Makan Di Hay Cafe Sekinchan


 Assalamualaikum WBT 



SAMBUNGAN dari Jalan-Jalan ke Sekinchan.. 


Sk dan Pak Inche singgah ke Hay! Cafe yang terletak di dalam bangunan sarang burung layang-layang. Kreatif betul jadikan bangunan ni sebagai cafe di tengah bendang pulak tu. Paling mengujakan bila melihat padi keemasan di bawah cahaya matahari yang memancar


Mula macam nak makan kat luar ni mengadap bendang tapi panaslah pulak. Yok la kita makan kat dalam, haha


Buat pesanan dan terus bayar di kaunter, pesanan akan dihidangkan ke meja oleh staf. Sk pilih Blueberry Milly Cake (RM15). Nak buat milly cake ni senang jer ya, tak perlu guna oven cuma lenserkan adunan dalam kuali non-stick nipis-nipis dan buat berpuluh-puluh helai, kemudian lapiskan ia berselang-seli dengan fresh cream dan jem. Senang-senang pun, bercinta jugaklah nak membuatnya. Yang paling senang,  beli yang siap terus ngap 😄


Sambil suap kek, sambil menikmati pemandangan yang tak ada di Tanah Jauhar. 

Iced Salted Caramel Latte (RM11) untuk PI dan Iced Rose Cappuccino (RM11) untuk Tuan Tanah Kedaung. Sesekali la kita reward diri, everyday no sugar pun jemu juga. Kedua-duanya sangat-sangat-sangat sedap 😋😋😋


Nama pun honeymoon, kenalah makan yang manis-manis, ahaks


Black Pepper Chicken Chop Rice (RM23). Masa pesan tu, Sk tanya, ayam tu grill ke? Staf kata, ya.. tapi yang sampai goreng daaa. Mujurlah sos lada hitam tu sedap, ayam pun besar. Ia disajikan bersama salad dan nasi. Nasi tu guna beras Jepun, sedap.. tapi PI tak suka. PI kan tekak pakcik-pakcik 🤣


Aglio Olio Prawn Pasta (RM20). Sebenarnya nak makan Pasta Hitam yang dibuat menggunakan dakwat sotong tapi menurut staf, mereka telah kehabisan stok pasta tersebut. 

Sesuai namanya, ada lima ekor udang tersusun tepi pinggan namun saiznya tak berapa besar dan tidak juga segar. Kalau ikutkan aglio olio ni cuma olahan minyak zaitun dan bawang putih aje dan sedikit membosankan tapi chef di Hay!Cafe ni lebih kreatif dengan memasukkan lebih banyak rempah termasuklah lada kering yang dicincang kasar (bukan chili flakes) membuatkan rasa pasta ini lebih meriah dan agak pedas juga


Lepas makan, kita jalan-jalanlah sikit tepi sawah. PI nak bergambar dengan orang-orang ni


Walaupun menantu orang Kedah yang terkenal dengan nama Negeri Jelapang Padi, namun Sk tak pernah rasa lagi membanting padi. Duluuuuu.. ingatkan asal Kedah tu mesti sawah padi tepi rumah, dah balik kampung mentua baru tahu rumah depa kat dalam bandar. Bapak mentua Sk dulu kerani estet dan tinggal di kuarters dalam ladang getah, masa kahwin tu bapak pun dah lama meninggal dunia dan mereka tak lagi tinggal dalam estet


Sampai ke sudah ya, sampai nak balik, tak nampak seketul pun kapalterbang lalu atas kepala. Lepas tu, Sk ajak PI cari kapalterbang 'landing' yang femes kat tengah sawah di Sekinchan ni. Tak jauh rupanya dari Hay! Cafe


Sayangnya, dah berpagar kapalterbang ni. Dengar cerita nak dijadikan outlet barangan berjenama


Lama-lama baru terfikir, inilah agaknya kapalterbang yang kawan PI maksudkan. Kitorang mati-matilah ingat kapalterbang lalu atas kepala, hahahahahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/05/makan-di-hay-cafe-sekinchan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Dengan Chicken Chop Aunt Rosey Cafe

Makan Malam Dengan Chicken Chop Aunt Rosey Cafe

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 446 hits
Makan Malam dengan Chicken Chop Aunt Rosey Cafe Aunt Rosey Cafe kini dibuka Lepas raya haritu Terasa Macam dah lama tak makan Chicken Chop Haha Tibber teringin Ini merupakan kali kedua singgah beli Makan kat Aunt Rosey Cafe Hehe Kali Pertam...
Saking Kelaparan Bocah Palestina Di Gaza Makan Baterai Buatan Indonesia Dikira Permen

Saking Kelaparan Bocah Palestina Di Gaza Makan Baterai Buatan Indonesia Dikira Permen

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 225 hits
Saking Kelaparan Bocah Palestina di Gaza Makan Baterai Jam Buatan Indonesia Dikira Permen
Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 571 hits
Hi Everyone DoubleTree by Hilton properties across Malaysia invites guests to be part of a unique culinary odyssey as they launch the inaugural seven chefs exchange program through a nationwide campaign Signatures Across the State A Makan K...
Momen Keakraban Prabowo Dan Elon Musk Saat Makan Malam Di Bali

Momen Keakraban Prabowo Dan Elon Musk Saat Makan Malam Di Bali

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 260 hits
Pertemuan itu dibuka dengan tarian Kecak Bali yang mengiringi Prabowo dan Elon masuk ke ruang pertemuan
Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Doktor Kongsi Bahaya Gula

Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Doktor Kongsi Bahaya Gula

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 360 hits
kalau anak makan selalu otak jadi kecut doktor kongsi bahaya gula Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Maka sebab itulah ramai do...
Dirut Bulog Belum Dapat Arahan Soal Stok Beras Untuk Program Makan Siang Gratis Prabowo Gibran

Dirut Bulog Belum Dapat Arahan Soal Stok Beras Untuk Program Makan Siang Gratis Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 266 hits
Meskipun tinggal menghitung bulan Prabowo Gibran dilantik menjadi Presiden dan Wakil Presiden
Makan Di Restoran Abu Co

Makan Di Restoran Abu Co

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum WBTMALAM semalam sepatutnya kan nak habiskan lauk ketam Nasi dah masak lauk pun dah siap panas kan tinggal nak goreng ikan kering dan telur dadar sekali Pak Inche kata simpan makan esok sebab dia dah makan nasi PI ajak kelua...
Santai Makan Malam Hujung Minggu Di Palm Garden Hotel Putrajaya Dengan Bufet Grill Nites Masakan Thai

Santai Makan Malam Hujung Minggu Di Palm Garden Hotel Putrajaya Dengan Bufet Grill Nites Masakan Thai

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 511 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Dah lama sebenarnya tak nikmati bufet makan malam dengan juadah membakar di suasana mewah dalam hotel Kali ni Palms Caf memper...
Drama Pak Su Ammara

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Magic Shows The Timeless Allure Of Illusion And Wonder

Positif Dalam Negatif

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi