Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah Hati
Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah Hati | Kali ini cik en nak kongsikan tips makanan kucing yang mempunyai masalah hati. Bagaimana korang tahu kucing korang ada masalah hati? Perlulah diagnosis oleh vet atau ada ujian darah atau blood test. Tapi kalau daripada ujian fizikal, kucing yang ada masalah hati ini akan jadi kekuningan di keseluruhan badan. Sebelum ini cik en pernah kongsi Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing tapi cik en tak masukkan sekali tips yang agak penting iaitu jenis makanan yang sesuai untuk masalah hati ini.
Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah HatiWalaupun banyak produk makanan kucing yang dijual khas untuk masalah hati ini tapi ada juga yang tak mampu untuk membeli dan cik en sangat memahami korang yang ada masalah kewangan. Disebabkan itu, cik en nak kongsi makanan asas yang boleh korang buat sendiri dan mampu menjadi salah satu cara mengatasi masalah hati pada kucing selain ubat ubatan.
Lebihkan dalam diet
Protein berkualiti tinggi untuk mengurangkan beban kerja pada hati. Sumber protein seperti daging, tenusu, telur dan ikan adalah protein yang berkualiti tinggi dan lengkap. Ianya untuk bekalkan tenaga yang cukup untuk kucing bertahan. Pemberian susu kambing adalah digalakkan. Susu kambing segar lebih bagus. Karbohidrat yang sangat mudah dihadam. Karbohidrat yang cepat dihadam seperti roti putih, pisang, pasta atau nasi putihLemak berkualiti tinggi seperti Omega- 3 dan dos harian lemak Omega-3 yang dicadangkan ialah 175 mg/kg berat badan. Menambahkan antioksidan seperti vitamin E, vitamin C dan selenium (cth : kuning telur) untuk memerangi tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk menuteralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak.Kurangkan dalam diet
Makanan bergaram dan mempunyai sodium (atau natrium dan ianya dapat membantu kucing yang ada masalah busung air)Makanan manis. Mungkin ada sesetangah owner biasa beri ais krim atau apa apa sumber manis jadi kurangkan. Senarai diatas ini adalah PANDUAN ASAS untuk korang sediakan makanan homemade. Ada makanan kucing yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran makanan yang membuat formula diet bersesuaian dengan masalah hati tapi sangat sukar pulak nak dapat secara online dan hanya dijual di klinik veterinar swasta sahaja. Itupun tengok kepada stok dan akhirnya korang terpaksa homemade sendiri makanan diet ini. Antaranya
Royal Canin - Royal Canin Hepatic Dry Cat FoodPro Plan - Purina Pro Plan Veterinary Diets HA Hydrolyzed Dry Cat FoodHill’s - Hill’s Prescription Diet Liver Disease Dry Cat Foodsumber : Best Cat Fir Liver Disease
Cara Pemberian Makanan
Kucing yang ada masalah hati ini selalunya akan tiada selera makan langsung. Jadi jangan anggap nafsu makan mereka seperti mereka sihat. Korang kena jadi sedikirt rajin untuk suap dan melayan mereka jika nak mereka sihat. Korang boleh blend makanan sampai hancur atau jadi seperti puree dan tambahkan sedikit susu atau air untuk dijadikan seperti bubur. Gunakan picagari dan beri secara berkala dalam kuantiti yang sedikit atau sebanyak mana kucing itu nak makan.
Mereka juga akan kurang makan makanan pallet jadi tiada masalah jika korang tak dapat mencari makanan khusus seperti diatas. Cuma korang terpaksa jaga lebih mereka daripada selalu.
Selain daripada diet, korang kena rujuk vet untuk ubat ubatan dan mungkin perlukan drip air secara IV atau subcut secara berkala. Yang ini kena rujuk juga doktor veterinar okey?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2023/08/Makanan-Kucing-Yang-Sesuai-Untuk-Masalah-Hati.html