Makan Di Restoran Western 142 Mbi Desaku Kulim Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, seperti yang anda lihat pada tajuk artikel kali ini adalah berkenaan pengalaman makan di sebuah restoran yang terletak dekat sahaja dengan rumah ibu bapa aku di Padang Meiha, Kulim, Kedah.  In shaa Allah aku akan ceritakan pengalaman dan review aku makan di restoran yang dikenali sebagai Western 142

MAKAN DI RESTORAN WESTERN 142, MBI DESAKU, KULIM, KEDAH
Macam yang aku cerita dalam artikel sebelum ni, aku balik kampung selama seminggu untuk rehat dan ada urusan. (Baca di sini) Sekitar petang hari aku ambil dose booster di Klinik Kesihatan Kulim, keluarga aku ajak makan di Western 142. Bila nampaknya nama 'western' tertera pada nama restoran mestilah makanan yang ada majoritinya makanan barat

Sebenarnya 2 bulan yang lalu, ayah aku pernah tunjuk dalam Whatsapp gambar sekeluarga pergi makan disini, sementara aku pula berada di KL. Melihat gambar memang nampak sedap. Ayah aku bagitahu bahawa restoran ini milik rakannya. Banyak juga pujian diberi, contohnya makanannya sedap, saiznya besar dan harga yang murah. 
Alhamdulillah, bila dah berpeluang balik kampung, dapatlah aku cuba dan melihat sendiri makanan dan servis yang diberikan di restoran ini. Jadi, terimalah tulisan aku mengenai review restoran Western 142.

Aku dan adik bongsu
Mak aku pesan supaya datang awal ke kawasan kedai MBI Desaku sebab nanti ramai orang. Eh, dah meriah balik ke kawasan sini? Setahu aku sejak Covid-19 melanda memang agak suram kawasan tu. Tempat berlampu pun dah tak ada. Kalau ingat balik tahun 2018-2019 memang meriah sebab ada taman lampu-lampu

Kami sekeluarga sampai di lokasi restoran ini selepas maghrib dan boleh nampak ramai yang mula membanjiri kawasan ini. Nasib baik tempat duduk dalam restoran masih ada walaupun ada beberapa meja yang sudah ditempah lebih awal

Selfie dengan adik pertama
Semua ahli keluarga aku ikut kecuali abang ipar aku yang ada urusan lain. Masuk sahaja, kami terus melihat menu dan memesan makanan yang diinginkan. 
Beberapa minit kemudian air pun sampai. Tapi macam terlebih pula air yang diberikan. Rupa-rupanya air tersebut untuk meja yang ditempah. Pelayan tersilap hantar dan Daniel dah minum pun air tu jadi terpaksa ambil juga

Baca Juga : Apa Yang Sedap di Bigg Mug Cafe, Desa Aman, Kulim?

Daniel dan kakak sulung aku
Kemudian, makin ramai pelanggan datang sampaikan meja di dalam dah penuh, meja diluar pun semakin ramai. Meja disebelah yang ditempah awal pula sebenarnya ditempah oleh keluarga kawan ayah aku. Mereka pun makan disini

Mak dan ayah aku
Seterusnya makanan pun sampai. Waktu menunggu tidaklah lama sangat. Sempat berborak macam-macam topik sambil melihat kerenah Daniel. Diluar pula cuaca dalam keadaan hujan renyai-renyai. Di dalam restoran ini memang selesa sebab ada pendingin hawa. Dekorasi dalam restoran pun nampak cantik

Baca Juga :  7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu
BAGAIMANA DENGAN MAKANAN?Okay, tibalah masa untuk bercerita tentang makanan. Kalau artikel review makanan mestilah nak tahu tentang makanannya. Berikut adalah gambar menu yang dipesan berserta dengan harga

NASI LEMAK UDANG CRISPY (RM7.00)
Mak aku memesan menu Nasi Lemak Udang Crispy yang berharga RM7.00 sahaja. Nasi lemaknya adalah seperti nasi lemak kebiasaannya yang kita beli di tempat-tempat lain seluruh Malaysia. Perbezaan yang ketara adalah udang crispy yang disediakan bersama. 4 ekor udang yang digoreng dengan rangup diletak bersama dan keseluruhan menu ini hanyalah berharga RM7.00 sahaja

Mengikut apa yang diberitahu mak aku, rasanya nasi lemak dan sambalnya boleh diterima. Udang pun memang sedap.  Saiz hidangan yang besar dan memang kenyang.  | ⭐⭐⭐/5

NASI GORENG CRISPY CHICKEN CHOP (RM 14.50)
Menu seterusnya adalah Nasi Goreng Crispy Chicken Chop pada harga RM14.50 sahaja. Ini adalah menu yang dipesan oleh adik bongsu aku. Sebelum ini adik aku pernah cuba menu yang sama, disebabkan saiznya yang besar dan sangat mengenyangkan dia memesan lagi menu ini

Saiz ayam pun agak besar dengan nasi goreng serta kentang goreng yang agak banyak. Pada harga RM14.50 memang bagi aku sendiri berbaloi dengan harga sebegini. | ⭐⭐⭐⭐/5

DOUBLE CHEEZY CHICKEN CHOP (RM14.50)
Menu berikutnya adalah Double Cheezy Chicken Chop dengan harga RM14.50. Menu ini dipesan oleh aku sendiri dan adik aku. Melihat saiz hidangan yang besar, memang bagi aku sangat puas. Cheese yang meleleh berlimpahan tu memang benar-benar menggamit deria rasa aku. pada mulanya aku berkira-kira juga nak order menu apa, selepas fikir selama 2 minit, aku pun orderlah menu ini

Alhamdulillah, aku berpuas hati. Saiz hidangan yang besar pada harga RM14.50. Mungkin saiznya cukup untuk dua orang. Semua sangat puas hati kecuali di coleslaw yang agak cair dan airnya melimpah ke ayam. | ⭐⭐⭐⭐/5
NASI LEMAK PATAYA (RM 7.00)
Jarang sebenarnya dengar nasi lemak di'pataya'kan tapi itulah menu berikutnya. Menu ini dipesan oleh kakak aku. Makanan kegemaran dia dari kecil sampai sekarang adalah nasi goreng pataya. Malam tersebut dia mencuba nasi lemak pataya dengan harga RM7 sahaja

Macam biasa, disini saiz hidangannya agak besar. Kakak aku yang tengah sarat mengandung tu memang berpuas hati dengan makanannnya. Mungkin sambalnya agak biasa tapi dari segi saiz dan tahap kekenyangannya itu membuatkan dia berpuas hati.  | ⭐⭐⭐/5

SIZZLING YEE ME WITH CHICKEN KATSU (RM12.90)
Menu terakhir adalah Sizzling Yee Me with Chicken Katsu yang berharga RM12.90. Keluarga aku memang selalu makan mee sizzling terutamanya apabila ke mana-mana medan seleran dalam pusat beli belah.  Menu ini dipesan oleh ayah aku. Kali ini ayah aku nak makan mee sizzling pula, sebelum ini dia makan menu lain. 
Ayah aku bagitahu ada sesuatu yang kurang dalam kuahnya. Selain itu, kuahnya agak cair. Walaupun saiz dan rupanya memang cantik dan membuatkan kita terliur, tetapi ada sesuatu yang kurang. Mungkin nanti boleh perbaiki lagi.  | ⭐⭐/5

Baca Juga : Makan di Restoran D'stana Baloh Jembal, Kota Bharu, Kelantan
KESIMPULANNYAMakan di restoran Western 142 bagi aku adalah pengalaman yang baik. Ruang restoran bahagian dalam yang selesa, dekorasi yang cantik dan eksklusif. Untuk makanan pula, aku boleh sarankan untuk anda mencuba makanan western nya. Saiz yang besar memang sangat berbaloi

Untuk harga pula, bagi aku sangat berpatutan. Dibandingkan dengan restoran makanan western di Lembah Klang, memang harga di Western 142 lebih murah. Aku rasa kalau aku balik Kulim lagi, mesti aku akan bawak family makan di sini

Sekian sahaja review dan ulasan pengalaman makan di Western 142. Terima kasih. ✌
LIHAT SENARAI HARGA DI SINI >  HARGA WESTERN 142
LOKASI RESTORAN WESTERN 142:

ALAMAT :  No 425 GROUND FLOOR , Jalan MBI Desaku 10/2, Taman Mbi Desaku, 09400 Padang Serai, Kedah , Malaysia
LAMAN WEB : WESTERN 142FACEBOOK : WESTERN 142TELEFON : 011-4046 6718 / 019-403 3264


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/02/makan-di-restoran-western-142-mbi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Saiful Patin Gulai Masam Antara Tempat Makan Yang Sedap Di Temerloh

Restoran Saiful Patin Gulai Masam Antara Tempat Makan Yang Sedap Di Temerloh

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 351 hits
Dah penat pusing pusing Pekan Sehari dan enjoy naik cruise melayari Sungai Pahang lapar lah pulak perut ni haaa tekak pun rasa has Hmmmm no problem bab makan makan ada jer dekat dengan korang naik cruise naik tangga terus nampak restoran Sa...
Makan Di Restoran Leezo Mutiara Rini

Makan Di Restoran Leezo Mutiara Rini

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum SEMASA PKP 3 0 yang lepas sebelum dine in dibenarkan Sk pernah sekali membuat pesanan makanan dalam talian dengan Restoran Leezo Cawangan Mutiara Rini Masa tu Sk pesan makanan set yang mengandungi antaranya Hari tu tetiba te...
Makan Di Restoran Zaituna Dengan Kawan Pejabat

Makan Di Restoran Zaituna Dengan Kawan Pejabat

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum DAH lama merancang nak makan dengan Kak Imah dan Naza Rasanya dari tahun lepas merancang tapi tak kesampaian Tahun 2022 baru rancangan berjaya heheh Itupun sebab salah seorang kawan sepejabat berpindah ke ibu pejabat Kak Ima...
Sarapan Makan Tengahari Minum Petang Dan Makan Malam Di Restoran E Da Simpang Empat Semanggol Perak

Sarapan Makan Tengahari Minum Petang Dan Makan Malam Di Restoran E Da Simpang Empat Semanggol Perak

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 945 hits
Restoran E Da Simpang Empat Semanggol PerakTerletak di Taman Semanggol Indah Taman Seri Semanggol 34400 Simpang Empat Semanggol Perak menyediakan makanan bermula dari makanan untuk sarapan pagi nasi campur untuk makan tengahari dan makanan ...
Restoran Nasi Kandar Mohamaad Serdang Kedah

Restoran Nasi Kandar Mohamaad Serdang Kedah

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 291 hits
Restoran Nasi Kandar MohamaadRestoran ni dekat Serdang Kedah Daerah Bandar Bahru Dekat sini selain nasi kandar ada juga makanan yang goreng goreng Ikut suka korang la nak makan apa Tapi aku nak try la nasi kandar diorang ni sebab datang pun...
Makan Malam Di Restoran Fauzi Bistro Brinchang Cameron Highland

Makan Malam Di Restoran Fauzi Bistro Brinchang Cameron Highland

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 399 hits
restoran Fauzi Bistro Brinchang Cameron Highlandrestoran Fauzi Bistro Brinchang Cameron HighlandRestoran fauzi bistro ni terletak di Brinchang Cameron Highland Asalnya aku nak makan grill steamboat Nak makan malam aku cari area dekat dekat ...
Makan Western Kat Melantak Klebang 2022

Makan Western Kat Melantak Klebang 2022

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 407 hits
Assalammualaikum Dunia Ini adalah rezeki February awal bulan February cikbunga pi makan kat Melantak Steak Hub Klebang Banana spilt at Western Melantak Steak Hub Klebang Depa Hantar dessert dulu alamatnyer abis dikerjakan budak nie Dulu kan...
Makan Di Mamu Junction

Makan Di Mamu Junction

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 181 hits
Assalamualaikum MAKAN di lagi setelah kebuntuan apabila restoran yang kami rancang untuk singgah rupanya ditutup jam 6 petang Pergi pula ke pilihan kedua lupa pulak hari tu dia tidak beroperasi Akhirnya Mamu Junction sajalah Disebabkan huja...
Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni x kemana kes makin tinggi kan pening tengok jumlah kes sekarang x tau la betul ke x betul ke malas nak fikir Fikir jaga diri dan keluarga je bahaya kat luar sana tu Dah beberapa hari ni cuaca sejuk hari2 kan...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever