Makan Sedap Sampai Luka Bernanah Waktu Pantang Makanan Ni Mungkin Puncanya


Selepas bersalin secara pembedahan caesarean (czer), penjagaan luka adalah sangat penting. Ramai ibu yang sudah melalui pengalaman ini tahu betapa sukarnya menjaga luka agar cepat sembuh. Justeru, adalah penting untuk mengetahui beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan luka pembedahan jadi bernanah.
Luka pembedahan bernanah adalah jangkitan pada kawasan pembedahan caesarean yang menyebabkan luka menjadi merah, bengkak, panas, dan mengeluarkan nanah. Kadangkala ia disertai dengan demam, sakit melampau di kawasan luka, dan bau yang tidak menyenangkan.​

Jika tidak dirawat segera, ia boleh merebak menjadi jangkitan serius seperti abses atau sepsis. Oleh itu, penting untuk mengelakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan luka, lebih-lebih lagi ketika dalam tempoh berpantang.​
7 jenis makanan yang perlu dielakkan
1. Makanan laut
Makanan laut seperti udang, sotong, dan kerang kaya dengan protein dan zink, namun ia juga tinggi histamin yang boleh mencetuskan reaksi alahan pada sesetengah orang. Jika anda sensitif, ia boleh menyebabkan gatal-gatal di kawasan luka, dan akhirnya luka menjadi bernanah kerana digaru atau dijangkiti bakteria.​
Tip: Elakkan makanan laut semasa awal pantang (2 minggu pertama), terutamanya jenis bercengkerang.​
2. Makanan berlemak & bergoreng
Makanan seperti ayam goreng, sambal tumis, makanan segera dan bergoreng mengandungi lemak tepu dan minyak teroksida. Lemak jenis ini boleh menyebabkan keradangan dalaman, sekaligus memperlahankan penyembuhan luka. Lebih teruk, ia menurunkan imun badan dan memudahkan jangkitan kuman di kawasan luka.​

3. Makanan manis berlebihan
Makanan tinggi gula seperti kuih muih manis, air gas, kek dan coklat boleh menyebabkan paras gula darah naik mendadak. Bila gula darah tinggi, sistem imun kita menjadi lemah. Ini menjadikan tubuh sukar melawan kuman, menyebabkan luka czer mudah bernanah. Tambahan pula, gula juga mengganggu penghasilan kolagen – nutrien penting untuk regenerasi kulit dan luka.​
4. Makanan terlalu pedas
Makanan seperti sambal belacan, kari pedas, dan makanan berasaskan cili yang kuat boleh menyebabkan perut memulas dan sembelit. Bila sembelit, tekanan pada perut dan bahagian luka meningkat – risiko luka terbuka dan dijangkiti bakteria juga lebih tinggi. Sesetengah orang juga mengalami cirit-birit akibat makanan pedas, yang menyebabkan badan kehilangan nutrien penting untuk proses penyembuhan luka.​
5. Telur
Meskipun kaya protein, ada kepercayaan bahawa telur boleh menyebabkan luka gatal dan bernanah, terutama jika dimakan terlalu awal selepas bersalin. Ini mungkin disebabkan alahan ringan atau tindak balas tubuh terhadap protein dalam telur. Namun, ini bergantung kepada individu. Jika anda perasan luka gatal selepas makan telur, elakkan sementara waktu.​

6. Ikan kembung, tongkol dan sardin
Ikan jenis ini dikatakan ‘gatal’ dan boleh menyebabkan keradangan kulit serta rasa tidak selesa di kawasan luka. Walaupun belum terbukti secara saintifik, ramai ibu berpantang mengadu luka menjadi lambat sembuh selepas makan ikan jenis ini. Lebih selamat pilih ikan seperti ikan haruan, ikan selar dan ikan merah untuk membantu luka cepat sembuh.​
7. Makanan bersifat sejuk
Makanan dan minuman sejuk seperti air batu, timun, buah tembikai dan air kelapa dipercayai melemahkan badan selepas bersalin dan menyebabkan darah beku terkumpul. Ia juga boleh menyebabkan peredaran darah terganggu, menjadikan luka lebih lambat sembuh dan mudah dijangkiti.​
Menjaga pemakanan selepas bersalin czer adalah penting untuk memastikan luka sembuh dengan cepat dan mengelakkan komplikasi seperti luka bernanah. Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan luka dan pilih makanan yang membantu dalam proses penyembuhan.
 
The post Makan Sedap Sampai Luka Bernanah Waktu Pantang, Makanan Ni Mungkin Puncanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-sedap-sampai-luka-bernanah-waktu-pantang-makanan-ni-mungkin-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Rendang Udang Pedas Sedap Cicah Lemang Nasi Impit Makan Dengan Nasi Putih Pun Enak Juga

Resipi Rendang Udang Pedas Sedap Cicah Lemang Nasi Impit Makan Dengan Nasi Putih Pun Enak Juga

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 154 hits
Resipi rendang udang pedas ini boleh juga jadi menu untuk jamu tetamu yang datang beraya di rumah Kalau biasa hidang rendang ayam atau daging untuk kelainan buat rendang udang pedas ini Memang berselera tetamu makan Lagi sedap kalau guna ud...
Seram Tapi Benar Luka Jahitan Bersalin Boleh Bernanah Kalau Tak Jaga

Seram Tapi Benar Luka Jahitan Bersalin Boleh Bernanah Kalau Tak Jaga

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 119 hits
Selepas melahirkan anak merawat luka bersalin sememangnya mengerikan ibu yang tengah berpantang Ada yang takut untuk membuang air kecil dan air besar kerana perasaan resah dan ngeri luka yang masih tidak sembuh Bersalin memang satu pengalam...
Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 201 hits
nbsp Lama sangat dah kisah ni terpedam di galeri Kisah percutian kami ke Pulau Pangkor nbsp nbsp bulan Desember tahun lepas 2024 Kami memang plan nak buat bbq dan oden untuk makan malam di penginapan kami di Rumah Peranginan Persekutuan di ...
10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 198 hits
Kalau kita fikir balik banyak betul pantang larang zaman dulu yang bunyinya pelik pelik Kadang kadang rasa macam nak tergelak pun ada Tapi bila dah makin dewasa bila dah jadi mak ayah sendiri baru kita mula faham rupanya ada juga logik di s...
Nora Danish Akui Solat Lima Waktu Sebagai Oksigen Tegaskan Hidayah Perlu Usaha

Nora Danish Akui Solat Lima Waktu Sebagai Oksigen Tegaskan Hidayah Perlu Usaha

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 132 hits
Pelakon Nora Danish 43 mengakui bahawa untuk kekal istiqamah dalam perjalanan spiritualnya bukanlah satu perkara yang mudah Namun dia menjelaskan bahawa solat lima waktu adalah nadi utama yang membantunya untuk terus berpegang kepada prinsi...
Manfaatkan Perjalanan Ke Sekolah Sebagai Waktu Mendidik Anak

Manfaatkan Perjalanan Ke Sekolah Sebagai Waktu Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 153 hits
Manfaatkan perjalanan ke sekolah sebagai waktu mendidik anak Setiap pagi ibu bapa memulakan rutin harian mereka dengan menghantar anak anak ke sekolah Walaupun masa yang diambil untuk perjalanan itu mungkin hanya sekitar 15 hingga 30 minit ...
Dah Hujung Hujung Pantang Tapi Darah Nifas Masih Banyak Normal Ke

Dah Hujung Hujung Pantang Tapi Darah Nifas Masih Banyak Normal Ke

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 55 hits
Walau melalui beberapa proses bersalin anak kedua ketiga dan seterusnya namun perjalanan kelahiran seseorang anak tidak sama Begitu juga dengan darah nifas Walaupun sudah hampir habis berpantang namun darah nifas semakin banyak Normalkah ke...
Hiburan Mulut Ditekup Amp Cuba Ditarik Dalam Semak Wanita Dicab L Semasa Joging Waktu Malam

Hiburan Mulut Ditekup Amp Cuba Ditarik Dalam Semak Wanita Dicab L Semasa Joging Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 127 hits
Seorang wanita berdepan detik cemas dan menakutkan apabila menjadi mangsa serangan seksual ketika sedang beriadah pada waktu malam Menurut laporan wanita berusia 20 tahun itu telah menjadi mangsa cabul selepas seorang individu cuba menarikn...
Pembaziran Makanan Oleh Gelandangan Netizen Saran Lebih Baik Sumbang Kepada Pelajar Universiti

Pembaziran Makanan Oleh Gelandangan Netizen Saran Lebih Baik Sumbang Kepada Pelajar Universiti

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 73 hits
Di Malaysia kini terdapat ratusan NGO yang aktif membantu golongan gelandangan termasuk dalam aspek penyediaan makanan pakaian dan lain lain keperluan Namun begitu ada segelintir gelandangan yang dilaporkan membuang makanan yang diberikan o...
Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas

Rajaram Raj Feat Tony Rumpang Gawai Ohaa Chord

Casa Solis By Bad A Sophisticated Summer Retreat In E Me

Fadhlina Urges Incoming Pkr Wanita Leadership To Uphold Kita Keadilan Spirit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Contoh Plan Aktiviti Mingguan Orang Pencen

Bandung Jadi Tuan Rumah Konferensi Internasional Untuk Palestina Perdana Di Era Genosida

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Sinopsis Filem Gantung Musketeer Code

Laptop Percuma Switch Insentif Program Yayasan Sarawak