Mak Bekalkan Anak Dengan Jajan Bijirin Merapu Kemudian Beri Pada Anak Orang Lain Ini Nasihat Dietitian


Tak pernah lagi ada orang mengaku yang segala makanan rapu ni bagus, tapi masih ramai yang amalkannya.

Ada sekali saya jumpa satu beg penuh jajan, parents bawa bekal semasa anak datang ambil rawatan di hospital. Anak pula dirujuk kerana berat lambat naik dan masalah picky eater.
Beli buat stok di rumah, banyakkkkkkk.
Beli kasi anak makan, dan anak orang makan. Apabila emaknya larang dibilang pula, “Alah, kesianlah kat depa” Dah macam maknya pula yang salah dan jahat.
Masuk dalam beg kecil, beri semasa harijadi anak-anak. Memang sekali sekala, “Alah…setahun sekali ja besday anak saya” tapi kalau sebulan 2-3 mak buat alasan begini dah tak jadi sekali sekala sedang hakikatnya mak ayah tak pernah beli pun di rumah.
Makanan rapu ini memberikan zero calories iaitu kalori tanpa nutrisi. Hanya tinggi dengan karbohidrat dan garam semata-mata. Usah terbeli dengan label “sihat” jika masih banyak garam yang dimasukkan ke dalam makanan. Sepaket sahaja sudah melebihi had maksima garam sehari orang dewasa, entah bagaimana buah pinggang seorang anak kecil mahu memprosesnya.
No body ever says it is good, but I wonder why people still give them to children.

Termasuklah bijirin sarapan pagi. Alah, yang katanya berkhasiat ituuuuu. Alangkan yang jenama terkenalpun kita tak berapa galakkan inikan pula yang tanpa jenama, dalam plastik besar dan beli ikut timbang beri pula kepada anak-anak kita di asrama setiap pagi. *Tepuk dahi. Kebanyakannya terpenuh dengan karbohidrat, gula, pewarna dan perasa.
Walaupun masalah anak kalian adalah kekurangan berat badan, coklat, gula-gula manis, keropok tak pernah berada dalam senarai untuk dijadikan makanan ruji setiap hari. Tak pernah. Kita tak suruh makan Kepsi, Mekdi segala.
Ia perlu diambil dalam porsi yang baik. Tetap berbalik kepada perancangan menu yang baik sepanjang hari, 50% karbohidrat, 20% protin dan selebihnya lemak.
“Tolonglah doktor, tolong saya. Saya dah tak tahu bagaimana nak cakap dengan keluarga sebelah bekas isteri saya. Hari-hari depa upload gambar bagi anak saya makan jajan. Buah pinggang anak saya makin rosak” saya masih ingat bening mata seorang ayah ini yang membawa anaknya yang ada masalah kebocoran buah pinggang.
Common sense pada kita, tak semestinya sampai ke pengetahuan orang lain.
1. Makanan rapu tak baik bukan saja untuk kanak-kanak bahkan untuk orang dewasa kerana tinggi kandungan transfat dan garamnya. Ia tinggi kalori, tidak memberikan rasa kenyang dan menyebabkan ketagihan.
2. Boleh gantikan snacking anak-anak dengan pilihan yang baik seperti ubi rebus, ubi goreng, pisang goreng, kuih-muih, kekacang dan lain-lain. Pastikan pilihan bersesuaian dengan keperluan. Dah aim nak turun berat, takyahlah makan cucoq sampai lapan pinggan. Nak aim naik beratpun bukan lesen makan cucoq lapan pinggan.
3. Jadualkan waktu makan dengan baik. Jarakkan waktu menyusu tak kiralah menyusu badan atau formula dengan waktu makan. Jarakkan snacking dengan waktu hidangan utama.
Kalau anak tak makan nasi, tak usah risau. Roti, mi, bihun, pasta, ubi dari kumpulan yang sama.
Tak makan ikan, makan ayam okaylah. Cuma ikan ada sumber Omega 3 yang baik untuk perkembangan otak dan kesihatan secara menyeluruh. Boleh beli telur yang diperkaya Omega 3.
4. Sentiasa offer sayur dan buah walaupun depa tak makan. Mak ayah pun makanlah depan anak-anak dua benda ni. Hampa tak makan sayur, bagaimanalah anak-anak nak makan sayur, kan?
5. Masukkan mereka dalam aktiviti sediakan makanan. As simple as hamparkan saprah untuk makan. Mesti depa gembira.
Gitulah sikit nak berleter, dah lama tak cakap bab ni.
Sekolah? Pun sedih juga. Dah macam jadi kubu makanan rapu dan terproses. Rajin sikit makcik kantinnya, silalah buat cucoq udang, buat sengkuang calit, bikin rojak, goreng cucoq. Say no to dimsum pelbagai warna, no to crab meat yang takda crab, no to nugget murah. Haih, bebel lebih kang depa kata sekat rezeki orang.
Sumber: Lily Moha
Dietitian, mak anak lima.
The post “Mak Bekalkan Anak Dengan Jajan, Bijirin Merapu Kemudian Beri Pada Anak Orang Lain” Ini Nasihat Dietitian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/mak-bekalkan-anak-dengan-jajan-bijirin-merapu-kemudian-beri-pada-anak-orang-lain-ini-nasihat-dietitian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Hari Jadi Elaklah Hidang Jajan Pada Anak Anak Banyak Lagi Cara Lain Boleh Buat

Majlis Hari Jadi Elaklah Hidang Jajan Pada Anak Anak Banyak Lagi Cara Lain Boleh Buat

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1192 hits
Kebanyakan ibu bapa akan memilih jajan untuk diberikan kepada rakan anak anak setiap kali ada majlis yang diraikan Tak kiralah gula gula keropok jeli atau sebagainya Budak budak memang suka tapi nilai khasiatnya memang tak ada Banyak lagi m...
Jangan Berlagak Anak Kita Baik Dari Anak Orang Lain Bapa Ini Nasihat Ibu Bapa Diluar Sana

Jangan Berlagak Anak Kita Baik Dari Anak Orang Lain Bapa Ini Nasihat Ibu Bapa Diluar Sana

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 380 hits
Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain Anak kita baik tu kadang nasib je Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak kanak yang temperament kategori mudah Temperament ni adalah gaya tingkah laku bayi itu sejak di...
Anak Kedua Genap Setahun Abang Sedang Melasak Cik Piah Baru Tahu Perasaan Mak Mak

Anak Kedua Genap Setahun Abang Sedang Melasak Cik Piah Baru Tahu Perasaan Mak Mak

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 609 hits
Penyampai radio Feeya Iskandar mengimbas saat melahirkan anak keduanya tahun lalu Nuh Aryyan yang kini dah genap setahun Menerusi perkongsiannya di instagram Feeya atau mesra dipanggil Cik Piah seperti tak sangka masa begitu cepat berlalu V...
Nak Selesakan Anak Tapi Orang Lain Merana Netizen Kecam Pasangan Suami Isteri Pentingkan Diri

Nak Selesakan Anak Tapi Orang Lain Merana Netizen Kecam Pasangan Suami Isteri Pentingkan Diri

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 661 hits
Di mana semangat Malaysia Baru demikian soal seorang netizen yang kesal dengan tindakan pasangan suami isteri yang sengaja menggunakan ruang tempat duduk bagi menidurkan anak mereka sehingga seorang ibu dan anaknya terpaksa duduk di atas la...
Bila Anak Cuti Sakit Mak Ayah Buatkan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Bila Anak Cuti Sakit Mak Ayah Buatkan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 548 hits
Hari ni Khair tak berapa sihat Pagi ni je dah 2 kali dia muntah Bangun dari tidur check suhu badan 39 7 darjah celcius Weh panas Cepat cepat ibu bagi dia ubat demam lepas tu basahkan kepala supaya suhu turun Kalau nak ikutkan aku pun tak be...
You And Mak You Dua Dua Bodoh Anak Dakwa Dia Dan Ibunya Dimaki Pelanggan Yang Tak Reti Bersabar

You And Mak You Dua Dua Bodoh Anak Dakwa Dia Dan Ibunya Dimaki Pelanggan Yang Tak Reti Bersabar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 472 hits
Viral di media sosial seorang wanita mendakwa dia dan ibunya dimaki oleh pelanggan pasar raya yang tidak bersabar dengan mereka hanya kerana perkara yang remeh nbsp Menurut nbsp Komala Naidu juruwang memaklumkan botol susu yang diambilnya t...
Anak Kecil Ini Berjaya Elakkan Diri Daripada Di Pukul Kerana 16 Perkara Yang Baru Mak Bapaknya Belajar

Anak Kecil Ini Berjaya Elakkan Diri Daripada Di Pukul Kerana 16 Perkara Yang Baru Mak Bapaknya Belajar

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 860 hits
Merotan atau memukul anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak adalah diharuskan dalam Islam Merotan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rota...
Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 345 hits
Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak anak Namun bila terlalu marah dengan perangai anak anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak anak Biasanya lepas tengking atau marah anak kita akan menyesal atas kete...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba