Makcik Kiah Termenung Lepas Dengar Bajet 2021



Kali pertama dengar Muhyiddin umumkan Bantuan Prihatin Nasional, apa lagi bila Muhyiddin sebut nama Makcik Kiah dalam ucapan ke seluruh negara, Makcik Kiah tersenyum lebar.
Tapi kali ini, lepas Makcik Kiah dengar dengan tekun Belanjawan 2021 selama hampir 2 jam, Makcik Kiah termenung panjang.
Kenapa?
Dah ada dalam perancangan Makcik Kiah, bila dapat keluarkan duit KWSP sebanyak RM10,000 tu nanti, sebahagiannya Makcik Kiah nak buka warung nasi lemak depan rumah nanti.
Dalam kiraan Makcik Kiah, paling sedikit pun, Makcik Kiah mesti ada RM5,000 ke RM6,000 untuk mulakan berniaga di warung nasi lemak tu.
Sebahagian lagi Makcik Kiah nak gunakan untuk beli laptop anak sulong dia yang akan masuk universiti tahun hadapan.
Ye lah budak-budak sekarang, Tingkatan 4 dsah kena ada laptop, kesian pula Makcik Kiah tenguk anak sulong dia asyik pinjam laptop kawan dia.
Tapi, semuanya berkecai bila Muhyiddin umumkan tak bagi keluar RM10,000, cuma RM500 tiap-tiap bulan.
Apa ker jadahnya, 500 satu bulan, tak sampai 3 hari dah habis, nak berniaga apa, getus Makcik Kiah dalam hati!!!

Suami Makcik Kiah pula, dah bercadang nak belikan motosikal untuk anak sulong mereka bila masuk universiti nanti, ye lah, payah budak tu nak pergi balik dalam universiti tu nanti, fikir suami Makcik Kiah.
Baki dari duit muka beli motosikal untuk anak mereka, bolehlah gunakan untuk repair mana yang patut pada motosikal yang dia ada sekarang ini.
Motosikal penting bila Kiah dah buka warung nanti, nak pergi pasar, nak hantar pesanan pelanggan, kalau harap keadaan motosikal yang kejap-kejap semput, boleh bungkus bisnes nanti, fikir suami Makcik Kiah.
Keluarkan KWSP RM10,000, duit muka motosikal along, katalah RM4,000, repair motor katalah RM2,000, lebih tu boleh buat modal berniaga warung dengan beli keperluan along nak masuk universiti nanti.

Tapi bila Muhyiddin kata tak boleh keluarkan RM10,000, meleleh air mata  suami Makcik Kiah mengenangkan tak dapatlah bini dia berniaga, macam mana anak sulung harapan keluarga nak masuk universiti!!!
Itu baru cerita Makcik Kiah, belum cerita makcik-makcik dengan auntie-auntie yang lain lagi.
Muhyiddin oh Muhyiddin...
Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Berkerja Untuk Rakyat

Ingat lagi tak masa zaman DS Najib jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Belanjawan negara terakhir yang DS Najib bentangkan ialah Belanjawan 2018.
Kementerian Kewangan di zaman DS Najib akan mula mengumpulkan maklumat dan maklumbalas dari rakyat beberapa bulan lebih awal sebelum bajet dirangka.
Malah ketika akan dibentangkan dalam Parlimen, bajet tersebut akan dibukukan dengan kemas.

Tapi di zaman Pakatan Harapan, biar gambar berbicara.

Tak jauh bezanya dengan di zaman Muhyiddin.

Dekat sini pun boleh nampak, siapa yang lebih serious, bersedia dan bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat.
Banyak inisiatif sejak zaman DS Najib dan Barisan Nasional masih dikekalkan, antaranya BR1M

Semasa Pakatan Harapan dijenamakan semula dengan Bantuan Sara Hidup atau BSH, zaman Perikatan Nasional pula dijenamakan sekali lagi dengan nama Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR

Tapi konsepnya yang sebelum ini dikecam hebat oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin, tetap sama, beri duit secara terus kepada rakyat

Kerana akhirnya diakui, ianya bukan sahaja dapat membantu meringankan beban rakyat, malah menjana perkembangan ekonomi domestik yang akhirnya akan memberikan pulangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai

MRT, Pan Borneo, CSR, HSR yang bukan sahaja dihentikan, malah dituduh sebagai projek mega yang membazirkan duit negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan, sekarang diteruskan semula

Subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan oleh DS Najib pada 2015 , sekarang diteruskan dengan peruntukan RM40 juta , dulu masa Pakatan Harapan dihentikan terus 100%

Elaun nelayan yang juga diperkenalkan di zaman DS Najib pada 2013 telah dipotong menjadi RM150, selepas dikecam teruk, Pakatan Harapan naikkan kepada RM200, kemudian naik pula kepada RM250. 
Sekarang dinaikkan sama seperti yang diberikan pada tahun 2017, RM300. 
Satu-satunya yang baru dapat didengar dalam bajet ialah susu percuma untuk murid sekolah setiap hari, moga mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk keperluan fizikal dan mental murid

Tapi khabarnya sesi persekolahan penuh hanya akan di adakan pada bulan Mac tahun hadapan, dari bulan Januari sampai penghujung Februari, sesi persekolahan secara berperingkat


Tapi bukanlah rakyat tak dapat apa-apa dari Bajet 2021.
Selain dari BPR yang ada dalam infografik tu, penjawat awam (bawah Gred 56 dan ke bawah) dapat RM600, pesara dapat RM300, veteran tentera yang tak ada pencen dapat RM300, bujang atas 21 tahun dapat RM350 (pendapatan bawah RM2,500), bujang 18 - 20 tahun dapat RM50 masuk dalam e-wallet.
Tapi yang paling banyak dapat laba ialah Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri atau JASA.
JASA yang dahulunya telah ditutup oleh Pakatan Harapan atas lobi beberapa orang, kini akan dihidupkan semula dengan dana yang cukup besar dan akan diketuai oleh manusia yang dahulu beriya-iya mengatakan JASA yang berfungsi sebagai jabatan propaganda kerajaan hanya membazirkan duit rakyat.

Dr Afif Bahardin dikatakan akan dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA di bawah Perikatan Nasional.
Kalau dulu zaman Barisan Nasional, JASA merupakan pembaziran tapi di bawah Perikatan Nasional, terutamanya dengan Ketua Pengarahnya ialah Dr Afif, mungkin pembaziran dah bertukar kepada keperluan.


Bukan setakat bertukar menjadi keperluan atau pun kemestian, malah peruntukan untuk JASA yang cuma mempunyai 60 orang perkerja nanti mempunyai peruntukan yang jauh lebih besar dari peruntukan untuk 10,000 orang frontliners yang bertungkus lumus, menggadaikan nyawa demi untuk keselamatan rakyat Malaysia

Ada lagi


Peruntukan untuk JASA bawah Perikatan Nasional untuk satu tahun adalah hampir sama dengan peruntukan JASA untuk emp[at tahun di zaman Barisan Nasional!!

Jadi tak hairanlah kenapa Makcik Kiah laki bini termenung panjang selepas mendengar pembentangan Bajet 2021 era Muhyiddin Yassin

No one will be left behind, kata Muhyiddin, habis tu aku dengan laki aku, macam mana, soal Makcik Kiah!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/makcik-kiah-termenung-lepas-dengar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat Bajet 2021 Bantu Semua Pm

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 447 hits
Orang awam menonton Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai situasi semasa Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru Kuala Lumpur foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan akan mem...
Apakah Analogi Makcik Kiah Satu Pembohongan Dan Akan Berulang Lagi 2021

Apakah Analogi Makcik Kiah Satu Pembohongan Dan Akan Berulang Lagi 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi contoh mengira jumlah manfaat yang rakyat peroleh dengan memberi analogi menerusi kisah Makcik Kiah dan keluarganya yang dianggarkan meraih tunai dan penjimatan sebanyak RM8 664 ...
Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 326 hits
KENYATAAN MEDIA Isnin 9 November 2020 KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021 Wanita Keadilan Sabah mengambil maklum akan Belanjawan 2021 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan Walau bagaimanapun Wanita KEADILAN S...
Hujah Hujah Anwar Membahas Bajet 2021

Hujah Hujah Anwar Membahas Bajet 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 321 hits
Hari ini saya selaku Ketua Pembangkang telah membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat Saya memulakan perbahasan dalam kerangka atau konteks kebijaksanaan keputusan Raja Raja Melayu untuk tidak membenarkan pengisytihara...
Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 395 hits
Tak perlu menyamun untuk memberi kebajikan kepada rakyat Tak perlu manis dibibir dan rasuah rakyat untuk berlindung bermewah dan shopping sakanHarap momentum ini berterusan Muhyiddin seterusnya akan jadi perfect PM jika tidak mencampuri uru...
Rentasan 768 Potongan Drastik Peruntukan Asas Bajet 2021 Gagal Umpan Untuk Pru

Rentasan 768 Potongan Drastik Peruntukan Asas Bajet 2021 Gagal Umpan Untuk Pru

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 258 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 768 1 TAK PERLU APOLOGETIK JASA MEMANG ALAT POLITIK 2 BAJET 2021 HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA 3 PEMIMPIN PAS DIDAKWA BOHONG TENTANG GAJI ADUN 4 MANA PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA Layari kami untuk mendapat...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya