Maklumat Prk Chini Walaupun Ph Tak Bertanding Takut Kalah



DARIPADA Nukman bin Basyir berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati”.Pada 4 Julai depan, Pahang bakal mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini, berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Seri Abu Bakar Harun, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung di Bangsar, 7 Mei lalu.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Azhar Azizan Harun, telah memaklumkan bahawa hari penamaan calonnya pada 20 Jun dan tarikh pengundian awal pula pada 30 Jun.Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Allahyarham Abu Bakar mewakili calon Barisan Nasional (BN) memperolehi 10,027 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) undi, dan calon Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamad Razali Ithnain yang hanya mendapat 1,065 undi.Justeru, adakah calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) ada ‘berani’ menghulurkan lehernya untuk ‘disembelih’ sekali lagi pada siri-siri PRK, yang sebelum ini menyaksikan satu persatu hulubalangnya terkorban?PAS sudah tentunya akan membantu calon BN itu atas dasar Kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang telah dimeterainya dengan Umno tahun lalu. Kini, Umno-BN akan bertambah kuat di Dun Chini itu dengan sokongan PAS, Insya’Allah.Sesungguhnya, PRK Chini, Pahang ini merupakan pilihan raya ke-11 bakal diadakan selepas PRU14. PRK pertama diadakan ialah Dun Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos 2018. PRK ke-2 dan ke-3 di Dun Balakong dan Dun Seri Setia, Selangor diadakan serentak pada 18 September 2018.PRK ke-4, di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) (PKR) telah meletak jawatan pada 12 September 2018 lalu bagi memberi laluan kepada ‘bakal’ PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson. PRK ke-5 pula berlaku tahun baharu 2019 di Parlimen Cameron Highlands pada 29 Januari 2019, yang menjadi titik hitam permulaan PH kalah, BN menang.Pada PRK ke-6 di Dun Semenyih, Selangor diadakan pada 2 Mac 2019 yang menyaksikan PH kalah dan BN menang. PRK ke-7 berlaku di Dun Rantau, Negeri Sembilan juga menjadi pukulan maut PH kalah dan BN menang pada 13 April 2019. Selepas itu, datang pula PRK ke-8 Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei 2019 yang menyelamatkan maruah PH tetapi bukan ditangan BN.PRK ke-9 seterusnya berlaku di Parlimen Tanjung Piai, Johor pada 16 November 2019, menyaksikan PH kalah dan BN menang lagi. Manakala, PRK ke-10 telah berlaku di Parlimen Kimanis, Sabah pada tahun baharu 2020 iaitu 18 Januari dan sekali lagi calon PH terkorban ditangan BN-Umno Sabah.Pihak SPR turut memaklumkan, kos keseluruhan bagi PRK di Dun Chini, Pahang ini dianggarkan berjumlah RM4.3 juta, dengan seramai 832 petugas akan dilantik mengendalikan proses PRK itu. Manakala, 14 Pusat Mengundi yang mengandungi 66 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRK berkenaan adalah Daftar Pemilih Induk 2019 yang dikemaskini sehingga 7 Mei 2020 lalu, mengandungi 20,990 pengundi terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.Untuk rekodnya, Pada PRU 2018, Allahyarham (Abu Bakar) mewakili calon BN berjaya mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru bersama PAS dan PKR ketika itu dengan kelebihan majoritinya 7,675 undi.Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini berada dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Dun Pulau Manis, Dun Peramu Jaya dan Dun Bebar. (Harakah)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah lagi kerana 'PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.' Mengapa tak letak calon DAP barua dari Melayu? Puak penakut juga rupanya.. tanda PH sudah dekat ajal.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/maklumat-prk-chini-walaupun-ph-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 483 hits
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media berkenaan isu KLFA dan pembangunan semula Kampung Bharu di Pusat Khidmat Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALISHAH ALAM Pakatan Harapan perlu meletakkan calonnya dalam Pili...
Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini di Pahang yang akan diadakan pada 4 Julai depan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ...
Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

Prk Dun Chini Bbc Pahang Saran Calon Bebas Tidak Bertanding

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 380 hits
KUANTAN Kelab Penyokong Kerajaan Pahang menggesa mana mana pihak melakukan pengorbanan dengan menarik semula niat atau hasrat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Chini memandangkan negara masih lagi menghadapi krisis pan...
Prk Chini Belum Lawan Ph Sudah Kalah

Prk Chini Belum Lawan Ph Sudah Kalah

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 438 hits
Nasib baik ada alasan covid 19 PH tak bertanding di ChiniPKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil di dewan undangan negeri Chini Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahaw...
Prk Chini Keadilan Takut Naga Chini Jawapan Buat Hantu Gigi

Prk Chini Keadilan Takut Naga Chini Jawapan Buat Hantu Gigi

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 418 hits
Tersiar di dalam Harakahdaily tulisan Roslan SMS yang merujuk kepada tulisan Hanisya atau lebih dikenali sebagai hantu gigi yang mencabar Keadilan untuk bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti jelas mereka cuba untuk melindungi keba...
Sebenarnya Ph Takut Kalah Tu Tak Letak Calon Tasik Chini Hahahaha

Sebenarnya Ph Takut Kalah Tu Tak Letak Calon Tasik Chini Hahahaha

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 280 hits
PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil di dewan undangan negeri Chini Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan tidak akan meletakkan ...
Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 396 hits
PRK DUN Chini Pas guna alasan Covid 19 biar calon PN menang tanpa bertandingAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki menyarankan semua parti politik dan individu yang berminat untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewa...
Pas Tak Bertanding Prk Chini

Pas Tak Bertanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 401 hits
May 26 2020 9 53 PMTanpa PAS peluang calon BN yang akan mewakili Perikatan Nasional lebih besar untuk mengekalkan kerusi DUN Chini PETALING JAYA PAS tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini pada 4 Julai ini ...
Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 400 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31