Maksud Asma Al Husna Al Jabbar
Sesungguhnya nama Allah ada banyak dan indah-indah belaka. Pada 99 Asma al-Husna pun dah cukup banyak nama Allah yang maha indah maksudnya.
Nama Allah yang Tedi nak kaji dalam karangan kali ini adalah Al-Jabbar.
Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Memaksa iaitu yang kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. Paksaan Allah adalah kerana kasih-sayang-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih kerana manusia selalu terlupa dan lalai. Hanya dengan paksaan-Nya manusia akan tersedar.
Ini juga dapat dilihat contohnya dalam aturan alam di mana Matahari dan planet bergerak ikut orbit sesuai dengan aturan Allah tanpa tiada siapa dapat mengganggunya. Atau pada tubuh badan manusia seperti jantung yang berdegup tanpa kita mengaturnya. Hal-hal itu terpaksa makhluk-Nya lalui dengan patuh tanpa pilihan untuk mengingkari-Nya.
Menghayati nama Allah Al-Jabbar ini akan menjadikan manusia bersyukur dan redha kerana sedar bahawa paksaan Allah itu dalah tanda kasih-sayang Allah kepada dirinya. Allah beri ujian kesakitan, kesempitan rezeki, dan kehinaan agar manusia kembali ingat dan kembali ke jalan yang benar.
Kita sendiri tahu bahawa manusia lebih mudah inngati Allah semasa dalam kesusahan berbanding ketika senang.
Orang beriman yang meghayati maksud nama Al-Jabbar ini akan berlapang dada dan redha akan perancangan Allah walaupun tidak disukai nafsunya, menjadikan dia sentiasa patuh pada arahan Allah, istiqamah, menegakkan kebenaran, dan mencantas kemungkaran.
Al-Jabbar dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai The Compeller, The Restorer (Yang Memulihkan).
Disebut sabagai Yang Memulihkan kerana Allah mengembalikan semula sesuatu kepada keadaan yang elok, atau memperbaiki. Ini sesuai dengan penjelasan Yang Memaksa tadi di mana Allah memulihkan manusia melalui sedikit paksaan (ujian). Jangan kita lupa bahawa Allah pernah berkata dalam al-Quran bahawa dia takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak dapat kita tanggung.
Dikatakan bahawa sesiapa yang amalkan membaca al-Jabbar ini takkan dapat dipaksa melakukan sesuatu di luar kehendaknya, dan takkan terdedah kepada keganasan, kezaliman, dan kesusahan.
Master memilih nama Abdul Jabbar dengan harapan empunya nama akan terlindung daripada fitnah dunia dan akhirat, akan bersikap redha, akan menjadi seseorang yang tegas dalam menjaga maruah diri dan agama Islam. Master takkan dapat melindunginya dan menjaganya, hanya Al-Jabbar sandaran Master.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/05/maksud-asma-al-husna-al-jabbar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29