Makbul Doa Saya Bersalin Di Samping Suami



“Saya berdoa dan berharap suami dapat menemani saya bersalin dalam tempoh Covid-19 ini. Tidak sangka Allah makbulkan doa saya itu dengan takdir saya bersalin di dalam kereta,” kata Athirah Yusof, 29.
Ibu tiga anak itu berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk ditemani suami, Norfitri Selamat, 32, sama seperti ketika bersalin sebelum ini menjadi kenyataan.
Malah, detik cemas bersalin kali ketiga itu juga ditemani dua anaknya, Jismie Atiq Norfitri, 6, dan Jafnie Anas Norfitri, 4, di dalam keretanya.
Sebagai perkongsian keluarga dan rakannya, Athirah memuat naik kisah pengalamannya bersalin dalam kereta itu di akaun Facebook miliknya.
“Niat saya berkongsi cerita dan gambar hanya untuk keluarga, saudara dan rakan kerana ramai yang bertanya.
“Tidak sangka ia tular sehingga rata-rata warganet memberi reaksi situasi itu seakan-akan bersalin secara pandu lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Athirah berkata, kejadian itu berlaku pada 17 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Kira-kira 9 pagi sudah mula sakit tetapi saya abaikan kerana tiga hari sebelumnya kena ‘false contaction’.
“Pada 11.30 pagi pula sudah tidak mampu berdiri dan sejam selepas itu suami ambil keputusan bawa ke hospital,” katanya.
Katanya, ketiadaan penjaga kedua-dua orang anaknya di rumah menyebabkan dia dan suami tiada pilihan untuk membawa mereka sekali.
“Di dalam kereta begitu cemas, saya mula jerit sebab tidak dapat menahan sakit. Anak pertama dan kedua pula tidak putus beri sokongan dan menyuruh bapanya memandu lebih laju.
“Sampai saja di pondok polis bantuan PPUM pada 1 tengah hari, saya sudah rasa kepala bayi terkeluar dan tiada pilihan terus buka seluar.
“Kira-kira 11 minit kemudian, syukur lahirlah bayi seberat 2.6 kilogram (kg) dengan selamat. “Terpinga anak-anak saya melihat adiknya ada depan mata berlumuran darah,” katanya.
Katanya, jururawat hadir tidak lama selepas itu, sebaik saja suaminya yang juga anggota polis selesai mengazankan anak ketiganya.
“Sebelum ini saya tidak pernah terbaca ibu bersalin dalam kereta. Pernah dengar tetapi kebiasaannya orang lama saja yang bercerita mengenai situasi itu.
“Syukur, bersalin kali ini Allah permudahkan dan doa saya bersalin di samping suami dimakbulkan, siap anak-anak ikut sekali,” katanya yang sedang berpantang di kampungnya di Yong Peng, Johor.
Katanya, dia turut bersyukur urusan permohonan rentas negeri ke kampungnya dipermudahkan dan berkongsi belum lagi memutuskan nama penuh bayinya itu.

The post ‘Makbul doa saya bersalin di samping suami’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/25/makbul-doa-saya-bersalin-di-samping-suami/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makbul-doa-saya-bersalin-di-samping-suami

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 496 hits
Apa yang selalu kita fikirkan atau doakan dengan Izin Allah SWT akan termakbul Begitu juga dengan perkara yang dilalui oleh Puan Athirah ketika dia berkongsi saat saat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta ketika sampai di hospital Puan...
Bila Suami Ada Di Sisi Masa Bersalin Isteri Lebih Tenang Lega Cukup Dengan Genggam Tanganya

Bila Suami Ada Di Sisi Masa Bersalin Isteri Lebih Tenang Lega Cukup Dengan Genggam Tanganya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 336 hits
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal rata ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi seb...
Tak Boleh Temankan Isteri Bersalin Suami Hantar Voice Note Azan Untuk Anak

Tak Boleh Temankan Isteri Bersalin Suami Hantar Voice Note Azan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 406 hits
Melahirkan anak seorang diri tanpa ditemani suami di sisi ketika musim Covid pasti memberi pengalaman berbeza buat ibu ibu yang melahirkan cahaya mata mereka lagi lagi kelahiran anak sulung Ini kerana ibu yang bersalin dalam tempoh sekarang...
Dapat Jambangan Bunga Netizen Doa Zarina Anjoulie Rujuk Dengan Bekas Suami

Dapat Jambangan Bunga Netizen Doa Zarina Anjoulie Rujuk Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram miliknya Menerusi perkongsian berkenaan kelihatan Anju menerima satu jambangan bunga daripada s...
Meskipun Sering Dikec4m Ina Naim Tak Peduli Tohm4han Tetap Jual Laksa Dan Mi Kari Bantu Suami

Meskipun Sering Dikec4m Ina Naim Tak Peduli Tohm4han Tetap Jual Laksa Dan Mi Kari Bantu Suami

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 330 hits
Meskipun dihimpit dengan pelbagai cerita yang tidak enak didengar Ina Naim berkata dirinya enggan terlalu memikirkan mengenai kata kata orang yang mungkin tidak memahami cabaran hidupnya sehingga kini
Hiburan Jangan Risau Pasal Kami Genap Setahun Pemergian Suami Ucapan Bunga Citra Lestari Bikin Sebak

Hiburan Jangan Risau Pasal Kami Genap Setahun Pemergian Suami Ucapan Bunga Citra Lestari Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 349 hits
Pemergian insan tersayang secara mendadak semestinya satu kehilangan yang sangat perit Dorongan dan kata kata semangat khususnya daripada keluarga sangat penting untuk mengembalikan semula kekuatan Itulah yang dilalui oleh selebriti terkena...
Suami Banyak Dorong Dalami Agama Hasil Bimbingan Dia Hannah Delisha

Suami Banyak Dorong Dalami Agama Hasil Bimbingan Dia Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 251 hits
Pelakon jelita Hannah Delisha mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial berikutan majlis pernikahan dengan suami Imam Shah di Singapura semalam Menurut laporan Harian Metro pemilik nama Hannah Adl...
Hiburan Imam Handsome Kot Netizen Sekolahkan Individu Selar Suami Tak Padan Dengan Hannah Delisha

Hiburan Imam Handsome Kot Netizen Sekolahkan Individu Selar Suami Tak Padan Dengan Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 473 hits
Rasanya masih ramai yang tak habis lagi rasa terkejut apabila mendapat berita bahawa pelakon Hannah Delisha sudah pun menamatkan zaman bujangnya bersama seorang pelakon bernama Imam Shah BACA AdvertisementLagi mengejutkan apabila Hannah dan...
Suami Surprise Bawa Makan Menu Western Di Hilltop Cuisine

Suami Surprise Bawa Makan Menu Western Di Hilltop Cuisine

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Petang Hai reader semua Pernah dengar Hilltop Cuisine yang terletak di Kota Warisan Sepang Dulu masa tinggal di Kuaters yang terletak di Kota Warisan This is a content summary only Visit my website for full links...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025