Makan Ayam Tulang Anak Makin Kuat Buatkan Ayam Goreng Singgit Ni Hari Hari Senangnya


Tahu tak mama bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan anak kita! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Itu sebahagian khasiat ayam yang baik untuk perkembangan anak kita. Jadi seawal usianya 6 bulan, perlahan-lahan campurkan sedikit ayam yang dikisar bersama bubur nasi supaya anak menerima khasiatnya untuk perkembangan otaknya.
Itu ceritanya khasiat untuk bayi, untuk kakak dan abang yang semakin membesar, mama bolehlah sediakan ayam goreng singgit yang cukup terkenal ni. Tak perlulah beli kerana kosnya agak mahal, jadi mama buatkan sahaja untuk anak-anak. Berebut anak-anak makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni. Superb!

Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.

Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit. Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah:
– 500 gram tepung bestari asli
– 100 gram tepung gandum
– 100 gram tepung beras
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.bNampak sedap kan? Jimat pun jimat.
 
Selamat mencuba.
The post Makan Ayam Tulang Anak Makin Kuat, Buatkan Ayam Goreng Singgit Ni Hari-Hari, Senangnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-ayam-tulang-anak-makin-kuat-buatkan-ayam-goreng-singgit-ni-hari-hari-senangnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkembangan Otak Anak Makin Sihat Buatkan Fish Cake Homemade Mudah Lagi Jimat

Perkembangan Otak Anak Makin Sihat Buatkan Fish Cake Homemade Mudah Lagi Jimat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 410 hits
Setiap kali membeli fish cake atau fish ball di kedai hati pasti terasa sedikit ragu bagaimana cara pembuatannya Adakah ia bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada anak anak kita Bagi mengelakkan keraguan dan pasti lebih bersih dan menji...
Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng Resipi Ayam Rangup Ala Kfc Ni Terbaik Mudah Sangat

Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng Resipi Ayam Rangup Ala Kfc Ni Terbaik Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 469 hits
Tak sah makan tanpa ayam goreng Inilah menu wajib anak anak kita setiap kali makan Masak dan sajikanlah jua apa jenis lauk pauk hebat pun anak anak kecil kita tetap sukakan hidangan ayam goreng Tambahkan lagi selera anak kecil kita dengan h...
Anak Cerewet Makan Buatkan Parmesan Crusted Chicken Popcorn Chicken Mudah Sahaja

Anak Cerewet Makan Buatkan Parmesan Crusted Chicken Popcorn Chicken Mudah Sahaja

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 564 hits
Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran Setiap kali tiba waktu makan pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan Namun anda j...
Nampak Anak Macam Penat Buatkan Kepak Ayam Madu Ni Boleh Boost Mood Dia

Nampak Anak Macam Penat Buatkan Kepak Ayam Madu Ni Boleh Boost Mood Dia

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 418 hits
Kadang kadang makanan sedap yang kita suka harganya bukan main mahal Sedangkan kalau dibuat sendiri modalnya tidaklah sebesar mana Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita Lebih berbaloi Sama seperti resipi...
Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 365 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat mer...
Ibu Terkejut Jumpa Mayat Anak Di Rumah Selepas Lebih Dua Hari

Ibu Terkejut Jumpa Mayat Anak Di Rumah Selepas Lebih Dua Hari

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 656 hits
RAWANG Seorang ibu yang berkunjung ke rumah anaknya malam tadi terkejut apabila menemui anaknya itu dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari Ibu tersebut menemui mayat mangsa kira kira jam 8 malam ketika ...
Roti Telur Berhantu Buat Anak Makan Tak Berhenti Sedap Sangat

Roti Telur Berhantu Buat Anak Makan Tak Berhenti Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 635 hits
Bakal memasuki persekolahan bagi murid tadika dan pra sekolah pada 1 Julai ini pastinya membuatkan jadual mak ayah berubah Dari pagi rutin sudah bermula untuk menyiapkan sarapan buat si comel Tak perlukan menu yang berat roti sudah mencukup...
Anak Tidur Tak Lena Buatkan Biskut Labu Ni Resipi Mudah Sedap

Anak Tidur Tak Lena Buatkan Biskut Labu Ni Resipi Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 644 hits
Untuk anak yang masih kecil kebanyakan ibu biasanya tidak yakin untuk memberi kudapan yang dibeli di pasaran Walaupun sudah dinyatakan bahan bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kudapan di packaging masih ada rasa ragu ragu untuk mem...
Kasih Seorang Bapa Sanggup Dermakan Tulang Sumsum Dua Kali Kepada Anak Hidap Leukaemia

Kasih Seorang Bapa Sanggup Dermakan Tulang Sumsum Dua Kali Kepada Anak Hidap Leukaemia

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 416 hits
Pengorbanan ibu bapa buat anak anak sememangnya tiada galang gantinya Apatah lagi jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghadapi sakit yang kronik Sama dengan seorang bapa di China yang sanggup mendermakan sumsum buat anak perem...
Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar