Makanan Untuk Kecantikan Kulit Yang Sihat Dan Bebas Daripada Sebarang Cela


Apakah makanan untuk mencantikkan kulit? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan untuk kecantikan kulit yang sesuai untuk anda?
Kredit Foto : Google
Setiap orang pasti mahukan kulit yang sihat dan bebas daripada sebarang cela. Malah terdapat individu yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kulit dan produk penjagaan kulit yang bagus demi menjaga kecantikkan kulit masing-masing.

Proses untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat bukanlah boleh dicapai dengan sekelip mata sahaja malah ianya memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Pada zaman dahulu kala, masyarakat akan menggunakan kaedah tradisional dan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka untuk menjaga kulit seperti kunyit, limau nipis dan pelbagai lagi. Selain daripada penggunaan produk, diet turut memainkan peranan yang penting di dalam proses penjagaan kulit.


Berikut merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit.
1. Vitamin A
Vitamin A merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita. Apakah kebaikan vitamin A terhadap kulit? Salah satunya adalah melindungi kulit daripada kerosakkan yang disebabkan oleh sinar UV. Ianya juga diperlukan untuk merawat masalah jerawat dan proses penyembuhan luka.

2. Vitamin C
Pasti ramai yang sudah maklum bahawa vitamin C merupakan antara komponen yang diperlukan untuk menjaga kecantikan kulit. Antara kelebihan vitamin C adalah mencegah kerosakkan UV, mencegah kedutan, menggalakkan penghasilan kolagen dan turut diperlukan di dalam proses penyembuhan luka.

3. Vitamin D
Antara sumber utama vitamin D untuk kulit adalah cahaya matahari. Antara kepentingan sumber vitamin D kepada kulit adalah untuk proses penyembuhan luka.

10 Makanan untuk Kecantikan Kulit
1. Air kosong
Pengambilan air yang mencukupi tidak boleh dipandang ringan jika anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik. Hal ini kerana air mempunyai pelbagai fungsi termasuklah menghidratkan tubuh badan. Apabila kekurangan air, kulit akan terlihat kering dan tidak bermaya. Oleh itu, pengambilan air haruslah mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2. Sayur-sayuran
Apakah kepentingan pengambilan sayur-sayuran di dalam penjagaan kulit? Sayur-sayuran seperti brokoli, tomato, lobak merah, bayam dan lain-lain mempunyai kandungan nutrisi seperti yang dinyatakan di atas di mana ianya merupakan nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan serat harian.

3. Buah-buahan
Buah-buahan juga merupakan antara makanan yang boleh diambil untuk menjaga kecantikkan kulit. Antara pilihan buah yang boleh diambil adalah buah yang kaya dengan kandungan vitamin C seperti buah jambu, kiwi, oren, buah-buahan beri, anggur dan lain-lain. Vitamin C merupakan sejenis mikronutrisi yang bersifat anti oksida dan membantu di dalam penghasilan kolagen.

4. Makanan tinggi selenium
Selenium merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi penting seperti penghasilan DNA. Mineral ini mempunyai potensi untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh UV. Antara sumber makanan yang tinggi dengan selenium adalah seperti susu, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, telur dan lain-lain.

5. Makanan tinggi zink (6)
Zink merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi seperti fungsi imunisasi dan metabolisma. Untuk kulit pula, zink berperanan untuk fungsi kelenjar minyak di mana ianya membaiki kulit yang rosak dan mengekalkan kelembutan kulit melalui penghasilan minyak. Antara makanan yang kaya dengan sumber zink adalah ikan, daging merah, bijirin penuh dan lain-lain.

6. Makanan tinggi vitamin E
Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat kepada tubuh badan. Untuk kulit pula, vitamin E bertindak sebagai anti oksida untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Antara makanan yang kaya dengan vitamin E adalah biji bunga matahati, badam, mintak hazelnut dan lain-lain.

7. Makanan rendah indek glisemik
Apa itu makanan rendah indek glisemik? Makanan rendah indek glisemik adalah makanan yang melambatkan kenaikkan gula di dalam darah apabila dimakan. Antara makanan yang mempunyai indek glisemik yang rendah adalah bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain. Makanan rendah indek glisemik dikatakan dapat mencegah kemunculan jerawat pada kulit .

8. Lemak baik
Tahukah anda bahawa lemak juga terdiri daripada kategori lemak baik. Antara contoh lemak yang baik adalah omega 3 dan omega 6. Omega 3 berfungsi untuk menambahkan kelembutan pada kulit manakala omega 6 diperlukan untuk pembentukan membran sel dan mencegah kekeringan kulit. Antara contoh bagi omega 3 adalah ikan salmon, sardin dan kacang soya manakala contoh bagi omega 6 pula adalah minyak sayur, kekacang dan lain-lain.

9. Protein
Protein merupakan makronutrisi yang tidak patut diabaikan sekiranya anda ingin memiliki kulit yang sihat. Hal ini kerana protein berfungsi untuk penghasilan dan penjanaan sel-sel kulit yang baharu. Antara sumber protein yang boleh diambil adalah ayam, telur, daging, tauhu, tempeh dan lain-lain.

10. Prebiotik dan probiotik
Apakah perbezaan antara prebiotik dan probiotik? Prebiotik merupakan makanan bagi bakteria baik manakala probiotik pula merupakan bakteria baik tersebut. Bakteria baik merupakan bakteria yang diperlukan oleh tubuh badan dan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan. Pengambilan prebiotik dapat merawat pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan jerawat kerana ianya menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/02/makanan-untuk-kecantikan-kulit-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 257 hits
Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas tapi kalau kena pada cara memasak yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna c...
3 Langkah Dengan Safi Balqis Oxywhite Untuk Kulit Muka Sihat Dan Cantik

3 Langkah Dengan Safi Balqis Oxywhite Untuk Kulit Muka Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 286 hits
3 Langkah Dengan Safi Balqis OxyWhite Untuk Kulit Muka Sihat Dan Cantik Salam semua cuaca panas hujan tak menentu sekarang ini soal menjaga kulit muka jangan diabaikan Kulit muka kita ni antara bahagian yang paling sensitif kena jaga elok e...
Kedua Dua Ibu Bayi Sihat Walafiat Isteri Datuk Azizulhasni Awang Selamat Lahirkan Anak Ketiga Tahniah

Kedua Dua Ibu Bayi Sihat Walafiat Isteri Datuk Azizulhasni Awang Selamat Lahirkan Anak Ketiga Tahniah

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 150 hits
Tahniah kepada Pelumba Basikal Negara Datuk Azizulhasni Awang juga isteri Datin Athiah Illyana Abd Samat yang telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka semalam Dalam hantarannya melalui akaun Instagram Azizul memanjatkan rasa syukur ...
Rahsia Hidup Sihat Dengan Jus Beri

Rahsia Hidup Sihat Dengan Jus Beri

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 144 hits
Rahsia Hidup Sihat Dengan Jus Beri Apabila usia semakin meningkat ditambah pula dengan faktor pemakanan yang tak seimbang dan gaya hidup yang tak sihat sedikit sebanyak mengundang pelbagai jenis penyakit seperti penyakit 3 serangkai iaitu s...
Tak Sihat

Tak Sihat

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 302 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Sebenarnya KK ni dari semalam sakit kepala rasa sebab kena hujan semalam ada keluar jadi memang kena hujan lebat Pagi ni datang pula sakit tekak dah macam simptom kan hati mana tak risau kan KK ni fikir...
Saya Pun Patut Bersenam Nampak Fit Sihat Penampilan Twice Di Konsert Us Dipuji

Saya Pun Patut Bersenam Nampak Fit Sihat Penampilan Twice Di Konsert Us Dipuji

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 106 hits
Kesemua sembilan ahli TWICE tidak dinafikan mempunyai aura tersendiri kan Pada 15 Februari TWICE telah memulakan konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat mereka dengan konsert pertama di The Forum Inglewood California Pertunjukan itu menan...
Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 315 hits
Pelakon dan pengacara Ain Edruce risaukan anaknya Soraya yang menunjukkan diri seakan tidak sihat selepas suaminya Amirul Hafiz disahkan positif Covid 19 Ahad lalu Berkongsi berkenaan keadaan keluarganya di Instagram story Ain memaklumkan A...
Nak Anak Membesar Sihat Cerdas Mama Perkenal 5 Jenis Sayur Buah Ni

Nak Anak Membesar Sihat Cerdas Mama Perkenal 5 Jenis Sayur Buah Ni

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 140 hits
Nak anak makan buah dan sayur tapi tak tahu nak bagi yang mana dulu 5 jenis buah dan sayur ini boleh mama perkenalkan dahulu Bukan sahaja kaya dengan khasiat malah ia juga dapat membantu anak anak membesar dengan sihat dan cerdas Selain itu...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Pb House By D Compose Architect In Chiang Thailand

Elevate Your Home S Aesthetic With These Outdoor Renovations

Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police