Makan Di The Tribus At Teega Puteri Habour
Assalamualaikum...
MALAM tadi, babah dan bonda menunaikan impian Iman nak makan di The Tribus, sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 21. Iman dah bagi 'hint' beberapa kali setiap kali lalu depan The Tribus Puteri Habour tapi kitorang saja buat dono. Petang semalam, bila Iman tanya dalam grup, nak makan apa untuk makan malam, laju-laju Sk jawab, makan Kari Tulang semalam. Pak Inche yang keliru, terus hantar whatsapp personal, "Tak jadi pergi Tribus ke?" Mujur dia tak tanya dalam grup, hehe.
Sampai rumah, Iman gelak-gelak sebab tengok Sk tak pakai baju duduk rumah, pakai macam nak keluar. Sk beritahu, Pak Din Kopitiam dah buka malam, jom makan kat sana. Beriya la dia percaya. Tanya, menu apa yang ada malam di PDK. Nasi ayam dengan Mee Kari jugak ke? Sk jawab, malam ada goreng-goreng. Sorry Pak Din, terpaksa guna nama Pak Din, hahahaha.
Buat-buat hampa bila tengok Pak Din tak buka. Iman kata, mana bonda tengok Pak Din buka malam. Jom kita makan Sup Ekor Goreng di Mana Cafe ajelah. Pak Inche pulak lapar nasi sebab tak makan nasi siang tu.
Sesekali makan tempat orang ado-ado.
Terbeliak mata Iman bila Sk berhenti depan Tribus. Sebelum tu, Sk buat ala-ala nak pusing balik konon-konon nak ke Mana Cafe
Pilihan Birthday Girl, Chicken Grill dengan Mushroom Sauce. Set CG ni datang bersama jagung dan wedges, Iman add on Mashed Potato. Selain Mashed Potato, ada Sauteed Spinach, Potato Wedges dan French Fries. Sebab semalam rabu, ompompuan dapat Mojito Classic percuma.
Sk pilih Grilled Salmon Steak dengan Creamy Leek Sauce dan add on Sauteed Spinach. Salmon tu dipanggang sehingga kulitnya agak garing, tapi Sk suka. Pak Inche tak nak jamah langsung salmon ni sebab dia fobia duduk Germany seminggu, hari-hari ngadap salmon, hahaha. Setiap kali nampak salmon, SK teringat salmon dalam peti ais yang tak dimasak-masak, hahaha
Ingat ya jasa bonda hantar proposal, ahahahahaha
Apa barang datang The Tribus, makan Nasi Goreng Kampung.. hahahahaha. Nak jugak ya makan nasi. Jangan harap sangatlah luar biasa, dah nasi goreng kampung. Nasib baik ada sambal belacan
Antara dua darjat, hahahahahahaha
Staf yang ambil pesanan ni, tak buat catatan langsung, apa yang kami pesan, dia main ingat dalam kepala aje, terror betul. Rupa-rupanya baru perasan, dia tak masukkan nachos dalam pesanan kami. Tapi, malas nak pesan semula, selamat duhet, hehehe
Terima kasih babah belanja.
Terima kasih Iman, bagi idea makan di The Tribus. Tu takpa, dia dah bagi cadangan untuk anniversary bonda dan babah pulakkkkk
THE TRIBUS AT TEEGA PUTERI HABOUR
Jalan Laksamana 2, 79100 Nusajaya, Johor
012 7664711
Buka setiap hari 11.30 pagi hingga 11.00 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-tribus-at-teega-puteri-habour.html