Majoriti Pemimpin Pkr Sokong Anwar Ibrahim
Seramai 39 pemimpin PKR dari dua negeri- Johor (29 orang) dan Pulau Pinang (12 orang)- hari ini menyatakan ikrar taat setia kepada presiden PKR Anwar Ibrahim untuk terus mengetuai parti
Sokongan itu dinyatakan sehari selepas 11 daripada 14 ketua cabang PKR di Kelantan menyatakan sokongan sama kepada Anwar
“Bahawa kami menyatakan ikrar taat setia dan menyokong penuh tanpa belah bahagi kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menjadi nakhoda menerajui parti tercinta ini dan juga barisan pimpinan negeri sedia ada
“Bahawa kami menyatakan komitmen dengan apa jua kudrat dan sedaya upaya kami untuk menyokong dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8,” ikrar mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini
Ikrar ditandatangani sebahagian besar ketua cabang di kedua-dua negeri itu turut menggunakan teks seragam dengan 11 ketua cabang di Kelantan semalam
Sokongan itu dizahirkan susulan pergeseran antara Anwar dan Azmin Ali yang semakin memuncak sejak sebulan lalu ekoran tersebarnya beberapa video seks sejenis yang dikaitkan dengan timbalannya itu
Daripada 29 tandatangan yang dikumpul dari Johor, 14 daripadanya adalah tandatangan ketua cabang (daripada 24 cabang kesemuanya), manakala baki 13 lagi merupakan tandatangan pemimpin lain, antaranya anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun)
Yang menyatakan sokongan ialah Jimmy Puah Wee Tse (Ketua Cabang Pulai dan Adun Bukit Batu); Akmal Nasir (Ketua Cabang Johor Bahru dan Anggota Parlimen Johor Bahru); Naim Jusri (Ketua Cabang Muar); Hasnizam Hussain (Ketua Cabang Kulai); Yoong Thau (Ketua Cabang Sekijang); Sanihan Mislan (Ketua Cabang Bakri); Jacqualine Neo Poi Hoo (Ketua Cabang Ayer Hitam); Kusni Simoh (Ketua Cabang Parit Sulong); Wong Yun Chin (Ketua Cabang Simpang Renggam); Mohd Shahrun Radzi (Ketua Cabang Sembrong); Chin Lian Chun (Ketua Cabang Kota Tinggi); Syed Abdullah Syed Abdul Mutalib (Ketua Cabang Pengerang); Abdul Halim Dawan (Ketua Cabang Pasir Gudang); Shamsuri Shahdan (Ketua Cabang Bandar Tenggara)
Ketua cabang yang tidak menandatangani surat sokongan itu pula ialah Segamat, Labis, Pagoh, Redang, Sri Gading, Batu Pahat, Kluang, Tebrau, Gelang Patah dan Pontian
Sementara itu, antara pemimpin lain yang menandatanganinya ialah Hassan Abdul Karim (Anggota Parlimen Pasir Gudang); Yashruddin Kusni (Adun Bukit Naning); Natrah Ismail (Anggota Parlimen Sekijang); Khuzzan Abu Bakar (Adun Semerah); Yuneswaran Ramaraj (Ketua Amk Johor); Gopalankrishnan Subramaniam (Adun Tiram); Syed Ibrahim Syed Noh (Anggota Parlimen Ledang); Rosman Tahir (Penaja Cabang Tanjung Piai); Khairil Adnan (Penaja Cabang Mersing); Malikfaishal Ahmad, Zabidie Abas, Haniff Hosman, dan Syed Hamid Ali selaku Ahli Majlis Pimpinan Negeri (lantikan)
Manakala sebahagian besar ketua cabang dari Pulau Pinang- 12 daripada 14- menyatakan sokongan serupa kepada Anwar
Mereka ialah Mustafa Kamal Ahmad (Ketua Cabang Tasek Gelugor); Chan Soon Aun (Ketua Cabang Bukit Gelugor); Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Ketua Cabang Kepala Batas); Goh Choon Aik (Ketua Cabang Batu Kawan); Lee Khai Loon (Ketua Cabang Bukit Mertajam); Shahrudin Shariff (Ketua Cabang Jelutong); Nurul Izzah Anwar (Ketua Cabang Permatang Pauh); Alan Oh (Ketua Cabang Bagan); Jason Ong (Ketua Cabang Bukit Bendera), Sim Tze Sin (Ketua Cabang Bayan Baru), Chua Kheng Ee (Ketua Cabang Tanjung)
Cabang Bukit Pulau pula ditandatangani oleh Timbalan Ketua Cabang, Mohd Tuah Ismail, manakala Ketua Cabang Nibong Tebal, Mansor Othman tidak menandatangani surat sokongan itu. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/07/majoriti-pemimpin-pkr-sokong-anwar.html