Makan Di Kedai Bukan Islam Semasa Di Oversea Apakah Hukumnya




SOALAN
Ohmedia dapat rasakan antara kita pasti ada yang tinggal di luar negara atas faktor perkerjaan atau sedang melanjutkan pelajaran. 
Oleh itu, sekiranya kita merupakan orang yang beragam Islam, adakah boleh makan di kedai makan milik orang bukan islam? 
JAWAPAN
Menuntut akan makanan dan minuman yang halal adalah wajIb atas seklian orang Islam samada mereka tinggal di dalam negara orang Islam atau di negara bukan Islam.

Jika orang Islam tinggal di negara bukan Islam maka wajib atasnya makan di kedai orang Islam akan tetapi jika tiada di situ kedai orang Islam maka harus atasnya makan di kedai bukan Islam pada ketika itu.

Tetapi disyaratkan hendaklah makanan yang dimakan itu adalah halal dan pinggan mangkuk serta periuk belanga untuk memasaknya adalah suci.

Jika makanannya halal tetapi periuk belanga buat memasaknya najis maka jadilah makanan itu juga najis dan haram dimakan.

Begitu juga jika makanannya haram dan pinggan mangkuknya suci maka tetap haram dimakan akan dia.

Telah diriwayatkan dari Abu Tsa’labah Al-Khusyani r.a. dia berkata :
يَا رَسُولَ الْلَّهِ، إِنَّا بِأَرْضِ قَوْمٍ أَهْلِ كِتَابٍ، أَفَنَأْكُلُ فِي آنِيَتِهِمْ؟ فَقَالَ: لَا تَأْكُلُوا فِيهَا، إِلَّا أَنْ لَا تَجِدُوا غَيْرَهَا، فَاغْسِلُوهَا، وَكُلُوا فِيهَا
Artinya : “Wahai Rasulullah! Sungguhnya ketika kami berada di negara ahli kitab apakah harus kami makan di dalam bekas-bekas mereka? Maka jawab Rasulullah : Jangan kamu makan padanya melainkan bahawa kamu tidak dapati akan bekas-bekas yang lain maka bersihkannya terlebih dulu kemudian kamu makan di dalamnya.” (Hadith riwayat Syeikhain)
Hadith ini menjadi dalil bahawa bekas mengisi makanan samada ketika dimasak seperti periuk dan kuali atau ketika dimakan seperti pinggan dan mangkuk dan cawan dan sudu apabila digunakan sebelumnya oleh orang bukan Islam untuk memasak dan memakan makanan yang najis seperti daging yang tidak disembelih dan arak dan seumpamanya adalah mutanajis tidak boleh digunakan oleh orang Islam melainkan setelah dibersihkan segala bekas yang tersebut terlebih dahulu.

Tersebut dalam Kitab ‘Aunul Ma’bud :

وَالأَصْل فِي هَذَا : أَنَّهُ إِذَا كَانَ مَعْلُومًا مِنْ حَالِ الْمُشْرِكِينَ أَنَّهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورهمْ الْخِنْزِير وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتهمْ الْخَمْر فَإِننَّهُ لا يَجُوز اِسْتِعْمَالهَا إِلا بَعْد الْغَسْل وَالتَّنْظِيف
Artinya : “Bermula hukum yang asal pada masalah ini bahawasanya apabila adalah diketahui dari hal orang-orang kafir sungguhnya mereka memasak pada segala periuk mereka akan babi dan meminum di dalam segala cawan mereka akan arak maka sungguhnya tidak harus menggunakannya melainkan setelah membasuhnya dan membersihkannya.”
Akan tetapi jika segala bekas di kedai orang kafir itu tidak memasak bahan makanan yang haram dan najis maka tidaklah wajib membersihkannya terlebih dahlu tetapi yang afdhal ialah membersihkannya.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

وَأَمَّا الْفُقَهَاءُ فَمُرَادُهُمْ مُطْلَقُ آنِيَّةِ الْكُفَّارِ الَّتِي لَيْسَتْ مُسْتَعْمَلَةً فِي النَّجَاسَةِ فَإِنَّهُ يَجُوزُ اسْتِعْمَالُهَا وَلَوْ لَمْ تُغْسَلْ عِنْدَهُمْ وَإِنْ كَانَ الْأَوْلَى الْغَسْلَ لِلْخُرُوجِ مِنَ الْخِلَافِ
Artinya : “Dan ada pun sekelian fuqahak menghendaki maksud bekas-bekas orang kafir yang tidak ada digunakan pada perkara najis maka bahawasanya haruslah menggunakannya sekali pun tidak dibasuh di sisi mereka dan sekalipun pun yang lebih utama ialah membasuhnya kerana keluar dari perselisihan ulamak.” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)
KESIMPULAN
Jika berada di negara bukan Islam orang Islam hendaklah makan di kedai milik orang Islam kerana menjaga hukum halal haram ketika makan minum itu adalah wajib.

Jika tiada kedai orang Islam dan tidak boleh memasak makanan sendiri dirumahnya maka dimaafkan dia makan di kedai bukan Islam dengan syarat hendaklah memastikan segala bahan makanan dan sekelian pinggan dan mangkuk dan kuali dan periuk dan cawan dan gelas dan sudunya adalah bersih tiada terkena najis. Ini adalah jika kebiasaannya orang kafir makan dan minum makanan yang najis dan yang haram.

Ada pun jika kedai orang kafir itu tidak ada memasak makanan yang haram dan najis maka tidak wajib membasuh pinggan mangkuk sebelum makan tetapi sunat sahaja hukum membasuhnya terlebih dahulu.

Pendapat setengah orang yang mengatakan apabila berada di negara orang kafir maka dimaafkan makan dan minum apa yang mereka makan dengan alasan darurat maka perkataan ini adalah batil dan tergelincir dari ajaran syariat Islam kerana tidak dinamakan darurat selagi boleh makan dengan cara memasak sendiri atau makan makanan yang halal seperti sayuran dan buah dan telur dan seumpamanya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca makan di kedai bukan Islam semasa di oversea, apakah hukumnya?
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/08/makan-di-kedai-bukan-islam-semasa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Berkenaan Orang Muslim Makan Di Kedai Bukan Islam

Hukum Berkenaan Orang Muslim Makan Di Kedai Bukan Islam

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 389 hits
Kalau seorang Islam yang tinggal di negara barat adakah boleh makan minum di dalam kedai milik bukan Islam Hukum Berkenaan Orang Muslim Makan Di Kedai Bukan IslamCredit Pic JAWAPAN Hukum Berkenaan Orang Muslim Makan Di Kedai Bukan IslamMenu...
Info Kesilapan Pengantin Islam Semasa Majlis Perkahwinan

Info Kesilapan Pengantin Islam Semasa Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 715 hits
Soalan ini ada ditanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkenaan tentang kesilapan pengantin Islam semasa majlis perkahwinan Mungkin ramai yang terlepas pandang kesalahan yang dikongsikan ini sehingga majlis tersebut menimbulkan perkara perkara...
Pengusaha Kedai Makan Pasang Bendera Terbalik Ditahan

Pengusaha Kedai Makan Pasang Bendera Terbalik Ditahan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 349 hits
NOR AZURA MD AMIN Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah kedai makan di Kluang JOHOR BAHRU Polis menahan seorang wanita berusia 55 tahun dipercayai memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah kedai makan di Taman Nasib Kluang kelmar...
Apakah Status 10 Ekar Tanah Perkuburan Islam Soal Umno Kalabakan

Apakah Status 10 Ekar Tanah Perkuburan Islam Soal Umno Kalabakan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 283 hits
UMNO ONLINEKALABAKAN Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar segera menyediakan kawasan baharu untuk proses pemindahan kubur yang terbina di atas tanah milik orang lain Katanya gesaan it...
Suasana Makan Ala Korea Dapatkan Pelbagai Kelengkapan Dapur Seperti Dalam K Drama Di Kedai Ini

Suasana Makan Ala Korea Dapatkan Pelbagai Kelengkapan Dapur Seperti Dalam K Drama Di Kedai Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 521 hits
Dek PKP mesti semua terpaksa batalkan niat untuk berjalan ke Korea buat sementara ini Rindu betul nak jamah makanan Korea dengan suasana seperti di sana Tetapi semua orang terpaksa berpuas hati sahaja dengan kedai makanan Korea berdekatan K...
Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar

Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sehubungan itu orang ram...
Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Solat Apakah Hukumnya

Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Solat Apakah Hukumnya

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 334 hits
SOALAN Ohmedia dapat rasakan ada antara kita ketika remaja mengalami masalah di mana ibu bapa tidak solat Jadi adakah boleh seorang anak menegur atau menasihati ibu bapanya yang tidak solat apakah hukumnya JAWAPAN Walaupun akhlak dan tingka...
Khuntai Kedai Makan Thai Sedap Di Klang

Khuntai Kedai Makan Thai Sedap Di Klang

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 960 hits
Tengahari minggu balik dari Kapitan Hill Cempenai Parc Residences cik yuyi bawak kami makan durian kat SS2 PJ Budak form 3 daripada minggu lepas asyik sebut2 teringin nak makan durian Makcik teringin jugak tapi kena kontrol makan seulas dua...
Korang Rasa Kedai Makan Amik Kisah Tak

Korang Rasa Kedai Makan Amik Kisah Tak

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 389 hits
Minyak masak tak boleh reuse lebih dari 3 kali Minyak masak yang digunakan banyak kali bahaya untuk kesihatan Tapi persoalannya berapa kali korang memasak kat rumah Selalu bedal makan goreng pisang kat tepi jalan selalu bedal ayam goreng te...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation