Makan Di Thai Baan Restaurant


Assalamualaikum... 
NAMPAKNYA, cuti masak-masak dibawa sehingga ke tahun hadapan. Ditambah, Sk akan menerima suntikan booster pagi esok. Orang kata, lepas terima booster ada kemungkinan akan demam. Untuk sejenis manusia yang agak jarang demam ni, tak tahulah macam mana kesannya. Tak nak cakap besar walaupun badan ni besar, hahah. Harap semua baik-baik sahaja nanti, insyaAllah. 

Kali ni Sk nak bawa pembaca ke Thai Baan Restaurant yang terletak di Kampung Baru Senai untuk menikmati masakan Thai yang dikatakan asli. Masakan Thai ni macam masakan Malaysia jugak, kan.. ada yang goreng, kukus dan bakar. Bagi masakan yang dibakar, akan dihidangkan bersama sos pencicah tertentu


Bila berada di restoran masakan Thai, macam tak cukup lengkap kalau tidak memesan semangkuk Tomyam. Kami memilih Nam Khoon Seafood. Tapi tak pastilah, tersalah cakap atau tersalah dengar, yang ada dalam mangkuk ni semuanya udang. Tomyamnya sedap sangat. Asalnya, Iman yang nakkan tomyam ni, tapi bapaknya yang tukang habiskan, kecian Iman, hahaha


Tiger Cry atau Harimau Menangis. Sepatutnya, Daging Bakar Harimau Menangis, nama yang betul dan lengkap. Sk kurang pasti adakah ia benar-benar bahagian daging yang digelar bahagian daging harimau menangis atau bukan. Tapi, yang pasti, dia punya sedap, macam hari-hari-mau makan 😆. 
Cuma.. masa dihantar ke meja, dagingnya tak panas, mungkin dah dibakar dan dihiris awal. Sampai ke meja pun cepat jugak. Tapi, sebab sedap, lembut dan sos cicah pun sedap, kita terima dengan senang hati. Pak Inche pulak, jenis makan tak tunggu semua lauk sampai. Apa yang dihidang, terus dibedal. Jadinya, kak bos kedai ni (mungkin), dok la pergi meja kami minta maaf, sebab hidangan lain belum siap. Nak kena bakar betul-betul, takut tak masak, katanya


Sotong memang antara menu wajib bagi kami setiap kali makan di kedai tomyam, kan.  Yang ini, Sotong Bakar dengan sos pencicah istimewanya. Ada empat ekor sotong semuanya, jadi dapatlah seorang seekor. Iman dapat lebih seekor sebab tomyamnya dah  dihabiskan bapak dia, hahahah. Rasa sotong bakar ni tak boleh kalahkan Sotong Bakar Jaws 😂

Miang Pla Pao atau Ikan Bakar Garam. Pernah makan sebelum ni di beberapa tempat seperti Carabao, Siam, Kruathai dan Jaws dan Sk akui Miang Pla di sini antara yang sedap Sk makan. Gulungkan isi ikan dalam daun salad bersama suhun, letak helaian daun kesom dan selasih, cicah dalam dua pencicah yang dibawa khas dari Thai, Mmmm... aromanya... Mmmmm... tak tahu macam mana nak huraikan tu. 
Biasanya, kalau Sk makan di Restoran Thai, kebanyakannya jenis hidang sos cicah yang sama. Makan daging bakar pun sos tu, ikan bakar, sotong, udang, semua guna sos thai yang sama tapi di Thai Baan ni, sos untuk daging, sotong dan ikan yang kami pesan, semua lain-lain sosnya dengan secukup rasa dan pedasnya. Orang asia, makan mesti nak pedas, baru ada kick! Tak gitu

Jadi, kalau anda terasa nak makan masakan Thai yang sedap ni, bolehlah cuba ke .

Restoran Thai BaanNo 27, Jalan Seni,Kampung Baru, Senai, Johor
Telefon 016 459 0990








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/12/makan-di-thai-baan-restaurant.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Cheesy Steamed Egg Pasta Tinggi Khasiat Telur Makin Selera Anak Makan

Resipi Cheesy Steamed Egg Pasta Tinggi Khasiat Telur Makin Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 293 hits
Ada anak yang kurang gemar makan nasi tetapi sebaliknya lebih suka makan pasta Apa kata kita variasikan aneka pasta untuk anak dengan sajian ringkas Cheesy Steamed Egg Pasta ini untuk anak Bahan yang ringkas tetapi sudah dan cukup khasiat i...
Saya Hilang 4 Kilogram Tak Sempat Makan Sebab Jadual Padat Punca Jung Ho Yeon Cengkung

Saya Hilang 4 Kilogram Tak Sempat Makan Sebab Jadual Padat Punca Jung Ho Yeon Cengkung

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 238 hits
Penampilan pelakon wanita dari Korea Selatan Jung Ho yeon baru baru ini mengejutkan ramai selepas dia dilihat kurus dan cengkung sehingga menampakkan tulang di bahagian dada 1 hari lalu Makanlah Sesuatu Peminat Risau Ten
Rakyat Desak Minta Dia Berhenti Sahaja Tak Tahu Buat Kerja Ka Makan Gaji Buta Ntahlah

Rakyat Desak Minta Dia Berhenti Sahaja Tak Tahu Buat Kerja Ka Makan Gaji Buta Ntahlah

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 252 hits
Wan Saiful bangang Abdul Latiff perlu bertanggungjawab selar Nazri December 22 2021 Nazri Aziz berkata tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Menteri sekiranya tiada Timbalan Perdana Menteri PETALING JAYA Bekas Men...
6 Makanan Banyak Vitamin C Yang Boleh Menguatkan Daya Ketahanan Badan Jom Makan

6 Makanan Banyak Vitamin C Yang Boleh Menguatkan Daya Ketahanan Badan Jom Makan

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 274 hits
Vitamin C memang diperlukan oleh tubuh tetapi pengambilannya perlu dititikberatkan Selain boleh didapati dari supplement vitamin C secara semulajadi turut ada pada beberapa makanan Kita memerlukan 200mg vitamin C pada setiap hari Adalah leb...
Makan Satay Kajang Kat Bangi

Makan Satay Kajang Kat Bangi

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 416 hits
Assalammualaikum Dunia Meh sambung citer pi Bangi hari tue Bangi syurga makanan tau Tunggu order Buat homework Dari sisi plak Taraaa satay kajang Banyak giler kedai makanan dan paling best waktu malam woi macam pesta kot Jangan lupa still k...
Buasir Otak Tv Doktor Suruh Makan Ubat Be Like

Buasir Otak Tv Doktor Suruh Makan Ubat Be Like

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 351 hits
Bila setiap kali doktor suruh makan ubat Jom tonton animasi ini
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Minum Petang Di Parit Yusof

Roti Sunshine Baru

Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan