Maklumat Gerakan Penculik Penjenayah Rentas Sempadan Diterima Setiap Minggu Polis Sabah


KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) — Polis menerima maklumat hampir setiap minggu, berkaitan pergerakan kumpulan penculik dan penjenayah rentas sempadan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
Bagaimanapun Omar berkata, maklumat diterima itu menyatakan pergerakan kumpulan penjenayah berkenaan, lebih berada di bahagian perairan Filipina.
Katanya pasukan keselamatan memandang serius setiap maklumat diterima, dengan terus memperkukuhkan kawalan di sekitar perairan negara khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), bagi menjamin keselamatan kawasan itu.
“Hampir setiap minggu kita (polis Sabah) menerima maklumat sama (mengenai pergerakan kumpulan penculik dan penjenayah rentas sempadan) tetapi pergerakan itu lebih di sebelah perairan Filipina.
“Kita memang membuat kawalan di sekitar itu. Setakat ini, kawasan itu memang selamat,” katanya ketika diminta mengulas surat pemberitahuan dikeluarkan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu, mengenai pergerakan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.
Surat pemberitahuan yang tular sejak pagi Isnin itu menyatakan tiga kelompok Abu Sayyaf dilaporkan melakukan pergerakan ke perairan timur Sabah pada 30 Ogos, bertujuan melakukan penculikan dengan menyasarkan beberapa buah kapal di beberapa tempat atau wilayah iaitu Bakongan, Bahala, Sandakan, Mamiang, Tambisan dan Taganak.
Mengulas lanjut, Omar berkata, polis belum berhubung dengan KJRI di Kota Kinabalu mengenai perkara itu, namun, menjelaskan pasukan keselamatan Sabah turut ada menerima maklumat sama seperti diterima pihak tersebut.
Beliau berkata pasukan keselamatan akan terus memperkukuhkan kawalan ESSZone bagi memastikan keselamatan perairan itu sentiasa terpelihara, daripada sebarang ancaman kumpulan pengganas dan penjenayah rentas sempadan.
“Polis, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, dan semua elemen keselamatan, sentiasa aktif melakukan rondaan di perairan pantai timur Sabah. Jadi, kita jangan risau, setakat ini, kawasan memang selamat,” katanya.
Sementara itu, pada Selasa, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani ketika ditemui Bernama di pejabatnya berkata surat pemberitahuan itu bertujuan, memberi peringatan kepada kira-kira 300,000 warga Indonesia berdaftar di negeri ini supaya berwaspada dan berhati-hati ketika berada di laut.
Katanya, peringatan itu penting bagi memastikan warga Indonesia, khususnya yang bekerja di sektor perikanan sebagai nelayan dan kru kapal mengambil langkah keselamatan sekali gus tidak menjadi mangsa penculikan.
Menurutnya, sejak dari tahun 2000 hingga 2018, lebih 20 kes penculikan melibatkan warga Indonesia dengan mengorbankan hampir 40 orang.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/05/maklumat-gerakan-penculik-penjenayah-rentas-sempadan-diterima-setiap-minggu-polis-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kula Segaran Dipanggil Pihak Polis Minggu Depan

Kula Segaran Dipanggil Pihak Polis Minggu Depan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 298 hits
Sumber gambar dari AwaniMenteri Sumber Manusia Kula Segaran dipanggil oleh pihak polis bersama empat lagi individu bagi diambil keterangan mereka susulan laporan yang dibuat oleh Dr Zakir Naik atas tuduhan memfitnah Dipetik dari Sinar Haria...
5 Individu Dalam Laporan Polis Zakir Dipanggil Minggu Depan

5 Individu Dalam Laporan Polis Zakir Dipanggil Minggu Depan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 349 hits
Polis akan merakam kenyataan daripada individu yang namanya dinyatakan dalam laporan polis pendakwah Dr Zakir Naik minggu depan Mereka adalah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran bekas duta besar Dennis J Ignatius Timbalan Ketua Menteri Pu...
Saya Ketua Polis Untuk Negara Bukan Parti Politik

Saya Ketua Polis Untuk Negara Bukan Parti Politik

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 241 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah olah beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya menyerang pihak pembangkang Beliau berkata tugasnya sebagai Ketua Polis Negara termasuklah memerhati sert...
Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 510 hits
Pasar raya Econsave Cash Carry Sdn Bhd semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk produk Muslim dan Bumiputera Pengurus Besar Econsave Mas I...
Artis Ini Pula Ditahan Polis Kerana

Artis Ini Pula Ditahan Polis Kerana

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 336 hits
HALAMAN HIBURANPADAH mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas penyanyi dan komposer Zynakal menerima pembalasan apabila dia didenda RM2 800 Mahkamah Majistret Ampang Majistret Mohamad Firdaus Sadina...
Polis Terima Analisis Forensik Video Uk Lokman Adam Beri Keterangan Esok

Polis Terima Analisis Forensik Video Uk Lokman Adam Beri Keterangan Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 317 hits
Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam esok bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir M...
Polis Siasat Insiden Anggota Tentera Maut Tertembak

Polis Siasat Insiden Anggota Tentera Maut Tertembak

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 310 hits
KOTA KINABALU Polis sedang menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden tertembak ketika membuat aksi gimik sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke 13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi di sini pagi tadi seh...
Polis Nafi Dakwaan Ada Mayat Dalam Tangki Air Tuntut Individu Sebar Berita Palsu Tampil Ke Balai

Polis Nafi Dakwaan Ada Mayat Dalam Tangki Air Tuntut Individu Sebar Berita Palsu Tampil Ke Balai

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 389 hits
The ReporterPolis hari ini menafikan dakwaan di media sosial Facebook bahawa ketiadaan bekalan air di Port Dickson adalah berikutan penemuan mayat di dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd Ketua Polis Daerah Port Dickso...
Balik Naik Baracuda Lagi Skuad Harimau Malaya Dikawal Polis Indonesia Pulang Ke Hotel

Balik Naik Baracuda Lagi Skuad Harimau Malaya Dikawal Polis Indonesia Pulang Ke Hotel

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 437 hits
Selepas suasana tegang kembali tenang pasukan Harimau Malaya diawasi oleh polis Indonesia yang mengiringi mereka untuk menaiki kenderaan pulang ke kediaman di Daerah Senayan Jakarta Mereke terpaksa mengunakan kenderaan jenis Baracuda Polda ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti