Makan Di Warung Bunda Beli Baju Raya Kedua


 Assalamualaikum WBT 


MINGGU ni rasa teringin sangat nak makan di Warung Bunda sebelum bermula puasa minggu hadapan. Dah bagi hint kat grup tapi nampaknya takde respons. Sengaja tak nak ajak kawan office sebab hari tu ada yang bagi komen negatif, tak sedap, mahal dan sebagainya. Kita tak naklah paksa orang ikut selera kita, lainlah kalau kita belanja, baru orang tak komplen mahal, haha. Bila malam tadi Iman whatsapp ajak makan tengahari hari ni, Sk terus ajak ke sini. Gunalah kuasa veto kita sebagai mak, kan. Lagipun, kita jugak yang nak membayornyer nanti, hihi.



Ingatkan datang tengahari tak ramai, ramai jugak. Parking penuh, mujur masih ada sepetak dua lagi yang kosong. Warga seberang tambak pun boleh tahan ramai jugak padahal weekdays ni.Macam mana kenal? Kami orang Johor memang ada deria ke 6 macam mana nak bezakan orang melayu Johor dengan orang melayu Singapura. Malah, orang cina Singapura dengan orang cina Malaysia pun boleh beza ya. Kalau jumpa dekat mall tu lagi mudah nak kenal


Hari tu Warung Bunda tutup seminggu tak silap kerana melakukan kerja pengubahsuaian. Nampaknya memang dah berbeza dan luas sedikit bahagian hadapan ni kerana kaunter minuman dan juruwang telah dipindahkan berderet dengan kaunter makanan utama. Kaunter kuih masih dikekalkan


Iman baru balik dari Pengkalan Hulu mengikuti Program UTM bersama anak Perak. Sk tak pasti nama sebenar program. Iman bertugas membuat penggambaran bagi kelab studio UTM berkaitan program tersebut


Luas dah bahagian pintu masuk ni. Hari bekerja tak ada busking.Kalau datang hari minggu ada busker buat persembahan berhampiran pintu masuk ni


Dulu sini kaunter minuman dan kaunter juruwang. Sk ada bagi cadangan kat akaun TT Warung Bunda agar tempahan minuman dibuat secara manual, bukan layan diri, nampaknya hari ni ya, tempahan minuman dibuat di meja. Tapi nanti ambil sendiri minuman di kaunter. Yang penting, dah luas sikit kaunter minuman tu


Lama pulak beratur hari ni, macam tak bergerak-gerak kami beratur kat sini. Tengok kat depan, cuma tinggal dua staf jaga kaunter makanan


Nama-nama kuih yang telah habis


Tak banyak dah pilihan kuih yang tinggal


Tak tahulah kenapa dah pecah-pecah kuih lopesnya


Nona manis masih elok


17 minit beratur baru sampai depan ni. Sampai sakit-sakit perut dibuatnya. Nasi lemak dan nasi putih yang dikukus panas-panas dalam ni dah habis ya, dia ambil terus dari dalam flask nasi tapi masih dialas daun pisang


Lauk banyak pilihan lagi


Boleh ambil set dan add on jika suka


Hari tu nampak dorang buat nasi ambeng RM25, semua lauk ada. Kalau makan ramai-ramai bolehlah. Kalau makan seorang kita pilih satu lauk cukuplah. Sk pilih Ayam Masak Kicap dan add on Sambal Paru. Sedap sangat nasi ambeng dia ya. Licin Sk makan. Portion dia pulak ngam sangat, taklah selambak nasi, semua cukup dan ngam dengan lauk


Iman makan Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang. Iman kata sedap


Iman pilih kuih tepung pelita, nona manis dan cara manis. Sk pilih abok-abok dan cara berlauk. Nona manis dia tawar hebeh, tak taruk gula, sepatutnya ada gula di permukaan dia kan. (Ralat - Bukan nona manis tapi kuih cara manis)

Abok-abok pulak masih mentah lagi, sago masih putih tak masak. Kuih-muih ni vendor yang hantar kan, Sk lupa nak komplen masa bayar tu. Nanti Sk mesej dorang kat TT beritahu


Total RM30.70. Lupa ambil resit sebab mula bayar pakai duit RM50, lepas tu cashier tak cukup duit baki. Kan orang sekarang banyak pakai QR, Sk selagi ada cash memang lagi suka bayar cash aje. 

Luas sikit dan lebih selesa dah Warung Bunda. Tapi tadi dia punya tempat cuci tangan masih guna tempat air minuman macam kat rumah orang kahwin, air jatuh dalam baldi, habis tempias kat kaki. Mungkin puasa nanti dapatlah buat sinki yang lebih praktikal


Budak comel ni datang mengendeng makanan, dapatlah isi ayam sikit bagi kat dia. Badan gemuk, mesti ramai bagi makan jugak ni. 

Balik makan dia ajak singgah mis claire, usha baju raya kedua. Dia kata, nanti dah jumpa yang berkenan kita datang lagi sekali ajak babah


Iman memang suka pakai baju mis claire sebab banyak pilihan untuk plus size tapi dulu beli online la. Tak silap ni butik pertama mis claire kat Johor


Dah jumpa yang berkenan, beli jer la terus. Malas nak datang lagi. Mujur beli sebab tinggal satu saiz Iman. Ramai orang plus size kebanyakan saiz badan sama Iman ni, sebab tu kalau lambat beli tak dapat. Kalau ada saiz mungkin terlalu besar dan geloboh nanti. 

Haishhhh... puasa pun belum, dah beli baju raya kedua ek? Hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/makan-di-warung-bunda-beli-baju-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Supaya Tak Beli Banyak Baju Raya

Tip Supaya Tak Beli Banyak Baju Raya

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum uollz Sekarang takut nak keluar rumah bukan takut apa asal keluar asik la nak beli baju raya nbsp Kata nak terapkan nilai minimalis now dah jadi lain pulak nbsp Macam ni tak dapat la nak melawan Hajah Sue yang buat strategi ...
Baru Mula Puasa Dah Kena Beli Baju Raya Tapi Raya Kat Muar Jugak Ke

Baru Mula Puasa Dah Kena Beli Baju Raya Tapi Raya Kat Muar Jugak Ke

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 139 hits
Baru je mula puasa tapi dah kena beli baju raya Kena raya di Muar juga ke VisitMalaysia2026 MalaysiaTrulyAsia CutiCutiMalaysia PengalamanSurreal WiraManja SalamRamadan KLCC Convention Centre Pavilion KL Baru je puasa Dah kena beli baju raya...
Beli Baju Raya Di Butik Jamilah Angsana Mall Jb

Beli Baju Raya Di Butik Jamilah Angsana Mall Jb

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 137 hits
nbsp BELI BAJU RAYA DI BUTIK JAMILAH ANGSANA MALL JB Mungkin korang kata kekda ni awal sangat beli baju raya kan Tapi sebenarnya tidak ye Persiapan seperti tahun tahun sudah pun kekda memang dah sediakan awal sebelum menjelang puasa lagi Ba...
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 136 hits
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan Siapa geng Sebenarnya aku ambil pengajaran dari tahun lepas bila baju yang aku nak saiz habis Yang ada saiz pula sisa sisa baki yang tak laku sebab kurang lawa Yang lawa dan ada saiz mestilah harga pula leve...
Makan Mee Mee Di Al Anisah Yong Warung Pak Mus

Makan Mee Mee Di Al Anisah Yong Warung Pak Mus

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS seminggu bertungkus lumus di dapur nampaknya rasa jemu mula bertandang Kali ni kami beralih ke dapur orang pulak tukar selera lah gitu Tekak ni ingin nak makan mee mee la pulak Hari isnin malam kami cuba nasib ke...
Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 118 hits
Balik Kampung Checklist Pastikan Luggage Anda Terbaik Baju Raya Kuih Raya Tapi luggage ada cukup besar tak ni Kalau tak memang akan timbul masalah beli sekarang Ayo pilih luggage terbaik untuk Balik Raya ini dengan RamadhanSamaUT Trip Pende...
Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 196 hits
Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 terdapat beberapa pilihan warna baju raya 2025 yang menjadi pilihan dan dijangka trending pada tahun ini Kebanyakan warna ini menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sama ada baju melayu at...
Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 198 hits
Menjelang musim perayaan Lazada kembali dengan menawarkan potongan harga luar biasa sehingga 90 untuk pelbagai kategori produk Dari fesyen kecantikkan elektronik hingga peralatan rumah inilah peluang terbaik untuk anda berbelanja dengan leb...
Sandro Raikan Ramadan Raya Dengan Koleksi Eid

Sandro Raikan Ramadan Raya Dengan Koleksi Eid

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 117 hits
Dalam menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri jenama pakaian mewah Perancis SANDRO melancarkan koleksi kapsul eksklusif yang menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden sambil mengekalkan keanggunan tanda dagangnya Koleksi ini teri...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh