Makna Hadith Penuh Keimanan Dan Pengharapan



Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan penuh keimanan dan pengharapan di dalam hadith ini?

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Jawapan:
Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, yang dimaksudkan dengan keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]

Tambahan pula, Imam al-Munawi mengatakan makna keimanan adalah membenarkan dengan ganjaran Allah SWT atau kepastian ganjaran tersebut serta menyerahkannya kepada Allah dalam keadaan melakukannya untuk mendapatkan ganjaran atau kerana Allah SWT sahaja dan bukan disebabkan riya’. Ini kerana, kadang-kadang seseorang mukallaf itu melakukan sesuatu dalam keadaan beri’tiqad bahawa mereka itu benar tetapi mereka melakukannya dalam keadaan tidak ikhlas. Bahkan, mereka melakukannya disebabkan ketakutan atau riya’. [Lihat: Faidh al-Qadhir, 6/160]


Imam al-Nawawi berkata makna keimanan adalah seseorang itu membenarkan akan fadhilatnya dan makna pengharapan pula adalah seseorang itu berpuasa kerana menginginkan Allah dan tidak melakukannya disebabkan ingin dilihat oleh manusia atau apa yang bertentangan dengan makna ikhlas. [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 6/39]

Imam Ibn Batthal berkata mensyarahkan hadith ini, maksud keimanan adalah membenarkan (di dalam hati) akan kefardhuannya serta ganjaran daripada Allah SWT ketika dia sedang berpuasa atau berqiyam di malam hari. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT serta melakukan niat puasa semata-mata kerana Allah. [Lihat: Syarh Sahih al-Bukhari, 4/21]

Antara kelebihan lain yang dinyatakan di dalam hadith ini adalah bagi orang yang berpuasa itu akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu sekiranya puasa tersebut dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT sebagaimana yang telah kami nyatakan maknanya di atas. Hal ini juga telah ditegaskan oleh al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani bahawa puasa tersebut perlu selamat daripada riya’ dan aib-aib yang lain. Akan tetapi, yang diampunkan itu hanyalah dosa-dosa kecil kerana dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat kepada Allah SWT.

Penutup

Kesimpulannya, ibadah puasa perlulah dilakukan dengan penuh keimanan dan juga pengharapan kepada Allah agar kita memperoleh pengampunan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu. Selain itu juga, puasa merupakan salah satu ibadah yang istimewa kerana Allah SWT menyandarkannya kepada diri-Nya dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu untuk menilainya. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang bertaqwa serta menerima ibadah puasa kita agar sebab penerimaan tersebut akan diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/makna-hadith-penuh-keimanan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dahulu Penuh Dengan Jenayah Dan Skandal

Kerajaan Dahulu Penuh Dengan Jenayah Dan Skandal

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 358 hits
Dalam tempoh 10 tahun Bila kepala bapak rintik anak mesti borek Saban Hari ADA sahaja skandal terlondeh Terbaru Ypeim Tanah Tentera Tupasal terbang ke Sandakan balik tangan kosong dah Tak ADA manusia waras yang nak percaya Bila masa PH nak ...
Ulang Tahun Umno Ke 73 Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

Ulang Tahun Umno Ke 73 Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 276 hits
TERIMA KASIH atas kehadiran pada malam ini Saya sangat gembira melihat ahli kita berkumpul beramai ramai seperti ini 2 Sama ada berjawatan ataupun tidak yang muda atau veteran yang baharu atau lama semuanya duduk berdampingan Bertanya khaba...
Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 360 hits
Malaysia kini boleh dikatakan sedang bergerak terus untuk memastikan semua negeri negerinya mempunyai sokongan sambungan internet yang pantas tetapi nampaknya Pulau Pinang dilihat mara selangkah lebih jauh dan ingin memastikan negeri terseb...
Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 928 hits
Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul Baru baru ini bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al Fi...
Tangan Ibu Penuh Barang Tak Dapat Pimpin Anak Kanak Kanak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

Tangan Ibu Penuh Barang Tak Dapat Pimpin Anak Kanak Kanak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 688 hits
Kesesakan di lokasi yang sibuk menjadi kesempatan para penjenayah melakukan misi mereka Apa yang diceritakan lelaki ini perlu diambil serius ibu ayah mesti lebih berwaspada membawa anak ke kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan Perkongsia...
Kliknklik Ramadhan Sale Diskon Penuh Berkah 60

Kliknklik Ramadhan Sale Diskon Penuh Berkah 60

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 276 hits
KLIKnKLIK Ramadhan Sale Diskon Penuh Berkah 60 Campaign Period 09 May 2019 30 May 2019Saatnya hemat mengingat saat bulan ramadhan kita tidak makan dan minum saat waktu subuh hingga menjelang maghrib Untuk itu secara tidak langsung pengeluar...
Filem Penuh Detective Pikachu Tersebar Di Youtube

Filem Penuh Detective Pikachu Tersebar Di Youtube

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 364 hits
Baru sahaja memulakan tayanggannya di pawagam semalam filem Pekemon Detective Pikachu telah pun disebarkan di YouTube Filem Detective Pikachu merupakan filem live action daripada Warner Bros dan semalam ia mula tranding dengan penyebaran fi...
Krisdayanti Mulai Ajarkan Amora Dan Kellen Berpuasa Seharian Penuh Di Bulan Ramadan

Krisdayanti Mulai Ajarkan Amora Dan Kellen Berpuasa Seharian Penuh Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 462 hits
Pasangan Krisdayanti dan Raul Lemos sudah mulai mengajarkan puasa kepada kedua anaknya yakni Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos Hal itu mulai dia terapkan pada bulan Ramadan tahun ini
Kau Ni Siapa Cerita Macam Tahu Semua Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara Diputar Dalam Mesin Basuh

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Socmed Marketing For Businesses

Biasa Orang Berhenti Minum Air Gelagat Peserta Maraton Karaoke Buat Ramai Terhibur

Pelajar Cemerlang Stpm Tiada Duit Ke Ipg Fadhlina Segera Bantu Usah Gusar Anakanda

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kenali Mofs Sains Di Sebalik Kerangka Logam Organik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Pas Fumes As Madani Gov T Washes Hands In Dirty Money Allegation With Pmx Vincent Tan Implicated

Pergi Terengganu Satu Malam

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Selamat Pengantin Baru Syamel

Perempuan Seperti Lilin