Makan Makan Di Al Anisah Masakan Panas China Muslim
Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang hujan lebat melanda ketika betul-betul waktu balik kerja. Tapi, kat pejabat Pak Inche (Bandar Baru Uda), belum hujan lagi. Padahal, sebelah-sebelah aje pun kawasannya. Kemudian, masuk Jalan Skudai, hujan berterusan, mujur air tak naik depan Skudai Parade tu. Masuk Jalan Pontian, tak hujan. Di persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai, jelas hujannya dekat depan aje, selepas tiang lampu isyarat yang memang selalu berlaku begitu. Masuk simpang taman, tak hujan pulak. Dah sampai rumah, hujan mula lebat. Wallahu 'alam.
Hujan turun sampai malam. Sk minta Iman buat pesanan makanan dalam talian, guna Grab Food aje la yang senang. Teringin nak makan sate benonya.. pilih-pilih-pilih... 3 makanan panas dan sate 30 cucuk, RM94??? Giler! Pak Inche kata, jomlah kita pergi makan kat Anisah 😆.
Nasi Goreng Daging untuk TTK dan Kuey Teow Penang untuk Iman. Siapa datang sini kena cuba la Kuey Teow Penang dia.. atau Kuey Teow Wok Hay.. ni bukan Kuey Teow yang berkuah tu tapi kering, memang sedap
Kipas susah mati Mee Hailam dan Mihun Hailam. Kadang dia kata nak makan macam Iman tu tapi tetap jugak mulut sebut Mihun Hailam 🤭
Dalam perjalanan balik tu, nyaris kemalangan dengan sebuah motosikal yang buat cornar baring dekat satu selekoh tu. Ada amaran Kawasan Kemalangan ya kat situ, jalan tu berselekoh dan makin bahaya sebab hujan. Nasib baik Pak Inche dapat mengelak dan tiada kenderaan lain di belakang atau di kiri kami. Sk hanya mampu menjerit Allah beberapa kali
Ni gambar makan di Al-Anisah sebelum-sebelum ni. Makan Mee Goreng Wok Hay. Kalau menu ni, dia akan campurkan mee kuning dengan kuey teow. Kena bagitahu la kalau tak nak campur. Sk suka campur
Pak Inche dan Mee Hailam sukar dipisahkan 😂
Ada sekali Al-Anisah jual lok lok, tapi nampaknya tak dapat sambutan
Sempatlah merasa lok lok Al-Anisah
Iman bawa kewpie sendiri 😆
Makan Nasi Goreng Udang
Mihun Hailam siapa lagi??
Mihun Goreng Wok Hay
Masa ni, Iman lapar nasi, katanya. Pesan Sotong Telur Masin, Kangkung Belacan dan Telur Dadar. Sk tumpang sekaki
Aaa.. ada lagi ni.. Pak Inche dan Mihun Hailamnya. Sk makan Kuey Teow Hong Kong. Yang ni Iman kat kolej
Iman balik, datang sini jugak makan. Sk dan Kuey Teow Hong Kong, Iman makan Kuey Teow Wok Hay. Pak Inche punya Mihun Hailam belum sampai, tu dia cukai mee Iman 🤭. Mungkin ada yang perasan, Sk share gambar ni dalam post lepas 😆
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/11/makan-makan-di-al-anisah-masakan-panas.html