Makanan Untuk Masalah Jerawat Yang Sering Timbul


Apakah makanan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat? Artikel akan membincangkan makanan yang sesuai untuk masalah jerawat anda.
Kredit Foto : Google
Pasti setiap daripada kita pernah mengalami masalah jerawat bukan? Jerawat atau juga turut dikenali sebagai acne vulgaris merupakan salah satu masalah inflamasi atau keradangan pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan penghasilan sebum, gangguan proses keratinisasi dan jangkitan bakteria pada folikel rambut di beberapa bahagian badan seperti muka, tengkuk, dada dan belakang badan.

Masalah jerawat ini sering terjadi apabila seseorang itu sudah mencapai akil baligh di mana mungkin terjadinya ketidakseimbangan hormon badan. Masalah jerawat ini boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti penggunaan ubat-ubatan topikal ataupun oral yang telah diberi oleh dermatologi.

Bagi mereka yang sudah lama mengamalkan rutin penjagaan kulit, pasti mereka sudah tahu apakah tindakan yang sesuai dilakukan apabila timbulnya masalah jerawat ini seperti meningkatkan hidrasi kulit, tidak meninggalkan penggunaan krim pelindung matahari dan lain-lain lagi.

Namun begitu, wujudkah makanan yang dapat membantu masalah jerawat ini? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan makanan yang sesuai untuk masalah jerawat.


Jerawat merupakan masalah kulit yang boleh disebabkan oleh beberapa punca dan masalah. Berikut merupakan punca bagi terjadinya masalah kulit ini.

- Penghasilan minyak dan sebum yang berlebihan yang menyebabkan peyumbatan pada pori.

- Pengumpulan sel-sel kulit mati pada kulit yang berkumpul pada bahagian folikel rambut.

- Jangkitan bakteria.

- Perubahan hormon terutamanya ketika fasa akil baligh yang menyebabkan penghasilan hormon androgen yang tinggi.

- Masalah kesihatan seperti sindrom polisistik ovari yang mengganggu keseimbangan hormon yang juga dapat menyebabkan masalah jerawat.

- Pengunaan beberapa jenis ubat-ubatan seperti kortikosteroid.

- Pengambilan sesetengah jenis makanan juga dapat menyebabkan masalah jerawat pada sesetengah individu.

Terdapat pelbagai simptom jerawat dan ianya berbeza mengikut jenis jerawat. Berikut merupakan simptom-simptom bagi jerawat berdasarkan AAD (American Academy of Dermatology Association).

Whitehead adalah apabila terdapat pengumpulan minyak dan sel kulit mati yang menutup liang roma. Ini akan menghasilkan kesan cela yang berwarna putih kerana liang yang tertutup akan menghalang proses pengoksidaan.

Blackhead pula adalah sejenis jerawat berwarna hitam. Warna hitam ini terhasil kerana liang roma yang terbuka mendedahkan sebum di dalamnya kepada udara dan kekotoran dari luar.

Pimple pula adalah apabila kulit kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan. Sekiranya pimple ini mengandungi pus, ianya dikenali sebagai pustule dan sekiranya ianya tidak mengandungi pus ianya dikenali sebagai papule.

Nodul atau cyst simptom ini melibatkan bakteria yang menyebabkan inflamasi pada bahagian dalam kulit dan ianya akan menghasilkan rasa yang sakit berbanding yang lain. Cyst adalah apabila ianya mengandungi pus manakala nodul adalah apabila ianya tidak mengandungi pus.

10 Makanan untuk Masalah Jerawat

Beberapa kajian telah dijalankan dan menyimpulkan bahawa tiada jawapan untuk mengaitkan bahawa diet merupakan punca kepada masalah jerawat. Namun begitu berikut merupakan antara makanan yang dikatakan sesuai diambil untuk mengatasi masalah jerawat.

1. Air kosong

Pasti anda sering mendengar bukan bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengatasi masalah jerawat. Bagaimana pengambilan air yang mencukupi dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah jerawat.

Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat mengelakkan dehidrasi badan dan mencegah kekeringan kulit. Kulit yang kering sering terdedah kepada masalah kulit dan jangkitan bakteria.

2. Makanan rendah indek glisemik

Apa itu makanan yang rendah indek glisemik? Makanan yang mengandungi indek glisemik yang rendah adalah makanan yang dapat menaikkan paras gula di dalam darah dengan perlahan. Antara makanan yang rendah indek glisemik adalah beras perang dan roti gandum penuh. Satu kajian telah menemukan bahawa pengambilan makanan yang mempunyai indek glisemik yang rendah dapat mengatasi masalah jerawat.

3. Teh hijau

Seringkali kita mendengar bahawa teh hijau mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan esktrak teh hijau tanpa kafein terhadap peserta wanita yang mempunyai jerawat.

Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak teh hijau dapat mengatasi masalah jerawat di kalangan peserta. Namun begitu, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong kajian ini.

4. Makanan tinggi zink

Zink merupakan sejenis mikronutrisi yang boleh didapati di dalam makanan seperti ayam, tofu, kekacang dan pelbagai lagi. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji paras zink di dalam badan dan kaitannya dengan jerawat.

Kajian ini mendapati bahawa paras serum zink yang rendah berkait dengan kemunculan jerawat di mana zink ini penting untuk perkembangan kulit dan keseimbangan hormon.

5. Omega 3

Pasti ramai diantara pembaca pernah mendengar apa itu omega 3. Omega 3 adalah sejenis lemak baik di mana antara fungsinya adalah untuk mengurankan inflamasi dan keradangan. Antara makanan yang kaya dengan sumber omega 3 ialah ikan, kekacang dan minyak sayuran.

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara omega 3 dan jerawat. Kajian ini mendapati pemberian suplemen omega 3 dapat mengurangkan penghasilan jerawat.

6. Sayur-sayuran

Umum mengetahui bahawa sayur-sayuran mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Selain daripada mempunyai indek glisemik yang rendah (seperti yang diterangkan di atas), sayur-sayuran juga mempunya pelbagai mineral yang membantu untuk menjaga kesihatan kulit. ianya kaya dengan sumber antioksida yang dapat mencegah sel kulit daripada tekanan oksida.

7. Buah-buahan

Selain sayur-sayuran, buah-buahan turut digalakkan pengambilannya. Kita disarankan untuk mengambil sebanyak dua hidangan buah setiap hari untuk memenuhi keperluan serat harian. Antara buah-buahan yang disarankan ialah buah-buahan beri kerana ianya kaya dengan sumber antioksida.

8. Herba dan rempah ratus

Herba dan rempah ratus bukan sahaja dapat menambahkan rasa di dalam makanan malah sifat anti inflamasinya turut dikatakan dapat menyelesaikan masalah jerawat. Antaranya adalah kunyit, kulit kayu manis, lada hitam dan lain-lain.

9. Protein

Tahukah anda protein merupakan salah satu komponen yang penting diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel yang baru. Pengambilannya yang mencukupi dapat menyokong pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. Antara sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan juga sumber kekacang.

10. Gantian produk tenusu berasaskan tumbuhan

Jerawat sering dikaitkan dengan pengambilan produk tenusu. Sekiranya anda mendapati bahawa masalah jerawat anda berkait dengan sumber tenusu, anda bolehlah bertukar kepada gantian yang berasaskan tumbuhan seperti susu badam, susu soya dan lain-lain.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/03/makanan-untuk-masalah-jerawat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Dalam Kerajaan Pusat Masalah Banjir Kelantan Tak Selesai

Pemimpin Pas Dalam Kerajaan Pusat Masalah Banjir Kelantan Tak Selesai

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 219 hits
Masalah banjir di Kelantan seharusnya dikurangkan dengan mendalamkan sungai tebatan banjir atau sebarang usaha yang wajar bagi mengelakkan kerugian besar berterusan di pihak rakyat Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu Zinda Khalil Sastr...
Eskayvie Diffenz Bantu Adik Aiman Atasi Masalah Asma Yang Dihidapinya

Eskayvie Diffenz Bantu Adik Aiman Atasi Masalah Asma Yang Dihidapinya

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 402 hits
Asma adalah penyakit kronik saluran pernafasan Keradangan saluran udara menyebabkan saluran udara menjadi sempit sekali gus menyukarkan pernafasan dan mengakibatkan gejala asma termasuk batuk bunyi berdeham semasa bernafas sesak nafas dan s...
Anak Delay Buat Ibu Ayah Susah Hati Jangan Fokus Masalah Je Pakar Pesan Kena Elak 5 Perkara Ni

Anak Delay Buat Ibu Ayah Susah Hati Jangan Fokus Masalah Je Pakar Pesan Kena Elak 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 191 hits
Memang risau bila perkembangan anak tidak berlaku seperti yang sepatutnya justeru ibu ayah terlupa tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk anak yang ada masalah seperti lambat bercakap dan sebagainya Akibat terlalu mengharapkan ...
Belum Kongsi Wajah Muhammad Bilal Haris Bagi Jawapan Dengan Hadis Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Anak Tapi Khuatir

Belum Kongsi Wajah Muhammad Bilal Haris Bagi Jawapan Dengan Hadis Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Anak Tapi Khuatir

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 587 hits
Ramai yang ternanti wajah pasangan anak selebriti popular Haris dan Neelofa selepas kedua dua mereka masih belum berkongsi foto Muhammad Bilal Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP Haris atau dikenali dengan Pencetus...
Ada Masalah Ke Kalau Mukhriz Tpm

Ada Masalah Ke Kalau Mukhriz Tpm

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 155 hits
Banyak kelemahan parti parti pembangkang dan paling lemah mereka tidak ada atau kurang penyamun perompak Realiti politik hari ini almost kita sudah boleh baca dan faham apa yang berlaku di Parlimen sehari dua ini merupakan hari malang bagi ...
Zahid Tumpang Berkat Najib Razak Walau Najib Sendiri Dibebani Dengan Masalah Peribadi

Zahid Tumpang Berkat Najib Razak Walau Najib Sendiri Dibebani Dengan Masalah Peribadi

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 131 hits
MSOZahid tumpang berkat Najib Razak Kemesraan Najib dan Zahid apa yang mereka ketawakan MENURUT Zahid Hamidi aura boos nya Najib Razak tidak pernah pudar walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri Katanya walaupun Najib dikenakan huk...
Musim Depan Liga 1 Gunakan Aar Solusi Untuk Masalah Kepemimpinan Wasit

Musim Depan Liga 1 Gunakan Aar Solusi Untuk Masalah Kepemimpinan Wasit

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 137 hits
Mochamad Iriawan selaku ketua umum PSSI memastikan bahwa Liga 1 musim depan akan kembali menggunakan Additional Asistant Referee atau asisten wasit tambahan
Masalah Disipin Etika Diva Aa Digugurkan Sebagai Hos Mic On Serta Merta

Masalah Disipin Etika Diva Aa Digugurkan Sebagai Hos Mic On Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 208 hits
Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada Murai my sebentar tadi pihak pengurusan Awesome TV mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA daripada tugas pengacaraan bagi program realiti MIC ON b...
Dpr Harap Pemerintah Pelaku Industri Bereskan Masalah Minyak Goreng Jelang Ramadan

Dpr Harap Pemerintah Pelaku Industri Bereskan Masalah Minyak Goreng Jelang Ramadan

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 155 hits
Dia berharap agar Kementerian Perdagangan dan Kementerian Perindustrian serta Kementerian ESDM segera duduk bersama dengan para pemangku kepentingan terkait dan para pelaku industri
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul