Makluman Sosial Tips Dan Nasihat Dari Kementerian Kesihatan




Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa influenza kali ini adalah serius. 

Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur. 

Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air. Jangan minum banyak pada satu masa kerana ia tidak membantu, sebaliknya minum secara kerap supaya tekak anda lembap. 

Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, gunakan topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam. Elakkan makanan goreng atau pedas dan perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin C.

Gejala / keterangan adalah

1. demam tinggi berulang
2 batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5: sangat senang berjangkit

Sekarang musim *Influenza A* menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti *asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil* , ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan. 

Antara simptom-simptom Influenza A adalah 
- demam dan menggigil
-demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
- sakit kepala dan otot 
- sakit tekak dan batuk
- selsema

*Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah*

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS 
- NAFAS LAJU 
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN 
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN 
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM 
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA) 

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah 
- SAKIT DADA 
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN 
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN 
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah 
- rehat di rumah 
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . 

*JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH*

- tutup mulut ketika bersin dan batuk 
- cuci tangan dengan kerap 
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah 

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti 
- bayi 
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil 
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 

Sama-sama kita cegah penularaan untuk kesejahteraan bersama🥰
#LangkahPencegahanAwal
#copypaste

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/maklumam-sosial-tips-dan-nasihat-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Imunisasi Bayi Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Imunisasi Bayi Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 381 hits
Credit info Klinik MyFamily Johor Bahru Jadual Imunisasi Bayi Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamu alaikum Ummi kongsikan jadual imunisasi bayi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Sebelum ni Ummi
Nasihat Ust Aizam Mas Ud Pegawai Jakim Bahagian Akidah Jangan Tertipu Lakonan Us Dan Syi Ah

Nasihat Ust Aizam Mas Ud Pegawai Jakim Bahagian Akidah Jangan Tertipu Lakonan Us Dan Syi Ah

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 290 hits
MATINYA QASIM SULAIMANI 1 Qasim Sulaimani adalah mejar jeneral tentera pengawal Revolusi Iran merangkap Komander Briged al Quds di Iraq 2 Tugasnya utamanya sebagai perancang pelaksana utama operasi ketenteraan operasi rahsia di luar Iran ba...
Terima Kasih Atas Nasihat Tmj Tapi

Terima Kasih Atas Nasihat Tmj Tapi

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 300 hits
Terima kasih TMJ untuk nasihat Amat menghargainya tetapi perkara ini akan diselesaikan secara dalaman dengan cara oleh MUSA Apa apapun lawan tetap lawan Nanti kita jumpa di padang JDT pada 13 5 2020 Thanks TMJ for the advice appreciate much
Nasihat

Nasihat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 183 hits
Salam sejahtera semua Info dari salah seorang pekerja letrik ini boleh memberi peringatan kpd kita dan anak2 kita utk sentiasa beringat sebelum terkena Saya selaku org letrik ingin menyampaikan satu ilmu Boleh ke elektrik masuk ke dlm badan...
Boleh Saya Beri Nasihat Iklan Nando S Tiru Ungkapan Rosmah

Boleh Saya Beri Nasihat Iklan Nando S Tiru Ungkapan Rosmah

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 250 hits
Kata kata bekas isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bualan media sosial sejak beberapa hari lalu malah dijadikan bahan jenaka oleh warga maya Loading Restoran francais ayam Nando s nampaknya tidak ketinggalan menggunakan...
Kkm Minta Orang Ramai Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Guna Ubat Antiviral

Kkm Minta Orang Ramai Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Guna Ubat Antiviral

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Pesakit yang dijangkiti virus influenza disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat ubatan antiviral kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata penggunaan ubat antiv...
Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 529 hits
Sumber Gambar Dunia Dan AkhiratMesti ramai di antara korang sangat mengenali Ustaz Ebit Lew yang sentiasa berdakwah dan menasihati masyarakat Malaysia Baru baru ini Ustaz Ebit ada berjumpa dengan Yoe Parey dan Asif selepas selesai ceramah d...
Penampilannya Dikritik Warganet Youtuber Tasyi Athasyia Bedain Nasihat Sama Ngatain Orang

Penampilannya Dikritik Warganet Youtuber Tasyi Athasyia Bedain Nasihat Sama Ngatain Orang

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 406 hits
Kembaran Tasya Farasya ini kesal karena warganet suka julid sama fisik seseorang dengan kedok nasihat atau kritikan
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut