Makeover Jubah Terpakai Jadi Blouse
Holaaa cute visitors😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata 📢"asal ada dinner/function tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏....memang betul pon ^_^ so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain,blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 .
ini gambar asal sebelum makeover..
Mesti ada di antara korang yang tertanya-tanya,kenapa nak kena ubahsuai? Kenapa tak pakai je macam tu?...sebab pertama, the colour!..peach ala2 oren muda (tak pasti apa nama saintifik warna ni) definitely bukan pilihan Sha kalau nak pakai outing jalan-jalan. Susah kot nak matching dengan tudung. Pilih warna ni haritu sebab nak ikut tema punya pasal.....Sebab kedua...tak rajin sangat nak pakai jubah kalau setakat nak g jalan-jalan @ makan luar..nak² lagi beli barang dapur terheret bawak troli. Uishh tak rajin laaa. Sebab yang ketiga,itulah dia! Bebelan incik bossku.
Kat bawah ni step by step proses makeover.....
pisahkan cape dari jubah..simpan dulu untuk buat part lengan nanti (ala2 lengan trompet)
part ni rasanya korang boleh faham dari gambar tu...simpan bahagian lengan..jimat masa dan tenaga..pakai apa yang sedia ada,
potong bahagian bawah jubah dulu sebab Sha nak buat ala2 peplum..so ukur bahagian bawah( kembang) dulu dari pinggang ke aras labuh yang diingini
baki bahagian atas jubah tadi..Sha memang sentiasa simpan pola badan sendiri supaya tak buang masa ambil ukuran 2 3 kali..
since warna jubah ni terlalu menyerlah, so Sha gunakan lace warna hitam untuk bahagian atas blouse (beli kat shopee murah giler CNY sale!)
part menjahit lace pada baju..tak perlu jahit pada setiap sisi..yang penting tak lari..for beginners..YES PERLU kalau korang tak familiar bermain dengan lace.
cantum bahagian badan atas dan bawah (peplum)cantum bahagian lengan dan trompet (cape) jahit tepi setiap sisi..(for beginners,jahit tepi dulu setiap sisi sebelum kerja2 mencantum)cantum lengan pada baju.
cantum bahagian sisi baju..
last one..jahit zigzag bahagian hujung (peplum) baju...jahit lurus pun boleh (Sha prefer zigzag..looks nice on peplum)
Dah siap...........
So inilah dia..from jubah terpakai to blouse!...Sha lebih suka baju macam ni..simple dan dah kurang menyerlah lepas tambah lace hitam....nak matching pun senang...dan yang pastinya boleh pakai selalu ...untuk video yang lebih lengkap korang boleh tengok kat sini...kot2 terinspirasi nak modified jubah lama kat rumah tu...kalau ada sebarang pertanyaan boleh drop di kotak komen..insyaallah Sha akan explain and i'm happy to share dengan korang
👉👉👉 TUTORIAL VIDEO (instagram) 👈👈👈
👉👉👉 TUTORIAL VIDEO (youtube) 👈👈👈
For my next Makeover entry Sha nak share macam mana Sha modified TUDUNG BAWAL terpakai jadi BLOUSE...(misi 2019 nak clear closet dengan cara yang lebih jimat) ^_^
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://catatanirissha.blogspot.com/2019/02/makeover-jubah-terpakai-jadi-blouse.html