Makan Di Dolly Dim Sum
Assalamualaikum WBT
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada hari sabtu yang mana tiada cuti ganti. Tapi, dah namanya hari merdeka, terasa macam hari bercuti jugak walaupun setiap sabtu memang hari cuti pun. Dah janji la hari merdeka tu nanti nak jalan-jalan, nak pergi makan tempat yang special. Kami ke Dolly Dim Sum yang membuka cawangan baharu, pertama juga di Johor, iaitu di Aeon Mall Tebrau. Lama sebenarnya fikir, nak post atau tak pasal Makan di Dolly Dim Sum ni. Tu yang lambat ceritanya, hehehe.

Masa kami pergi tu, belum timbul lagi isu Dolly Dim Sum bukan pemegang sijil halal JAKIM. Johnny Steamboat, Black Canyon, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw jugak terpalit sama dengan isu tiada sijil halal ni. Tak tahu kenapa nama lima restoran ini sahaja terkait, ramai pulak yang terpaling halal dalam isu ni padahal mengular di tempat kerja, mengeteh sebelum habis waktu pejabat, keluar ambil anak balik sekolah kemudian tak balik semula ke office, tak fikir pulak gaji yang dia dapat tu halal ke tidak. Dalam kepala otak dia cuma fikir b*** dan arak sahaja yang haram

Kena menunggu sekejap sebelum dijemput masuk ke dalam ruang restoran. Semasa menunggu tu, pelanggan telah diberikan buku menu dan kertas pesanan, tapi tak sempat nak mencatat pun, kami telah diberikan meja. Dapatlah memilih menu dengan selesa dan berfikir semasaknya, hahaha

Suka warna pastel yang menjadi latar restoran. Lembut dan damai mata memandang. Jarak antara meja pelanggan jugak agak jauh dan selesa, taklah sampai berlanggar bahu dengan pelanggan di meja belakang

Cantonese Noodle untuk Pak Inche. Terkejut bila tengok ia dihidang dalam pinggan hidang besar ni

Patutlah restoran meletakkan pinggan-pinggan kecil atas meja ni. Konsepnya berkongsi hidangan. Tapi, memangnya kalau makan dim sum, kita akan ambil letak di piring, kan

Royal Golden Fried Rice untuk Iman, pun banyakkk. RGFR ni antara menu signature di Dolly Dim Sum ni

Crystal Prawn Dumpling, jernih betul kulit dumpling sehingga boleh kelihatan meriahnya inti. Sedapppp

Pan Fried Radish Cake untuk Sk. Laaaaa.. Sk mati-mati ingat Fried Radish Cake yang biasa Sk makan tu. Patutlah macam murah jer harga dia, Sk perasan jugak ada satu lagi menu Radish Cake, agaknya yang itulah patut Sk ambil. Tapi, okeylah.. sebab Cantonese Noodle dan Nasi Goreng tu memang banyak, jadi kami kongsi-kongsi

Ice Lemon Tea dan Watermelon Lychee untuk membasahkan tekak

Egg Custard Bun yang gebussss

Hot Cappucino untuk Tuan Tanah Kedaung
Restoran popular, Dolly Dim Sum memaklumkan bahawa ‘Central Kitchen’ (Dapur Berpusat) yang membekalkan bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya sudah menerima sijil halal.
Dolly Dim Sum dalam kenyataan berkata, sijil bernombor 700-2/3/1021-06/2024 itu dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 1 Ogos lalu Sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/makan-di-dolly-dim-sum.html