Makan Colek Di Kelantan Darul Naim Malaysia
Puasa tahun ini kami pulang awal ke Wakaf Bharu di Kelantan di Malaysia. Wakaf Bharu adalah satu daerah (mungkin) dalam jajahan Tumpat. Tedi agak keliru dibuatnya. Mungkin Wakaf Bharu ni adalah satu bandar dalam daerah Tumpat?
Lompat terus ke: Master Cuti 13 Hari | Apakah Maksud Colek? | Apakah Maksud Cicah? | Maksud "cecah"?
Master Cuti 13 HariKepulangan awal kami ke kampung halaman Mummy disebabkan Mummy bakal bersalin tak lama lagi. Master terpaksa mengambil cuti panjang 13 hari untuk urusan pendaftaran Mummy di Hospital Kubang Kerian. Tempoh cuti yang panjang itu menyebabkan beberapa bos kecil kepada Master agak kelat muka jadinya. Nasib baik yang meluluskannya adalah bos besar yang berada jauh di Tanah Besar China. Bos besar ni baik tapi Master tak berapa pandai berbual dengannya. Tetapi hakikat sebenarnya Master tak pandai berbual dengan sesiapa sahaja.
Bos besar Master ni pernah menjanjikan nilaian semula gaji Master pada tahun lepas, namun sampai sekarang tidak menjadi, menyebabkan Master mengesyaki ada bos kecil yang menjadi penghalang. Tambahan pula Master menerima berita beberapa kawan sekerja Master telah mendapat nilaian semula gaji mereka.
Tak mengapalah, dah tiada rezeki nak buat macam mana?
Apakah Maksud Colek?Berbalik kepada kepulangan awal kami ke Kelantan pada bulan puasa Ramadhan ini memberi Tedi satu peluang untuk mengalami tradisi makan colek. Colek ni sebenarnya macam cicahlah kot. Asalkan kita makan sesuatu dicicah dengan sos menjadikannya colek. Rasanyalah.
Colek Buah atau mungkin kita boleh panggil Rojak Buah? Pada bulan Ramadhan orang Kelantan memang gila makan colek. Ia seperti supper selepas tarawikh atau di negeri lain kita panggil moreh. Sempena kami lama berada di Kelantan ni menanti Mummy bersalin, kami dapat menyaksikan kegilaan rakyat Kelantan terhadap colek. Colek Buah ni mungkin dipanggil Fruit Salad dalam Bahasa Inggeris dan versi Siam mungkin dipanggil Siomay. # Friday, 24 May 2019, 23:06 # 20190524 # IMG_20190524_230608.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #Macam pada 24 Mei lalu pakcik Ghafur belanja kami makan colek, dua jenis, satu colek buah dan satu coleh malah (malas). Colek buah tu rojak buah je sebenarnya, manakala colek malah tu adalah macam rojak kuih cucur tu dicampur dengan keropok keping dan hirisan timun. “Malah” tu adalah slanga atau loghat Kelantan untuk perkataan “malas”, ini pun cuma sangkaan Tedi sahaja.
Tedi agak macam tu sebab colek malah tu ringkas sahaja.
Kami juga dibelanja makan colek kerang di kedai makan Sup Urat Keting di Wakaf Che Yeh di Kota Bharu di Kelantan di Malaysia pada 22 Mei lalu. Colek kerang cuma kerang rebus yang dihidangkan bersama sos untuk dicicah.
Satu perkara yang Tedi perasan mengenai makan colek ini ialah jenis makanannya ringan-ringan sahaja, mungkin sebagai ganti kepada moreh, kerana Tedi tak pernah nampak ada modeh disediakan di Masjid Mukim Delima ni.
Apakah Maksud Cicah?Banyak pula persoalan bermain di minda Tedi semasa bercerita tentang makan colek, terutamanya tentang perkataan cicah yang Tedi gunakan.
Cicah yang Tedi maksudkan adalah mencelup sesuatu ke dalam cecair, seperti mencelup keropok ke dalam sos. Tetapi perkataan celup tidak sesuai digunakan kerana celup tu kita celup keseluruhan masuk ke dalam cecair, tetapi cicah ni celup sikit-sikit sahaja.
Berbeza pula dengan cecah, di mana cecah bermaksud sampai, lebih kurang macam itulah. Macam hujung daun pokok kelapa apabila terlalu rendah hujungnya mungkin mencecah tanah.
Apa-apa pun itu semua cuma pemahaman Tedi sahaja, boleh rujuk kepada kamus yang berkenaan, atau nanti kalau rajin Tedi akan salin dan tampal maksud perkataan colek dan cicah tu jika ada.
Melalui rujukan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Tedi mendapati bahawa perkataan "cicah" adalah sama dengan "cecah" malah apa yang lebih menarik adalah ia juga seerti dengan "colek".
Tedi akan masukkan penjelasan mengenai maksud cecah dalam subseksyen di bawah.
Maksud "cecah"?Ejaan cecah dalam tulisan Jawi: چچه
Kamus Dewan Edisi Ke-empat sececahsekejap, sebentarContoh ayat: setelah bertutur-tutur sececah, Rijnhaard mohon diri akan pulang;sedikit, secolekbukan hendak banyak, hanya sececah sahaja;bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit;mencecahkena (sedikit) pada, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dan lain-lain)contoh ayat: usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak mencecah garis rambut;mencecah bumi: menjejak (memijak) bumi;hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahperibahasa yang bermaksud: banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit;mencecahkanmengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu padaContoh ayat: tangannya mematahkan pisang goreng dan mencecahkannya ke piring gula;tercecahterkena (tercelup) sedikit, kena sedikit padaContoh ayat: apabila tercecah saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang.cecah merahsejenis tumbuhan (pokok), Staurogyne setigera. Kamus Pelajar Edisi Keduamencecahmengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dan lain-lain)mencecah bumimenjejak bumi.mencecahkanmengenakan sesuatu sedikit padaContoh ayat: Dia mencecahkan ulam ke sambal, kemudian menyuapkannya ke mulut.tercecahterkena sedikit.sececahwaktu yang tidak lama; sekejap; sebentar.sedikit; secolek.
[ kembali ke atas ]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/05/makan-colek-di-kelantan.html