Makkah Menghijau Selepas Beberapa Hari Hujan



Makkah Menghijau Selepas Beberapa Hari Hujan. Tergempar dengan keadaan semasa yang dilaporkan di bumi Mekah al-mukarramah kerana didakwa daripada padang pasir menjadi tempat kawasan yang penuh ditumbuhi dengan tumbuhan hijau.
Fenomena ini terjadi selepas dilaporkan bahawa bumi Mekah menerima hujan selepas beberapa hari. Mekah merupakan tempat yang istimewa dan merupakan kiblat untuk orang Islam. Ia juga merupakan tempat bersejarah di mana bermulanya nabi-nabi di sana.
Tetapi timbul kebesaran di dalam hati umat Islam apabila fenomena ini terjadi ia seakan memberi petanda mengenai akan terjadinya sesuatu yang besar.
Sertai telegram informasi terkini dan pantas di:

Makkah Menghijau Selepas Beberapa Hari Hujan Makkah Ditumbuhi Tumbuhan Hijau.. Di negara negara Saudi kini terjadinya musim hujan yang mana menyebabkan negara Arab tersebut menerima hujan yang banyak berbanding sebelum ini. Negara yang berada di timur tengah itu merupakan negara yang mempunyai suatu tempat yang paling penting di dalam perkara ibadah umat Islam. Tempat itu adalah Makkah Al-Mukarramah.
Kenapa Dengan Keadaan Di Makkah? Mekah merupakan tempat ibadah utama umat Islam dan merupakan kiblat yang sekarang diguna pakai oleh islam di dalam melakukan  upacara solat.
Popular terjadinya hijau di tanah Mekah tersebut ia menggambarkan tanda-tanda kiamat yang akan berlaku tak lama lagi. Hari ini menimbulkan perdebatan di antara umat Islam kerana tanda-tanda itu jelas dan hampir kepada terjadinya kiamat. Persoalannya adakah betul dengan dakwaan bahawa menghijau yang tanah Arab di Mekah itu sebagai tanda yang betul terjadinya kiamat?
Bumi Makkah Hijau, Tanda-Tanda Hari Kiamat? Benarkah Dakwah Bumi Makkah Hijau Tanda Kiamat? Gempar mengenai dakwaan hari kiamat bakal terjadi tidak lama lagi. Hal itu kerana keadaan yang berlaku di Makkah. Adakah itu benar?

Imej-imej satelit dari NASA beberapa tahun lalu jelas menunjukkan yang bumi Arab Saudi semakin menghijau. Imej-imej tersebut dicerap untuk beberapa tahun, iaitu 1987, 1991, 2000 dan 2012.
Ianya bukan foto-foto yang baru-baru ini dikongsi dalam media sosial setelah Arab Saudi dilanda hujan lebat sehingga kelihatan buminya menghijau.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bukan sahaja foto-foto bumi Arab semakin menghijau dikongsi, malah terdapat juga video yang menunjukkan bumi Arab semakin ada takungan air dalam bentuk “sungai” atau “tasek”.
Malah ada juga laporan berita mengenai sebahagian bumi Arab yang diselaputi salji pada musim-musim tertentu. Pada 22 Disember 2022, kawasan Tabuk diselaputi salji dan amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa Saudi kepada para penduduk di sana untuk bersiap sedia menghadapi angin rebut dan turunnya salji, di samping persediaan menghadapi banjir dan kemungkinan kecelakaan yang boleh berlaku.
Apakah perkara ini terjadi begitu sahaja ataupun ianya pernah disebut oleh Rasulullah saw? Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud,
“Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai.” (Hadith Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)
Laporan-laporan lain juga ada menunjukkan betapa bumi Arab akan mendapat lebih banyak hujan dan pihak saintifik dan berkuasa membuat perancangan untuk menjadikan lebih banyak kawasan menghijau melalui perkebunan dan sebagainya.
Umumnya, bumi yang dulunya gersang ini, khususnya di negara Arab akan berubah wajah, daripada gurun padang pasir kepada permukaan yang menghijau dan subur, dengan sokongan bekalan air yang sebelum ini tiada.
Dalam sebuah lagi hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa daerah Tabuk secara khususnya akan bertukar menjadi tempat yang subur dengan tanaman.
Hadith tersebut bermaksud, “Kami telah keluar bersama RasuluLlah saw pada tahun peperangan Tabuk… Kemudian Baginda bersabda, “Sesungguhnya esok kamu akan singgah di mata air Tabuk, InsyaaALlah. Kamu juga akan sampai ke situ pada waktu duha. Maka sesiapa dalam kalangan kamu yang telah sampai di situ, jangan sesekali menyentuh airnya sehingga aku sampai”.
Lalu kami pun sampai di mata air tersebut…
Muaz berkata lagi: Kemudian, mereka mencedok air dari air mata itu menggunakan tangan sedikit demi sedikit sehingga terhimpun dalam satu bekas.
Beliau berkata: “RasuluLlah saw membasuh kedua-dua tangan dan muka Baginda dengannya, lalu air tadi dicurahkan kembali ke dalam mata air tersebut.
Lantas, mata air tersebut mengalir deras, sehingga semua orang di situ dapat minum.
Kemudian Baginda bersabda: “Wahai Muaz, jika panjang umurmu, lambat laun kamu pasti melihat kawasan ini dipenuhi tanaman.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sekarang ini, kawasan Tabuk sudah mula menghijau dengan sungai jernih mengalir di lembah antara gunung.. Di kawasan tersebut juga dilihat menurunkan salji selain daripada negara-negara Arab lain seperti Turki, Syria, Baitulmaqdis, Arab Saudi, Palestin, Lubnan, Mesir, Jordan dan sekitarnya. Salji mula turun di Kawasan tersebut bermula dari 2013 dan berlarutan sehingga ke hari ini apabila suhu menjunam ke bawah sifar darjah Celcius.
Para saintis ada menjelaskan bahawa iklim yang lebih sejuk sedang bergerak menuju ke Semenanjung Arab yang membawa bersama salji dan hujan. Situasi ini secara langsung membawa rahmat yang besar dalam kehidupan khususnya tumbuh-tumbuhan.
Jika dilihat kepada kajian saintifik, salji adalah antara komponen utama dalam pembentukan tanah yang menjadi kondisi tanah tersebut lembab dan berair. Dengan keadaan yang berlarutan ini, tanah yang dahulunya gersang dan kering akan bertukar menjadi subur. Ini tidak termasuk hujan yang sering kali turun terutama di kawasan Riyadh dan sekitarnya.
Apakah ada lagi tanda-tanda kiamat dari Tanah Arab? Nampaknya ada, iaitu dalam bentuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi, sebagaimana hadith berikut yang menggambarkan berlumba-lumbanya pembangunan Gedung-gedung tinggi di bumi Arab.

Nabi saw bersabda yang membawa maksud, “Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi. Wahai RasuluLlah, dan siapakah para penggembala, orang yang tidak memakai sandal, dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?”
Baginda menjawab, “Orang Arab.”
(Hadith Riwayat Muslim & dalam Musnad Ahmad)
Untuk sesiapa yang mengerja Haji dan Umrah, memang dapat lihat sendiri betapa Arab Saudi memiliki banyak gedung pencakar langit. Gedung-gedung menjulang tinggi dibangun di kota-kota besar.
Di antara gedung-gedung tersebut adalah,
PIF Tower di Riyadh 385 meter, Gedung Burj Rafal di Riyadh setinggi 307 meter Kingdom Center 302 meter.  Makkah Royal Clock Tower” 601 meter.  Sedang dalam perancangan, gedung tertinggi di dunia, Jeddah Tower, 1008 meter. Perselisihan di antara para anggota kerajaan yang memimpin Hijaz sudah pun berlaku sekarang ini. Laporan demi laporan menunjukkan betapa kerajaan Arab Saudi sekarang ini sedang melalui fasa pertelingkahan sehingga membawa kepada penangkapan, malah juga terdapat lapuran mengenai pembunuhan.
Terdapat hadith Nabi saw yang membayangkan bahwa, tidak akan terjadi kiamat sehingga terjadi perselisihan di antara keluarga kerajaan yang memimpin Hijaz. Hijaz adalah Arab Saudi sekarang.
Dari Ummu Salamah, RasuluLlah saw bersabda yang bermaksud “Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah. Maka keluarlah seorang laki-laki dari penduduk Madinah dan ia lari ke Makkah. Lalu datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Mekkah, dan mereka membawa laki-laki itu dengan paksa kemudian membai’atnya antara sudut Kaabah dengan maqam Ibrahim.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)
Ini gambaran pertelingkahan yang sedang berlaku sekarang ini.
Mungkin yang masih kita nantikan adalah berlakunya tanda sepertimana yang digambarkan dalam hadith berikut:
Dari Abu Hurairah disebutkan yang bermaksud, “Hari kiamat tidak akan tiba sampai ada api yang keluar dari tanah Hijaz, sehingga leher unta yang di Busra bisa terlihat.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri , Lakukan Persediaan Untuk Akhirat Khususnya pada umat Islam, agama Islam telah menuntut umat sentiasa bermuhasabah diri dan melakukan persediaan untuk menghadapi akhirat. Berkenaan dengan Makkah Menghijau Selepas Beberapa Hari Hujan ia adalah merupakan salah satu tanda tanda akan terjadinya dunia qiamat. Ia merupakan satu kegusaran yang timbul kepada umat islam…


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/makkah-menghijau-selepas-beberapa-hari-hujan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Curah Hujan Tinggi Pegunungan Makkah Yang Tandus Kini Menghijau Menakjubkan

Akibat Curah Hujan Tinggi Pegunungan Makkah Yang Tandus Kini Menghijau Menakjubkan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 190 hits
Terkenal dengan pegunungan batu yang tandus bikin banyak yang takjub dan sulit mempercayai bahwa pegunungan hijau ini berda di Makkah
Hiburan Di Usia 42 Tahun Wanita Ini Hamil Reda Anak Meninggal Dunia Selepas 55 Hari Bersalin

Hiburan Di Usia 42 Tahun Wanita Ini Hamil Reda Anak Meninggal Dunia Selepas 55 Hari Bersalin

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 177 hits
Banyak risiko yang perlu dihadapi oleh kaum ibu yang mengandungkan anak mereka di lewat usia Bahkan perlu ulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor Bagaimanapun bagi seorang wanita yang benar benar mahu menimang ...
4 Hari Terperangkap Dalam Tandas Selepas Tombol Pintu Tercabut

4 Hari Terperangkap Dalam Tandas Selepas Tombol Pintu Tercabut

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 206 hits
Polis Singapura berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam tandas rumahnya di Clementi Singapura selama empat hari lapor Mothership Pada 27 November lepas dua anggota polis Ibnu Musalli dan Miqdad Fisall telah menerima ...
Potret Viral Pegunungan Makkah Gersang Yang Kini Berubah Menghijau Ini Penyebabnya

Potret Viral Pegunungan Makkah Gersang Yang Kini Berubah Menghijau Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 270 hits
Baru baru ini viral fenomena alam unik terjadi di Makkah Jika biasanya Makkah identik dengan gurun pasir yang gersang Namun pegunungan di Makkah ini berubah jadi hijau penuh rumput Sebuah akun Twitter theholymosques mengunggah potret pegunu...
Hari Pertama Masuk Pejabat Di Tahun 2023

Hari Pertama Masuk Pejabat Di Tahun 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 231 hits
Hari Pertama Masuk Pejabat di Tahun 2023 Rasa macam lama dah cuti masuk pejabat hari pertama ni macam blur blur sikit Selepas hampir 10 hari bercuti bila buka laptop berpinau jugalah tengok deretan email yang masuk tanpa henti Itupun ada ya...
Akan Derma Semua Hasil Jisoo Bp Buka Saluran Youtube Peribadi Sempena Hari Jadinya

Akan Derma Semua Hasil Jisoo Bp Buka Saluran Youtube Peribadi Sempena Hari Jadinya

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 132 hits
Selamat hari jadi Ji soo BLACKPINK ARTIKEL BERKAITAN Pada 3 Januari hari ini Ji soo BLACKPINK telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27 Ingin membalas kasih sayang dan sokongan dari peminat idola itu telah membuka saluran YouTube ...
Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 199 hits
Cepat masa berlalu Kakak Maira dah nak masuk darjah 1 sesi persekolahan baru akan datang terasa makin tua ibu anak dah makin besar eh tiba sebak huhuu Maka bermulalah rutin baru untuk ibu menyediakan kelengkapan persekolahan formal kakak Te...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran