Hak Merek penting dimiliki apalagi jika usaha yang dijalankan memiliki potensi untuk berkembang atau punya banyak saingan
Edisi Khas Mingguan 025 Moratorium Hak Mutlak Bank Kerajaan Tiada Kua

Edisi Khas Mingguan 025 Moratorium Hak Mutlak Bank Kerajaan Tiada Kua

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 275 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0251 MORATORIUM ZAFRUL DIDAKWA BERBOHONG 2 CEROBOH RUANG UDARA KETUA PEMBANGKANG DESAK TINDAKAN SEGERA 3 KILANG DIBENAR BEROPERASI TIMBULKAN KEKECOHAN MENTERI
Tengku Hassanal Perintahkan Aktiviti Lombong Di Sekitar Kawasan Tasik Chini Di Hentikan

Tengku Hassanal Perintahkan Aktiviti Lombong Di Sekitar Kawasan Tasik Chini Di Hentikan

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 505 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memerintahkan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Datuk Ah...
Vaksin Covid 19 Vaksin Di Kawasan Luar Bandar Semakin Positif

Vaksin Covid 19 Vaksin Di Kawasan Luar Bandar Semakin Positif

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 219 hits
Program pemberian vaksin di luar bandar kini disambut baik masyarakat setempat berbanding pada peringkat awal ia diperkenalkan Beberapa penduduk di Kampung Sahom Kampar Perak turut menzahirkan keterujaan mereka yang sebelum ini mengakui bim...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint