Makan Di Yati Ayam Percik


Assalamualaikum...
SETIAP kali ke Kota Bharu, wajiblah singgah untuk makan tengahari di Yati Ayam Percik yang menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk masakan Pantai Timur amnya dan negeri Kelantan khasnya
Sebut ajelah nak makan apa, gulai kawah, ikan percik, ayam percik, daging bakar, perut, lemak, kulit, semua ada. Tapi, kena tengok jugaklah, kot dah habis kan, tak dapek den nak menolong, hehehe


Hari kedua di Kelantan, selepas bersarapan di Kopitiam Kita, kami terus menuju ke Rantau Panjang. Pada mulanya, Sk plan hendak ke Pulau Suri tapi bila baca review, macam tak apalah kot kalau tak pergi, bila baca bab orang ramainya, naik sampannya, bayarannya, hahaha. Balik dari Rantau Panjang, kami singgah sekejap ke Pengkalan Kubur semata-mata nak cari sos cili thai hijau, hahaha. Tu yang kelaparan terus ke Yati Ayam Percik ni. Mujur, orang dah tak ramai, dapat makan dalam bilik berhawa dingin, fuhhhhh


Terdapat dua pilihan nasi di sini iaitu nasi putih dan nasi kerabu. Tentulah SK akan pilih nasi kerabu, kan. Lepas tu, pilihlah lauk apa nak makan. Di sini, semua ada orang layan, sebut jerlah nak apa, nanti dia akan hidangkan. Bila dah lapar tu, hampir semua menu yang ada kalau boleh nak dihidang atas meja


Nasi Kerabu tak biru macam selalu, tapi tetap sedap. Tapi lupa nak minta solok lada dan telur masin serta keropok sebab kebingungan tengok satu demi satu lauk yang tergeletak atas meja, siapa nak bedal banyak-banyak ni


Pernah masa kami datang sekali dulu, ayam percik dah habis. Kali ni nampak banyak betul ayam yang sedang dibakar atas pembakar sepanjang hampir dua meter tu. Berkepul-kepul asap naik ke udara yang pastinya menarik perhatian pengguna jalan raya yang lalu lalang depan kedai ni. Sos perciknya sedap, tak pedas dan tak manis seperti kebiasaannya masakan kelantan


Daging Bakar diaaaaaaaaaaaaa.. wallawehhh.. Sk memang dok meratah daging ni aje, paling sedap yang berlemak-lemak tu la. Sos cicahnya sambal kicap dan sambal cili, makan begitu saja pun dah sedap sangat


Ini pula kulit ayam yang dicucuk pada buluh dan dibakar. Ya ampunnnn, dia punya lemakkkkk, oh my my, seriuslah, patut baju-baju kerja semua ketat betul


Tak sahlah datang Kelantan kalau tak makan Gulai Kawah
Berbeza dengan gulai kawah versi utara yang memasukkan umbut pisang, di sebelah Pantai Timur ni memang daging lembu siap lemak-lemaknya, tapi bukan tetel ya


Perut lembu air asam. Astaghfirullahal azimmmm..
Apa yang aku makan ni??

Sekarang baru rasa nak menyesal ke, Sk??

Yati Ayam PercikJalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan09-747 9867Buka setiap hari : 10 pagi - 6 petang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/08/makan-di-yati-ayam-percik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sosej Ayam Bersayur Cara Mudah Pancing Anak Makan Sayur Tanpa Sedar Rasa Memang Superb

Resepi Sosej Ayam Bersayur Cara Mudah Pancing Anak Makan Sayur Tanpa Sedar Rasa Memang Superb

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 462 hits
Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur Kalau disuap bersama nasi pasti anak tolak mentah mentah Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu ta...
Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 401 hits
Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini
Bau Wangi Daun Ketumbar Pada Nasi Ayam Thai Buat Berselera Nak Makan

Bau Wangi Daun Ketumbar Pada Nasi Ayam Thai Buat Berselera Nak Makan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 320 hits
Menu nasi ayam sering menjadi kegemaran ramai bukan hanya mengenyangkan malah mudah disediakan Nasi Ayam Thai ini memang wangi baunya bila daun ketumbar dicampur sekali dalam bahannya Apa lagi jom kita buat Nasi Ayam ThaiBahan nasi AyamKiub...
Resipi Balado Ayam Cukup 1 Lauk Ni Je Selera Makan Menjadi Jadi Resipi Mudah Tak Banyak Bahan

Resipi Balado Ayam Cukup 1 Lauk Ni Je Selera Makan Menjadi Jadi Resipi Mudah Tak Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 288 hits
Nak masak balado ayam ni sangat mudah resipinya tak memerlukan banyak bahan Ia sesuai dijadikan sajian untuk seisi keluarga Yang sukakan kepedasan boleh pilih cili pedas dan tambah cili dalam kuantiti yang banyak Resipi Balado Ayam Cukup de...
Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Yang Sedap Anak Makan Confirm Berpinggan Pinggan

Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Yang Sedap Anak Makan Confirm Berpinggan Pinggan

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 445 hits
Makanan makanan berproses selalu dikhuatiri kita cara pembuatannya Bimbang anak terlebih pengambilan bahan perasa garam dan bahan pengawet apa kata kita belajar sediakan sendiri di rumah bersama anak anak Sedap pun sedap Menu yang dikongsik...
3 Resipi Ayam Golek Istimewa Makan Puas Hati

3 Resipi Ayam Golek Istimewa Makan Puas Hati

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 431 hits
Sedapnya ayam golek RASA kongsikan tiga jenis resipi ayam golek yang pasti memikat selera Ada yang manis ada yang pedas dan ada yang lemak santan Pilihlah mana yang korang suka Pasti puas hati AYAM GOLEK THAI SOSBAHAN PERAPAN AYAM GOLEK1 ek...
Panduan Memulakan Bisnes Makan Dan Delivery

Panduan Memulakan Bisnes Makan Dan Delivery

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 308 hits
Cara Bisnes Makan SendiriWaktu pandemik amat sukat terutamanya bagi yang bekerja swasta dan bekerja sendiri Tetapi ada cara mengatasinya iaitu dengan memulakan perniagaan makanan delivery sendiri Kenapa saya katakan begitu Anda boleh lihat ...
Aidan Panjat Meja Makan

Aidan Panjat Meja Makan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 396 hits
Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai tiba tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelatMummy mummy adik panjat adik panjatMummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm