Makanan Penang Memang Banyak Yang Sedap Boleh Teringat Ingat
Bila teringat tentang negeri Pulau Pinang atau Penang, pemandangan pulau, tepi pantai dan makanan yang akan terlintas di fikiran. Banyak betul tempat menarik di Penang sampaikan, rasa tak cukup jika hanya bercuti 2 hari 1 malam di sana. Antara tempat harus singgah bila berada di Penang adalah seperti Bukit Bendera, Pantai Tanjung Bungah, Teluk Duyung, The Habitat dan lain-lain lagi
Paling menarik sekali sudah tentulah Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan pulau mutiara cantik ini dengan tanah besar. Bukan hanya satu tetapi dua jambatan panjang yang merentasi lautan untuk ke Penang. Setiap kali ke Penang, rasa gembira saat merasai suasana merentasi lautan melalui jambatan
Selain itu, orang di Penang juga mesra-mesra belaka. Paling tak boleh lupa adalah makanannya. Boleh kecur air liur ni saat terkenangkan menu makanan Penang yang sedap-sedap. Ada nasi lemak, nasi kandar, cendol yang sedap dengan rasa lemak manis dan macam-macam lagi
Saiz pulau yang sering disebut sebagai Penang ini juga tidaklah terlalu besar. Maka, jika tiba waktu puncak memang akan sesak lalulintas di sana sini. Jika tak tahan, mahu rasa bosan terpaksa rempuh kesesakan lama-lama. Nak selamat, ada baiknya elakkan diri dari keluar pada waktu puncak
Susah hati sebab waktu puncak ini selalu lapar nak makanan? Apa susah, boleh guna servis food delivery penang dari Foodpanda. Delivery service untuk penghantaran makanan oleh Foodpanda di Penang memang dah lama ada. Sebut nama Foodpanda, hampir semua orang kenal
Nak order makanan melalui Foodpanda juga sangat mudah! Hanya perlu melayari website atau aplikasi Foodpanda, kemudian masukkan lokasi, pilih jenis makanan yang mahu dinikmati, sahkan pesanan dan tunggu penghantaran tiba mengikut lokasi yang telah ditetapkan.
Antara makanan yang patut order bila berada di Penang adalah :
1. Pasembur
Pasembur adalah salad Malaysia yang terdiri daripada timun, kentang, lobak, tauge yang dicampur bersama seperti salad. Dalam pasembur turut ada cucur dan ketam goreng yang sedap. Pasembur disajikan dengan sos kacang manis dan pedas. Pasembur ada di merata Malaysia dan salah satu negeri yang ada pasembur sedap sudah tentulah di Pulau Pinang
2. Nasi Kandar
Nasi kandar adalah hidangan Malaysia utara yang popular, ini memang makanan yang betul berasal dari Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pedagang Muslim Tamil dari India. Nasi kandar ini adalah hidangan nasi kukus yang dapat dirasa sederhana atau ringan, dan disajikan dengan pelbagai kari dan lauk
3. Cendol
Cendol adalah pencuci mulut manis yang berbentuk seperti jeli. Ia dihasilkan dari tepung beras bersama pewarna hijau, santan dan sirap gula melaka. Ia biasanya terdapat di Asia Tenggara dan popular di Indonesia, Malaysia, Brunei, Kemboja, Timor Timur, Laos, Vietnam, Thailand, Singapura, dan Myanmar
4. Char kway teow
Char kway teow adalah hidangan mi popular dari Maritim Asia Tenggara, terutamanya di Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Dalam Hokkien, Char bermaksud "tumis" dan kway teow merujuk kepada mi itu sendiri. Hidangan ini dianggap kegemaran nasional di Malaysia
5. Laksa Penang
Laksa Pulau Pinang juga dikenali sebagai asam laksa dari orang Melayu. anya dibuat dengan ikan kembung (yang direbus) dan laksa penang ada rasa masin pedas yang best
Walau sekarang kita masih dalam fasa berhati-hati dengan kewujudan virus Covid-19, tetapi itu tak bererti kita sudah tidak boleh nikmati makanan kegemaran masing-masing. Tak perlu keluar dari rumah dan bersesak di tempat awam pun tak apa, guna saja servis penghantaran makanan yang mudah seperti Foodpanda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2021/03/makanan-penang-memang-banyak-yang-sedap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)