Makan Di Embrace Hall Cafe


 Assalamualaikum WBT 


DAH masuk hari kedua tahun baru 2025. Hari ini baru hari khamis, ada dua hari lagi bekerja. Minggu ni Sk akan bekerja 6 hari tapi hari Isnin depan diberi cuti ganti. Maknanya 4 hari kerja sajalah minggu depan, hehehe. Minggu ni kita layan blues aje la, dahlah hari ni kena balik pukul 5. Apalah salahnya teruskan aje balik pukul 3.30 hari khamis, kan.. hahaha.




Kami ke Embrace Hall Cafe ni minggu lepas, sehari sebelum cuti Hari Krismas. Dah lama tengok vtt EHC ni tapi tak pernah pergi sebab selalu lupa ingatan kewujudannya. 



Kami diberi buku menu namun pesanan makanan perlu dibuat dengan memgimbas QR code yang ditampal dimeja. Masalah pulak sebab tertinggal cermin mata. PI pulak tak pandai, dia kan oldskul. Mujurlah staf EHC sudi membantu. Sk sebenarnya boleh jer walau tak ada spek tapi dah staf dia datang berdiri sebelah, eh, buatkanlah terus, hihi. Tapi, rupa-rupanya kebanyakan menu dia tak menepati citarasa PI. Lepas tu, dua menu yang PI nak, dah habis. Staf tu kata, sebab siang tu ada group datang, tu yang habis. Hurmmm.. masalah betul kalau macam ni, boleh jadi amukan




Sk tertarik dengan hiasan dalaman dan reka letak EHC ni. Ruang makan terbahagi kepada tiga, iaitu, di luar kafe (tepi dan hadapan), dan di dalam kafe pulak ada pentas yang memuatkan dua meja untuk 4 orang. Menariknya di atas pentas ni ditempatkan piring hitam dan cd untuk dijual. Ada lagi ke yang nak beli? Pasti ada




Piring hitam dan cd lagu artis tahun 70-an dan 80-an, dalam negara dan luar negara




Aaaa.. ni ruang makan dalam kafe di sebelah bawah





Snap pic piring hitam kumpulan Black Dog Bone nak tunjuk dekat Abang Jatt Ali dan isterinya, Ree, hehehe




Pemilik cafe ini pasti meminati muzik




Disebabkan dua menu yang PI minta tak ada (lupa dah apa menunya), Sk mengesyorkan agar kami berkongsi. Balik nanti kita singgah la mana-mana makan lain. PI kata, okey, balik tu singgah Thoufeeq. Sk setuju jer




Sk pesan Lamb Stew dan Garlic Bread. Tak silap, RM24. 



Tulang lutut kambing ada 4 ketul, seorang dua ketul la. Rasa stew dia sedap tapi mungkin resepi nya ikut tekak orang Melayu. Bagi Sk sedaplah walaupun rasa stew tu ada lari sikit. Dia ada rasa berempah dan kurang rasa tomato. Daging pada tulang tu, empuk sangat dan mudah lerai dari tulang. Ajaibnya lepas makan tak ada rasa daging terselit celah gigi, haha




Garlic Bread 4 keping. Ingatkan tak cukup roti tu tapi cukup rupanya sorang dua keping. Nasib tak minta add on roti. Roti garlic sedap, lembut. Kadang roti Perancis ni ada yang keras, kan




Licin eh tulang kambing, semua daging tanggal, tak rugilah makan ni




Sebelum balik rumah singgah dulu Thoufeeq, PI makan tosei. Sk tukang tengok aje la. Perut kami dua ni terbalik, sorang suka makan banyak waktu pagi, sorang suka makan banyak waktu malam. Tapi yang suka makan banyak waktu pagi tu, terbabas jugaklah makan banyak dari siang sampai malam, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/makan-di-embrace-hall-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Makan

Berhenti Makan

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Perjalanan jauh menuju ke Phuket cuci mata dan isi perut tu wajib Bila cuaca cerah hujan dah berhenti kebetulan kami ternampak ramai wanita bertudung lalu lalang menaiki motosikal di jalan raya Rupanya kami dah sampai area K...
Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 199 hits
Assalammualaikum Dunia Yayyy Selepas penat memilih kek lapis warisan Sarawak jom ler kita pi mencekik Ha ha ha ha Jangan Marah ye Itu bahasa orang Melaka Bahasa halus dia Jom ler kita pergi makannn Mula muka tue cek kat google Paling top ad...
Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 184 hits
Resipi kuetiau goreng basah seafood ini sesuai untuk hidangan sarapan atau pun makan malam kerana cukup mudah Sebelum pergi kerja atau pulang dari kerja pun tiada masalah untuk menyediakannya jika bahan sudah tersedia Paling penting hidanga...
Pernah Makan Ikan Puyu

Pernah Makan Ikan Puyu

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum Semalam Acu bawak PZ pi Pasar Besar Seremban cari lauk untuk tengahari Acu belikan PZ ikan puyu besar2 dan gemuk gemuk seronok la PZ Ikan puyu tu hidup plak 4 ekor RM20 katanya sedap tu kalau masak lemak cili api pedas pedas...
Kelantan Pbt Siasat Tarian Colok Mata Dalam Majlis Makan Malam

Kelantan Pbt Siasat Tarian Colok Mata Dalam Majlis Makan Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersExco Kelantan Hilmi Abdullah berkata semakan dengan Majlis Daerah Tanah Merah mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk penganjuran acara itu Gambar tular persembahan tarian mencolok mata dalam majlis makan malam anj...
Makan Mee Champa Di Itu Kopi X D Nara Meesup Melayu Champa

Makan Mee Champa Di Itu Kopi X D Nara Meesup Melayu Champa

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum WBT TENTU kolej sunyi sepi hari ini kerana ramai yang bercuti termasuk Sk Sejak hari ahad lepas pun dataran parkir tu cuma ada dua tiga buah kereta sahaja pelajar pun tengah cuti memang pasti sepi sesepi sepinya Semalam kami...
Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 490 hits
Kami bertolak pulang dari Pahang hari Ahad pagi memandangkan jalan agak lengang Maka kami tiba agak awal di Muar Jadi kita jalan jalan cari makan dulu Kali ni bawa anak anak makan tengah hari di kawasan jeti nelayan di Kesang Namanya kedai ...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro