Makan Di Rumah Makan Uwan Bongek
Assalamualaikum WBT
SEJAK akhir-akhir ini, di Tanah Jauhar, mula bertapak pelbagai restoran yang mengetengahkan konsep makanan dari negeri-negeri lain. Kalau makanan Kelantan atau Pantai Timur tu memang mudah ditemui sejak dulu, namun sejak kebelakangan ini, restoran nasi kandar mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dan sekarang, nak menikmati masakan salai dimasak lomak cili api ala nogori pun dah ada. Antara yang pernah Sk kunjungi adalah Salai Valley, Salai Waghih Den dan terkini, Rumah Makan Uwan Bongek yang baru Sk kunjungi semalam. Bongek tu agaknya mengambil sempena nama Kampung Bongek yang terletak di Negeri Sembilan. Tapi dalam family Sk, bongek tu adalah istilah untuk seseorang yang gila-gila dan suka buat lawak bodo, hahaha.
Tengok-tengok menu dulu.. datang tiga beranak.. dari rumah seorang.. kemudian pergi jemput Iman di kolej, ambil gambar hantar kat grup, Pak Inche reply, suruh ambil dia jugak. Kebetulan lunch hour kan. Mula risau jugak, tahulah Pak Inche tu kan makannya memilih, mujurlah ada lauk Asam Pedas Tetel dan Ayam Goreng Kunyit kegemaran dia. Kalau tak ada, kita bagi dia telur mata bubuh kicap aje laaa.. hahaha
Ada pilihan Asam Pedas ala carte
Pembuka selera dan ulam-ulaman
Masak Lomak ala carte
Kami pilih Set Talam C (1), RM80
Tengok dalam set, patutnya ada 6 lauk aje tapi bila tengok semula ada 7 lauk. Tu tak apa, siap ada tambah ulam dan sambal belacan
Nasi diletakkan dalam dulang ayan bersaiz kecil
Alhamdulillah.. kami makan dengan penuh berselera
Mereka salai sendiri daging dan ayam tu. Ayamnya lembut dan betul-betul sedap di tekak Sk. Daging dihiris nipis selepas disalai, tapi Sk lebih suka ayam salai. Kuah lemak agak pekat dan berkrim, begitu juga asam pedas tetel, kalau dicairkan sikit tentu lebih merenih masaknya. Sambal tumis bilis petai betul-betul sedap, tapi kalau dimakan bersama lauk lemak, tak sesuai pulak, jadi Sk bungkus bawa balik. Berangannya nanti nak buat lempeng.. hahahaha
Kalau anda jenis yang tak kuat minum, lebih baik kongsi minuman okey, punyalah besar saiz jug dia bagi airnya, hehehe
Kalau nak ke sini, masukkan dalam waze Leva Leur Cafe.. okey
Rumah Makan Uwan Bongek@ Leva Leur Cafe110, Jln Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin11 pagi hingga 11 malam
Jumaat - 3 petang - 11 malam
Selain itu, mereka turut menghidangkan menu shell out 😋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/makan-di-rumah-makan-uwan-bongek.html