Majlis Persaraan Dan Jamuan Makan Malam Tema Denim
Majlis Persaraan Dan Jamuan Makan Malam Tema Denim | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hujung tahun 2023 Sha perasan laman media sosial meriah dengan perkongsian rakan maya menyertai majlis akhir tahun 2023. Alhamdulillah, direzekikan dapat menikmati makan dengan aman bersama rakan-rakan.
Sha pun tidak ketinggalan, juga berpeluang makan bersama rakan sekerja setahun sekali. Tapi majlis kali ini bukan sahaja majlis jamuan makan tahunan tetapi juga majlis persaraan untuk ketua Sha yang akan bersara tidak lama lagi.
Majlis Persaraan Dan Jamuan Makan Malam Tema Denim
Pada awal perancangan majlis, tema yang ditetapkan adalah tema tradisonal. Tetapi satu undian telah diadakan untuk menentukan tema sebenar di dalam whatapps group supaya adil dengan suara ramai. Akhirnya tema denim menjadi pilihan majoriti.
Fuhh... nasib baik Sha tak buat tempahan lagi barangan tema tradisional di Tik Tok dan Shopee...hihi.
Untuk majlis ini Sha dipertanggungjawabkan dalam pasukan teknikal iaitu bahagian gambar. Memandangkan tiga orang petugas dan mereka dah ada tugas masing-masing jadi Sha ambil tugas untuk melaksanakan siaran langsung di saluran youtube rasmi pejabat.
Persiapan Majlis PersaraanMemandangkan ini bukan sahaja majlis jamuan makan malam biasa kerana ia melibatkan majlis persaraan yang mana akan meninggalkan kenangan manis buat insan yang akan bersara dari satu-satu pekerjaan Sha agak bersemangat kerana pernah merasainya semasa majlis persaraan arwah ayah pada tahun 2011.
Selain mengambil tanggungjawab sebagai streamer, Sha juga membantu jawatankuasa hadiah untuk memastikan hadiah tersedia sebelum majlis memandangkan meja kerja Sha yang paling sesuai untuk letak barang-barang.
Bila semua hadiah sudah ada, Sha serahkan kepada jawatankuasa hadiah untuk menguruskannya sepanjang majlis.
Aturcara Majlis Persaraan Dan Jamuan Makan Malam
Majlis ini telah diadakan pada 5 Januari 2024 iaitu pada hari jumaat. Kami memilih untuk mengadakan majlis pada waktu malam dan menu pun menu makan malam yang mana telah disediakan oleh pihak Hotel Tower Regency, Ipoh Perak.
Hotel ini hanya bersebelahan dengan bangunan pejabat, jadi agak mudah bagi kami untuk menguruskan hal-hal di dewan. Pihak hotel juga ada menyediakan satu bilik untuk bersiap, solat dan rehat untuk kegunaan staf.
Sesuai sangatlah untuk Sha dan kawan-kawan yang tak balik, boleh bersiap dengan selesa.
Baiklah, ini adalah antara aktiviti di majlis makan malam itu ;
Pendaftaran & Pembahagian goodies
Ucapan daripada Encik Azman Bin Hashim (Ketua bakal bersara)
Ucapan Puan Naemah sebagai pemangku tugas ketua
Ucapan Ketua-ketua Unit
Ucapan wakil cawangan negeri
Persembahan setiap unit
Persembahan daripada pegawai & kakitangan
Penyampaian hadiah kepada Encik Azman Bin Hashim
Pertukaran hadiah
Cabutan bertuah
Pemilihan King dan Queen majlis yang dijurikan oleh wakil cawangan negeri
Jamuan Makan Malam
Sesi bergambar
Yeaayy,, dapat hadiah dan juga cabutan bertuah
Selamat Bersara Boss
Majlis ini bermula pukul 7.30 petang dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan lancar dan meriah walaupun aturcaranya agak ringkas. Mudah-mudahan ia memberi saat yang manis kepada Boss hingga akhir perkhidmatan
Sha bersama Boss dan geng satu unitSelamat Bersara Boss, semoga dipeliharakan kesihatan, panjang umur dan selamat menikmati dunia pencen bersama isteri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2024/01/majlis-persaraan-dan-jamuan-makan-malam-tema-denim.html