Makam Lama Berusia 140 Tahun Ditemui
ALOR SETAR – Sebuah makam lama berusia 140 tahun yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-25, Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II ditemui di Kota Bukit Pinang, mukim Bukit Pinang di sini.
Ahli Jawatankuasa Anjung Warisan Pustaka Pak Wan, Mohd Jamil Ramli berkata, Sultan Zainal Rashid II merupakan anakanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan Wan Jah Luang Nik Abidin.
Menurutnya, baginda telah memerintah selama tiga tahun dari 1879 hingga 188 sebelum mangkat dan digantikan dengan Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
“Kami percaya kemungkinan terdapat 100 kubur atau lebih lagi termasuklah milik isteri baginda, Tunku Mariam Tunku Dhiauddin, kerabat, pembesar dan ulama di kompleks makam ini.
“Malah ada makam yang dipercayai berusia 400 tahun termasuklah makam dari zaman Sultan Kedah ke-18, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I hinggalah ke zaman Sultan Zainal Rashid II,” katanya.
Mohd Jamil berkata, sisa-sisa bangunan Istana Bukit Pinang dan kota pemerintahan di puncak Bukit Pinang yang hanya berada sekitar 300 meter (m) dari tapak makam itu menguatkan lagi kepercayaan mereka.
“Pandangan itu pernah disuarakan Allahyarham Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof kepada saya selepas beliau melawat kawasan kompleks makam yang terletak di seberang jalan utama Bukit Pinang pada tahun 2019,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tokoh sejarawan Kedah itu tidak dapat meneruskan usaha untuk terus membuat kajian lanjut apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada Disember tahun lepas.
Mohd Jamil mengakui berasa agak sedih mengenangkan keadaan makam dalam keadaan semak samun dan tidak terjaga ketika melakukan beberapa kali siri lawatan ke sekitar kompleks makam tersebut.
Sehubungan itu, beliau memohon supaya pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan makam di kompleks berkenaan terus dipulihara dan dijaga dengan baik.
“Kita juga berharap pihak berkuasa dapat mewartakan kawasan tanah makam dan memastikan ia tidak dipindah milik kepada mana-mana pihak demi memulihara warisan berkenaan,” katanya.
Sebelum itu, Mohd Jamil meninjau sisa-sisa bangunan Istana Bukit Pinang yang masih ada di puncak Bukit Pinang yang dipercayai digunakan terakhir ketika pemerintahan Sultan Zainal Rashid II.
Penduduk tempatan, Chan Kah Sung, 52, berkata, ada beberapa kesan bangunan istana lama berkenaan masih boleh dilihat ketika ini seperti gerbang, kubu, perigi dan menara peninjau.
“Dahulu saya dapati kebanyakan binaan masih kukuh dan memang cantik kerana ada taman, balairong seri dan sebagainya namun kini kebanyakan telah rosak,” katanya.
Makam lama berusia 140 tahun ditemui
Baca Artikel Menarik:
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
Siang bawa mayat, malam angkut sampah
Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)
The post Makam lama berusia 140 tahun ditemui appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/05/makam-lama-berusia-140-tahun-ditemui/