Majlis Ramah Mesra Bersama Media Bersama Menteri Motac Dan Pelancaran Rakan Motac



DJ Rizz (DJ, Emcee, Voice Over Actor, Blogger & Activist)  dan Y.B. Datuk Mohamaddin B. Ketapi, Menteri MOTAC
KUALA LUMPUR, – Lebih 200 orang pengamal media yang terdiri daripada ketua-ketua pengarang dari media cetak, elektronik, media sosial, bloggers dan key opinion leader dalam pelbagai bidang media telah berkongsi pengalaman, mencambah idea-idea dan mengeratkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Majlis Ramah Mesra Media dan Pelancaran ‘Rakan MoTAC’ di Menara Kuala Lumpur ini dihoskan oleh Y.B. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi mendapat kerjasama yang lebih erat, jaringan perkongsian maklumat dan promosi pelancongan, seni budaya dan warisan bersama rakan-rakan media bagi mencapai objektif kementerian dalam memperkasakan industri pelancongan, seni dan budaya negara.

Datuk Mohamaddin juga turut melancarkan ‘Rakan MoTAC’ iaitu program ‘intelligent gathering’kementerian bersama pemain industri khususnya media, penggiat seni dan budaya serta pemegang taruh yang berkepentingan dalam industri pelancongan, seni dan budaya.
Program sebegini merupakan platform terbaik para media memberi maklum balas, pandangan serta menambahbaik dasar termasuk menangani isu-isu berkaitan ‘business matters’Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan lebih santai dan terbuka.

Selain itu juga, dengan adanya ‘Rakan MoTAC’ ini ia dapat membantu kementerian ini melonjakkan lagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unggul di rantau ini dan dunia khususnya mempromosikan seni dan budaya melalui platform media massa dan media sosial. Ini selaras dengan matlamat kementerian untuk mensasarkan jumlah kedatangan pelancong asing seramai 30 juta orang pada tahun 2020 dengan pendapatan pelancongan dianggarkan bernilai RM 100 bilion.
Beliau turut mengakhiri ucapan perasmian dengan dua rangkap pantun yang sebagai menghargai rakan-rakan media.

Enak rasa buah pulasan,
ambil sebiji di atas para,
rakan media cetusan bingkisan,
menjadi wadah kemakmuran negara.

Tenang tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut tersebut,
budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan istimewa ‘Dondang Sayang’ daripada  pihak ASWARA yang telah diberikan status ‘Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO’ baru-baru ini serta memperkenalkan menu istimewa ‘Cendol Malaysia’ oleh Menara Kuala Lumpur.

Dapatkan info lanjut mengenai MoTAC disini :

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel : 03-8891 7190
Fax : 03-8891 7181
Laman Sesawang : www.motac.gov.my
Emel : [email protected]
FB : KementerianPelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Instagram : mymotac
Twitter : mymotac

#VisitMalaysiaYear2020
#RakanMotac
#MenteriMotac
#DJ.RizzOfficial
Aktiviti seni dan budaya akan datang :
Malay World Culture Paradise bersama Noraniza Idris
Ratu Irama Malaysia


Mega View Banquet, Menara Kuala Lumpur, di aras ketinggian 288 meter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://djidrismohamad.blogspot.com/2019/01/majlis-ramah-mesra-bersama-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Ramah Mesra

Majlis Ramah Mesra

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 289 hits
JELAI 20hb JAN 8212 Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap di Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Perkampungan Agro Tanjung Gahai hari ini 8211 Foto MediaUMNO
Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 748 hits
Sebuah klip video yang memaparkan pegawai pegawai tertinggi badan perundangan negara menari dalam satu majlis makan malam tular dalam media sosial sejak semalam sehingga mencetuskan perdebatan hangat Video berdurasi seminit 37 saat dipercay...
Mb Pahang Bidas Kenyataan Media Menteri Kewangan Yang Janggal Dan Pelik

Mb Pahang Bidas Kenyataan Media Menteri Kewangan Yang Janggal Dan Pelik

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR 22 Jan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa pelik dengan kaedah pengeluaran dan olahan kata kata oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan media terbahar...
Majlis Tari Menari Ketua Hakim Negara Peguam Negara Dan Menteri Undang2 Dituntut Bersikap Jujur Serta Ikhlas

Majlis Tari Menari Ketua Hakim Negara Peguam Negara Dan Menteri Undang2 Dituntut Bersikap Jujur Serta Ikhlas

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 452 hits
1 Tidak saya sangka dalam kesibukan dan kepenatan urusan kerja yang memerlukan saya berulang alik dari Lembah Kelang ke Pulau Pinang setiap minggu semasa kini boleh memberi PERSEPSI kepada segolongan pihak berkenaan seolah olah saya sengaja...
Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 496 hits
Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang Lalu Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin Setiap kali ada apa apa dia suka na...
U Turn Majlis Rasmi Pulak Menteri Kata Bukan Majlis Suka Ria

U Turn Majlis Rasmi Pulak Menteri Kata Bukan Majlis Suka Ria

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 428 hits
Majlis tarian twist melibatkan Menteri Undang Undang Peguam Negara Ketua Hakim Negara dan Siti Kasim itu bukanlah majlis sukaria Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong tampil memberi penjelasan berhubung penularan sebuah vi...
Gambar Sekitar Rakan Artis Bergaya Di Majlis Resepsi Elfira Loy Tidak Sangka Che Ta Sampai Buat Pantun

Gambar Sekitar Rakan Artis Bergaya Di Majlis Resepsi Elfira Loy Tidak Sangka Che Ta Sampai Buat Pantun

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 718 hits
Sungguh meriah majlis resepsi pertama pasangan Elfira Loy dan Faris Anuar tidak kurang juga rakan artis hadir dengan gaya tersendiri yang turut kelihatan cantik di malam hari bahagia Elfira dan suami Tidak kurang juga penampilan artis artis...
Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 465 hits
Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usa ha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah Menegaskan demikian Menteri di Jabat...
Tabung Haji Antara Dymm Agong Dan Menteri

Tabung Haji Antara Dymm Agong Dan Menteri

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 395 hits
Tabung Haji masih lagi mempunyai 70 3B eset dan mengalami susut nilai 4 6b dari asalnya 74b yg sebelum ini kenapa tindakan dgn mejual dan akhirnya segala pelaburan yg kukuh dan menjana keuntungan diambil alih tanoa sebarang keuntungan memih...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry