Makan Di New Hollywood Ipoh
Assalamualaikum...
PERNAH tak, apabila anda singgah ke sebuah restoran untuk mengisi perut, anda rasa macam nak makan semua makanan yang dijual di situ? Haaa.. Macam tulah Sk dan Pak Inche bila berada di Restoran New Hollywood yang terletak di Ipob ni. Haaa.. Jangan bosan pulak, balik-balik cerita pasal Ipoh, bak kata adik Sk, Ipoh dengan JB dah macam JB dengan Batu Pahat sahaja jaraknya, hahaha.
Sekurang-kurangnya sejak Iman berada di Ipoh, telah tiga kali kami makan di New Hollywood ini. Ia ibarat syurga makanan, sebutlah nak makan apa, semua ada. Mungkin ada jugaklah yang tak ada, Asam Pedas dan Nasi Beriyani memanglah tak ada.. hahahhaa.
Tapi, boleh dikatakan semua makanan yang menjadi identiti orang Ipoh ada di sini dan jika anda peminat Chinese Food, anda pasti sukakan tempat ini.. Jom tengok apa yang sempat kami cuba di restoran yang sentiasa penuh dengan pelbagai kaum yang harmoni ini.
Roti Telur GoyangDua keping roti yang disapu margerin dan dipecahkan telur separuh masak ke atasnya. Tak ada kaya ya, Sk tak pasti jika dia boleh letak kaya tapi jangan risau jika anda suka ada kaya boleh minta dengan peniaga char kue yang ada kat situ. Ya.. Char kue kat sini makan dengan kaya tapi lupa pulak Sk nak ambil gambarnya char kue Sk, huwa huwa huwa.
Lhoo Bak atau Yong Taufu Goreng. Boleh dikatakan semua yang datang ke sini mesti makan Lhoo Bak ni tapi menurut penjual ni tidak semua Lhoo Bak di pasaran halal jadi pastikan halal baru beli.
Puding Karamel yang cair di mulut. Pudingnya sangat lembut dan halus dengan gula hangus yang sedikit pahit tapi Iman kata sedap lagi Puding Karamel Nasi Ganja, hehehe.
Nasi Ayam.. Haaa.. Nampak macam.. Alaa.. Nasi Ayam jer kan, tapi serius nasi ayamnya sangat sedap dari rasa nasi sampai ke cili sos, memang Nasi Ayam Ipoh Mali laaaa..
Kuey Teow Goreng yang sangat sedap dengan udang dan kerang. Sk memang suka kuey teow yang digoreng kering berbanding dengan kuey teow berkuah tu. Kuey Teownya dihidang bersama sos cili homemade.
Sanggup tanya kat meja pelanggan lain kat gerai mana dia beli Mee dalam pinggan kaca ni, hahahah. Ini ialah Mee Udang, boleh pilih nak bihun atau mee kuning. Oh ya, di sini konsepnya gerai-gerai ya, memang setiap makanan tu dijual di gerai yang berasingan.
Lapar nasi??? Nasi Kandar pun ada tau.. Ayam gorengnya rangup di luar dan gebu di dalam. Ayam goreng Nasi Ganja pun tak sedap macam ni tauuu..
Jadi, kalau ke Ipoh jangan lupa singgah ke sini tau. Eh, lupa nak bagitahu, kopi ais dia power giler!!!
New Hollywood Canning GardenBuka setiap hari 7 pagi hingga 10 malam
Facebook New Hollywood
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/09/makan-di-new-hollywood-ipoh.html