Mak Lampir 20 Sen
Adrian Lim
Nazilah Idris... I dok pening terfikir. Kenapalah nama dan muka ini familiar sangat. Nampak tua sikit tapi familiar sangat!
Rupa-rupanya...... Nazilah Idris (nama FB Seri Noor) ialah "MAK LAMPIR 20 SEN".
Inilah Mak Lampir yang tak habis-habis buat hal dan mempertikai caj 20 sen yang dikenakan terhadap penggunaan beg plastik.
Pada tahun 2016, ketika Kerajaan Negeri Selangor ingin menyelesaikan masalah timbunan sampah yang terlalu tinggi di negeri ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah reformasi.
Maklumlah kepadatan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sangat tinggi. Lebih 10 juta atau satu pertiga rakyat seluruh Malaysia berada kat Selangor KL.
Semua sampah yang terhasil oleh 10 juta manusia pada setiap hari kene tanam kat negeri Selangor. Korek lubang besar dan tanam.
Engkau bayangkan. Satu pertiga sampah seluruh negara kene tanam kat bumi Selangor. Berapa puluh ribu hektar tanah perlu digunakan sebagai tapak pelupusan tanah?
Nasi, sayur, tulang, sos boleh lupus dan menjadi baja. Tetapi sebilangan jenis sampah seperti beg plastik, bekas polisterin dan straw plastik memakan masa ribuan tahun untuk lupus. Ditanam pada hari ini, sampailah zaman cucu kita punya cucu punya cucu punya cucu pun belum tentu akan lupus.
Sebab itu Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan TIGA polisi pada tahun 2016/17:
1. Total ban straw plastik
2. Total ban bekas polisterin
3. Mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik
Langkah-langkah ini diambil agar masyarakat dididik dan membiasakan diri mengguna barangan boleh kitar semula, supaya timbunan sampah kita dikurangkan dan alam sekitar menjadi lebih lestari.
Dalam sekelip mata, 6 tahun telah berlalu sejak polisi-polisi tersebut dilaksanakan. Kini masuk tahun 2023 dan tanpa disedari, majoriti masyarakat telah membudayakan polisi ini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Lihat dan fikir.
1. Penggunaan straw plastik berkurang mendadak, diganti dengan straw kertas atau straw yang diperbuat daripada tebu
2. Bekas polisterin hampir pupus, diganti dengan bekas microwave yang boleh dicuci dan digunapakai semula di rumah atau pejabat
3. Beg plastik kecil-kecil sekecil saiz tin minuman dan paket rokok tidak lagi dikeluarkan oleh pengilang. Yang dikeluarkan cuma beg-beg plastik bersaiz lebih besar yang boleh digunasemula sebagai plastik sampah. Beg kain yang boleh diguna semula pun semakin popular sehingga menjadi trend dan gaya pemakaian. Pasar raya dan peniaga juga terdorong membuat beg kain jenama sendiri yang cantik dan boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti letak laptop, letak baju sukan, letak buku dan sebagainya.
Objektif Kerajaan Negeri Selangor tercapai.
Kempen #BebasPlastik Kerajaan Negeri Selangor boleh dianggap berjaya dan masyarakat di Selangor KL semakin maju dari segi kesedaran tentang kemudaratan penggunaan straw plastik, bekas polisterin dan beg plastik.
Kita berjaya kerana pada ketika kempen dilaksanakan pada tahun 2016/17, rakyat tidak termakan hasutan bodoh "Mak Lampir 20 sen".
Kini, "Mak Lampir 20 sen" muncul dengan hasutan yang lebih bodoh dan lebih berbahaya.
Sama ada masyarakat terus maju ke depan atau undur pula ke belakang, terpulanglah sama ada masyarakat termakan hasutan bodoh "Mak Lampir 20 sen" pada kali ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/08/mak-lampir-20-sen.html