Makan Di Restoran Abu Co


 Assalamualaikum WBT


MALAM semalam sepatutnya kan nak habiskan lauk ketam. Nasi dah masak, lauk pun dah siap panas kan, tinggal nak goreng ikan kering dan telur dadar sekali Pak Inche kata, simpan makan esok sebab dia dah makan nasi. PI ajak keluar, macam biasalah, keluar malam Sk pandu kereta. 


Sampai jer kat hujung simpang, kira dah jauh jugaklah dari rumah, baru teringat, dah cabut plug periuk nasi ke belum. Aduh, haru sungguh la.. Nak patah balik memang pantang datuk nenek. Tak cakap apa la, diam aje, doa dan tawakal minta Allah swt lindung dari sebarang musibah. Walaupun periuk nasi automatik tapi tetap risau sebab ia memanas. 


Pak Inche kata nak singgah ATM kat Petronas tempat Iman kerja dulu. Walaupun berdebar tapi tetaplah pura-pura tenang. Sampai Petronas, PI turun, tak lama dia datang balik dengan muka blur semacam. Wallet tak ada, kata Pak Inche, dah sudahhh! 


Sk tahulah, mesti tertinggal tapi PI takut cicir. Tak laahh.. tertinggal tu. Istighfar.. Jom kita tengok kat rumah, ada tu... Sk pujuk PI. Dalam masa yang sama lega jugak sebab bolehlah tengok plug periuk nasi dah cabut belum 😅. 


Sampai rumah, terus lari masuk dapur. Fuhhhhh.. dah cabut la plug tu. Penat aje takut sepanjang jalan. Wallet PI pun ada, legaaaaa! Syukurrrr Alhamdulillah. Kemudian, Sk cakap, dah sampai rumah ni, kita makan ajelah nasi lauk ketam tu. Eh, tak nak jugak, nak makan benda lain dia kata. Pergi dekat-dekat jer la, cadang Sk. Penat dah drive sampai Tampoi lepas tu patah balik ke Pulai. 

PI cadangkan ke Restoran Abu & Co di cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai. Lama sangat tak makan sini. Masa baru buka tu pernah datang sekali dua kot dan ada juga datang tapau makanan masa PKP tak boleh dine in. 
Konsep menu kat sini simple jer, ada nasi lemak berlauk, nasi penyet berlauk dan masakan panas Goreng-Goreng serta masakan Western yang simple. Sk pesan Nasi Goreng Kampung buat pedas, tapi tak pedas pun. Pantas pulak tu siapnya. 

PI minta Mee Goreng Mamak. Makan dua suap macam tu, PI kata, masin. Sk suap sikit, iyor laaaa.... masin sampai perit lidah uiiii. Sk suruh PI minta tukar dia kata tak nak. Dia makan jugak. Aishhh.. Karang naik pulak BP laki aku, hahaha. Sk panggil staf dorang, bagi tahu mee masin sangat, dia terus tanya, nak buat baru ke? Aaa.. buat baru tapi bungkus, hehehe. Sebab nasi goreng tu pun macam banyak jugak, tak larat nak habiskan penatttt.. hahaha. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/05/makan-di-restoran-abu-co.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang

Makan Malam Di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 240 hits
Semasa staycation di sempatlah kami jalan jalan cari makan malam di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang yang tak jauh dari hotel Kami makan malam awal jam 6 lebih macam tu Mulanya nak makan di Qidot atau Kampung Hills Ea...
Makan Di Tiga Restoran

Makan Di Tiga Restoran

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum WBTMALAS la nak buat tajuk asing asing kita blog sekali arung kira acilah ya RESTORAN CHAMEK KOPITIAMKhamis lepas balik kerja terus ke UTM ambil Iman Hari tu Iman ada kuiz mula pukul 2 sampai pukul 4 Khamis Sk balik pukul 3 ...
Makan Di Restoran Masakan Cina Muslim Tanjung Malim

Makan Di Restoran Masakan Cina Muslim Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum WBT SEMASA dalam perjalanan ke Pulau Pinang kami singgah ke Tanjung Malim Tujuannya untuk memadamkan kelaparan Pagi tu Pak Inche cuma lapis alas perut dengan sebungkus nasi lemak daun pisang Sk yang makan dua bungkus pun lap...
Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 299 hits
Restoran Nurlaila Danok thailand Restoran Nurlaila Danok thailandRestoran Nurlaila ni dekat je dengan border Bukit Kayu Hitam Lepas korang cop passport boleh terus datang sini Masuk ke Danok makan masakan ala thai baru la feel nak makan den...
Lepak Makan Aneka Diy Mee Segera Di Restoran Maggie Queue 24 Jam

Lepak Makan Aneka Diy Mee Segera Di Restoran Maggie Queue 24 Jam

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 222 hits
nbsp Konsep restoran atau kedai makan DIY ni dah bagaikan satu trend di negara kita masa kini Peredaran masa dan kesibukan pelanggan yang nak cepat dalam setiap aspek di samping pengurangan kos modal oleh peniaga mendorong untuk terbukanya ...
Makan Di Restoran Congkak

Makan Di Restoran Congkak

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum WBT BERSEBELAHAN sahaja dengan pintu utama lobi Royal Chulan The Curve Hotel adalah Teh Tarik Place Ingatkan petang nak ajak Cikwa ngeteh situ la Selain ngeteh ada menu berat jugak yang boleh memadamkan kelaparan haha Kemudi...
Faisal Halim Semakin Pulih Dah Boleh Makan Amp Semangat Nak Jalani Latihan Bola Sepak

Faisal Halim Semakin Pulih Dah Boleh Makan Amp Semangat Nak Jalani Latihan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 255 hits
Penyerang Selangor FC Faisal Halim semakin pulih dan dilaporkan berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu Artikel lain nbsp Faisal Halim kirim salam kepada kawan2 mo...
Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 275 hits
Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping Kuey teau goreng adalah antara makanan popular di Taiping Siapa suka makan kuey teau goreng Ramai ke Okay kita geng Kalau dulu Taiping ni terkenal dengan kuey teau Doli sebut saja ...
Makan Makan Bersama Adik Adik Tersayang

Makan Makan Bersama Adik Adik Tersayang

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Entri kedua untuk hari ini Sempena mendapat hasil pendapatan daripada Google Adsense yang pertama boleh klik Maka bolehlah belanja adik adik makan dengan suka hati 23 Februari 2024Gambar tak cantik sebab kelam kabut nak maka...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi