Makan Di Restoran Kueh Bakor Taman Damansara Aliff


 Assalamualaikum WBT 


SABTU, 14 Jun 2025, Sk ajak PI makan Mee Wantan di Kafe Kueh Bakor cawangan Iskandar Puteri yang pernah Sk ceritakan DI SINI. Tapi, PI ni banyak cekadak pulak, dia kata, kena isi minyak kereta dulu yang mana, kalau nak pergi Kueh Bakor Iskandar Puteri, tak ada stesen minyak berhampiran. Lepas tu, PI macam nak makan nasi campur kat Taman Dahlia. Sk ni marah tak jugak, tapi, dia jugak yang dok cakap, mana-mana Mee Wantan tak boleh lawan Mee Wantan Kak Maznah (Kueh Bakor). 


Hurmmm.. sebenarnya panjang cerita Mee Wantan Kak Maznah ni. Dia cenggini.. duluuuuu.. KM ni meniaga Mee Wantan di Restoran Serambi Uda di Bandar Baru Uda. Lepas tu, KM buka perniagaan Kueh Bakor. Lepas tu anak Kak Maznah kembangkan lagi dengan buka restoran Kueh Bakor. Mereka tutup Serambi Uda BBU dan buka pulak kat Larkin. Selesai isi minyak, PI kata, jom kita pergi Serambi Uda la kat Larkin. Sk cadang kami ke cawangan KB di Taman Damansara Aliff, ehhh.. nak jugak ke Serambi Uda, Larkin. Dah sampai Larkin, dua kali pusing tak dapat parking. Dahlah hujan, sudahnya.. pergi yang cawangan Taman Damansara Aliff jugak. Tu la Sk selalu cakap, PI ni punya ketegaq tak boleh bawa bincang. Tu tak paaaa...

Sampai jer depan Kueh Bakor, Sk terus turun dan nak masuk dalam restoran. Sk toleh, PI masih lagi kat kereta. Sk ni malas nak layan dah.. terus masuk, duduk, sambil nak belek buku menu ni, Sk tengok PI tu macam sesuatu aje. Sk keluar dan rupa-rupanya sesuatu berlaku



PI kata, radio tiba-tiba mati dan enjin pun mati tiba-tiba. Tekan start pun tak boleh hidup. Dah sudahhhhh..

Terus telefon sales advisor kereta PI. Dia pun tak tahu jugak punca dan minta PI telefon bahagian servis, dapat bercakap dengan pegawai bertugas dan dia minta tunggu dalam sejam, mereka hantar mekanik


Berkecamuk rasa, kita kupi dulu la. PI kata tak ada selera dah. Dia pesan cincau


Nahhh.. tak ada selera tapi pesan Mee Wantan pulak. Sk kata tadi, kalau tak selera, minum-minum dulu sementara tunggu mekanik. Sejam tu nak tunggu


Ni betul tak ada selera, Sk cuma makan lempeng dengan sambal sardin. Lempeng ni tiga keping, ada sambal tumis jugak. Bagi Sk, lebih sedap makan dengan sambal tumis atau campur dua jenis sambal


Masa makan tu, mekanik telefon tanya lokasi.  Nasib la lokasi mudah dikesan sebab sederet dengan Mr DIY Taman Damansara Aliff. Nasiblah tak kena dekat Larkin yang sesak tadi tu. 

Ngam lepas PI bayar bil restoran dan keluar sapkoktang tu la mekanik pun sampai. Lepas buka bonet, dia terus pergi tengok bateri, hurmmm.. wayar negatif bateri tu tanggal oi. Dia terus check yang lain tak ada apa, cuma wayar tu jer la tanggal. Patutlah dalam sistem kata bateri low


Nasib dia tanggal kat sini. Tak pernah-pernah ya. Sabar aje la


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/makan-di-restoran-kueh-bakor-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Sayam Stulang Laut

Makan Di Restoran Sayam Stulang Laut

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum WBT HUJUNG minggu hari berehat tapi rehat ke Heheheh Hari ni tak rajin nak keluar sarapan jadi kita masak nasi goreng dan telur separuh masak bancuh teh o panas satu teko Hujan pulak tu dari awal pagi Kuat bunyi hujan dengar...
Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem

Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 109 hits
ABDUL RASHID ABDUL RAHMANTANGKAP layar seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang penjual belon di Genting Highlands di Bentong BENTONG Polis meminta seorang lelaki yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada...
First Time Makan Kelupis Dan Rendang Sarawak

First Time Makan Kelupis Dan Rendang Sarawak

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 129 hits
Assalamualaikum Selalu tengok Kelupis ni kat blog Kak Amie je sekali hari ni kawan office orang Sarawak Mak dia buatkan kami Kelupis ni untuk kami makan kat office Ya allah sedapnyaaaa firsr time SA makan menurut kawan SA dia kelupis ni dib...
Nak Makan Ikan Bakar Anytime Sediakan Pes Ini Siap Siap Hidup Jadi Mudah

Nak Makan Ikan Bakar Anytime Sediakan Pes Ini Siap Siap Hidup Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 88 hits
Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap pari dan lain lain Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya PES IKAN BAKAR BAHAN BAHAN 2 inci lengkuas 3 inci halia 5 batang serai 8 biji bawang ...
Pagar Makan Tanaman Hijau Daun

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 142 hits
Ada apakah geranganMengapa kita semakin jauhHingga tanganku tak bisa lagiMenyentuhmu dan membelaimuTernyata sahabatku menggodamuOrang bilang pagar makan tanamanTak setia kawan tak malu malunyaMencuri hatimu dari dirikuOh teganya dia mengkhi...
Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum Sedap Rupanya Daging Belengas Berselera Encik Suamiku Makan Petang semalam semasa pulang dari tempat kerja Encik Suami berkongsi satu video daging masak viral Daripada bahan yang digunakan saya perhatikan sama seperti resepi...
Pm Anwar Adakan Majlis Makan Tengah Hari Rasmi Untuk Presiden Poland

Pm Anwar Adakan Majlis Makan Tengah Hari Rasmi Untuk Presiden Poland

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 89 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan majlis rasmi makan tengah hari bersempena lawatan Presiden Poland Andrzej Duda di Seri Perdana hari ini Ketibaan Anwar dan Duda pada jam 12 45 tengah hari disambut oleh pel...
Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf

Fasilitas Nuklir Diserang Iran Balas Tembakkan Rudal Balistik Kheibar Shekan

Jet Hawk Fly Dari Ktu Kepala Batas Ke Base Tudm

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis

T22d02 Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali

Hantar Karya Penulisan Ke Majalah Dakwah

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Menyambut Hari Warga Emas

Hailey Badu Kiruh Chord

Paydibs Neo Makes In Store Payments Way Easier

Stay Safe With Galaxy A Series Built In Protection You Can Trust

Netanyahu Says Returning Gaza Hostages Will Take A Bit More Time

Creativity