Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit Asma


MAKANAN YANG PERLU DIELAK OLEH PESAKIT ASMA.| Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja. Sebulan dua  ni, Cik Rose diuji dengan masalah kesihatan. Demam on off, selsema, batuk, ada kalanya cirit birit. 






Dah pergi ke klinik untuk ambil ubat, beli ubat di farmasi, mencuba petua-petua juga. Alhamdulillah, berkurang. Cuma batuk sahaja yang tak sembuh-sembuh. Sampai satu tahap, rasa sakit sangat di dada dan perut. Sampai terkencing-kencing. 


Hinggalah satu malam tu, Cik Rose rasa sukar bernafas. Jadi risau sendiri. Terus whatsapp suami yang sedang bertugas, cakap susah nak nafas. Suami balik ambil bawak ke RSAT. Terus ambil gas, sebanyak dua kali. Terfikir dalam hati, aku ni asma ke? Sebab dah lama tak kena. First dan last kena masa tahun 2007/2008 macam tu. 






Alhamdulillah, balik ke rumah dalam pukul 12 malam macam tu. Boleh tidur. Bangun pagi Isnin tu, bersiap ke tempat kerja. Kerja macam biasa. Malam tu, eh jadi balik. Rasa susah nak nafas. Semalaman tak dapat tidur. Duk urut-urut dada, sapu minyak. Minum air panas. Tak berkurang. 


Keesokkannya, suami bawa ke Klinik Kesihatan Senggarang. Cik Rose beritahu pada doktor yang batuk berpanjangan, demam on off, kadang-kadang jadi selsema. Fikiran Cik Rose, kena xray ke. Tapi, doktor terus check pernafasan. dan bertanyakan pada Cik Rose. Ada asma ke sebelum ni? Cik Rose terus cakap pernah kena dulu, tapi dah lama sangat. 


Doktor terus suruh ambil  gas dahulu.Selesai ambil gas, check pula tekanan darah tinggi. Eh tinggi pula. Rehat sekejap. Doktor cakap, sebab tak tidur kot.  Check lagi, normal. Alhamdulillah. Cik Rose dibekalkandengan ubat asma/paru-paru, ubat demam,ubat cair kahak dan inhaler biru. Doktor cakap Cik Rose batuk tu sebab semput. 






Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 


Namun, Cik Rose masih batuk. Risau di hati ni. Di sini Cik Rose kongsikan artikel  Adakah Makanan Boleh Mencetus Asma? yang Cik Rose ambil dari laman web Pendidikan Pesakit (my health) Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga membantu semua yang memerlukan seperti Cik Rose. 



Adakah Makanan Boleh Mencetus Asma?

 

Asma dan Makanan

 

·   Makanan hanya menyebabkan alahan kepada 5% sahaja di kalangan orang yang mempunyai asma.

·  Di mana makanan, aditif makanan dan juga bahan kimia berkaitan makanan BUKANlah merupakan pencetus utama bagi serangan asma. Walaubagaimanapun, aditif dan bahan kimia dalam makanan boleh mencetus serangan asma untuk pesakit-pesakit yang tertentu.

·  Reaksi atau alahan pada makanan adalah berbeza bergantung kepada individu dan jumlah pengambilan makanan tersebut.

 

 
Jenis-jenis Makanan Pencetus Serangan Asma


Terdapat reaksi berbeza  bagi alahan makanan iaitu daripada reaksi/gejala ringan hinggalah ke tahap bahaya. Kebiasaannya serangan asma merupakan salah satu daripada gejala/tanda alahan yang lain.


 

Contoh-contoh makanan yang boleh menyebabkan alahan adalah seperti berikut;

1.      1.Telur

Susu
Kekacang
Soya
Tree nut (seperti walnut dan almond)
Gandum
Ikan dan hasilan laut (seperti udang dan sotong)
alad
Buah-buahan
Aditif makanan
 

Gejala Alahan Makanan dan Asma

 

Gejala atau tanda-tanda alahan makanan adalah seperti ruam pada badan (urticaria), loya, muntah dan cirit-birit. Kebiasaannya, pesakit yang mengalami alahan makanan akan mendapat tanda-tanda alahan lain dan juga boleh diikuti dengan serangan asma iaitu batuk dan nafas berbunyi (wheezing). Sekiranya tidak diberikan rawatan awal akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

 

Makanan/Bahan Makanan yang Dapat Membantu Mengelak atau Mengurangkan Serangan Asma?

 

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu dalam mengelak atau mengurangkan serangan asma. Kerberkesanan sebahagian makanan ini bagi mengurangkan serangan asma masih lagi di dalam peringkat kajian. Contoh makanan tersebut ialah seperti berikut;

 

i. Epal – kajian menunjukkan bahawa mengambil 2 ke 5 biji epal seminggu dapat mengurangkan risiko asma sebanyak 32% berbanding kurang pengambilannya. Kandungan flavonoids di dalamnya membantu membuka rongga pernafasan;

ii.Makanan mengandungi vitamin C – vitamin C merupakan sejenis agen antioksida yang bagus untuk melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal. Buah citrus banyak mengandungi vitamin C seperti oren, anggur dan jambu;

iii.Beta-carotene – kajian menunjukkan bahawa makanan mengandungi beta-caraotene (sejenis agen antioksida) seperti karot boleh mengurangkan kejadian serangan asma yang dicetuskan  oleh senaman;

iv.Kafein – kandungan kafein di dalam kopi dan teh boleh membuka rongga pernafasan sehingga 4 jam selepas meminumnya;

v.Flax seeds – flax seeds mengandungi omega-3 dan magnesium yang berguna kepada penyakit asma. Magnesium dapat membantu relaksasi otot di dalam paru-paru dan membuka rongga pernafasan. Namun begitu, kesan omega-3 pada penyakit asma masih lagi     di peringkat kajian;

vi.Gluthatione – avocado mengandungi bahan gluthatione (sejenis agen oksida) yang berfungsi melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal; dan

vii.Bawang putih – ia mengandungi bahan pencegah radang (anti-inflammatory) dan juga allicin iaitu sejenis agen antioksida yang dapat mengurangkan serangan asma.

 

Pemakanan untuk Pesakit Asma



Pesakit asma perlulah mengambil makanan sihat dan seimbang. Makanan tersebut perlulah mengandungi makanan segar dan semulajadi. Pesakit asma perlu kurangkan pengambilan makanan proses.

 

Moga  baik-baik buat semua. Jaga diri :)

 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/makanan-yang-perlu-dielak-oleh-pesakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Pdip Budiman Sudjatmiko Blak Blakan Ditawari Berkali Kali Jadi Mendes Oleh Jokowi

Bantah Pdip Budiman Sudjatmiko Blak Blakan Ditawari Berkali Kali Jadi Mendes Oleh Jokowi

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 145 hits
Politikus PDI Perjuangan Budiman Sudjatmiko membantah tuduhan meminta jatah menteri ke PDIP
Pernah Disuruh Tidur Beramai Ramai Dengan Jais Bekas Menantu Zainal Abidin Dihina Berterusan Oleh Bekas Suami

Pernah Disuruh Tidur Beramai Ramai Dengan Jais Bekas Menantu Zainal Abidin Dihina Berterusan Oleh Bekas Suami

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 280 hits
Bekas menantu kepada Datuk Zainal Abidin Suzur Sofia mendedahkan bahawa dia tidak henti henti dilayan dengan buruk oleh bekas suami Mohd Zaiza Perkara itu didedahkan oleh Sofia di mana dia telah digelar dengan panggilan yang buruk dan kesus...
Kerana Pengislaman India Oleh Pmx Sampai Bila Malaysia Mahu Dibezakan Bangsa

Kerana Pengislaman India Oleh Pmx Sampai Bila Malaysia Mahu Dibezakan Bangsa

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 296 hits
Islam ni hanya milik melayu ker India di malaysia ni dikategorikan sebagai penganut hindu Apakah menjadi satu kesalahan dalam perlembagaan sekiranya Perdana Menteri islam mengislamkan bangsa selain melayu memeluk islam Sejak bila termaktub ...
F N Meraikan 140 Tahundengan Memberi Penghormatan Kepada Warisan Dan Sokongan Teguh Oleh Rakyat Malaysia

F N Meraikan 140 Tahundengan Memberi Penghormatan Kepada Warisan Dan Sokongan Teguh Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 274 hits
Fraser Neave Holdings Bhd nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan dengan bangganya menyambut ulang tahun ke 140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia Kisah Kita ...
Kwsp Kini Boleh Dicarum Oleh Ahli Gogetters

Kwsp Kini Boleh Dicarum Oleh Ahli Gogetters

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 249 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menandatangani Memorandum Persefahaman bersama GoGet Malaysia Platform kerja atas permintaan untuk melindungi kewangan dan menyediakan komuniti pekerja gig yang dirujuk sebagai GoGetters untuk alam
Saat Anies Ditagih Kembalikan Uang Tkd Oleh Mahasiswi Ui Anak Pns Dki

Saat Anies Ditagih Kembalikan Uang Tkd Oleh Mahasiswi Ui Anak Pns Dki

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 132 hits
Saat menjabat Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan memotong TKD ASN DKI Jakarta sebesar 25 persen
Pajak Otak Tular Sehingga 800k Views Kat Tiktok Sungguh Berjaya Projek Pajak Otak Yang Dilakukan Oleh Pas

Pajak Otak Tular Sehingga 800k Views Kat Tiktok Sungguh Berjaya Projek Pajak Otak Yang Dilakukan Oleh Pas

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 209 hits
ADRIAN LIM PAJAK OTAK Tular sehingga 800k views kat TikTok Sungguh berjaya Projek Pajak Otak yang dilakukan oleh PAS Aku tengok sekali pun tau fake Lokasi bukan kat Johor 1 Bangunan dengan LED screen kat belakang itu bangunan DBKL 2 Banguna...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga