Majlis Daerah Batu Gajah Tulisan Jawi Tak Wajib Tapi Digalakkan


Majlis Daerah Batu Gajah menjelaskan bahawa arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.
Penjelasan itu hadir berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Kampar Thomas Su mengenai rasional pihak berkuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Malaysiakini hari ini, majlis daerah itu berkata arahan itu dikeluarkan pada 31 Dis tahun lepas berikutan kelulusan semasa mesyuarat bulanan, dengan tujuan mempertingkatkan penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan dan papan tanda di Batu Gajah, Perak

"Objektif pelaksanaan polisi ini adalah sebagai mekanisma bagi memperkasakan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran selain memelihara warisan tulisan Jawi yang pernah digunakan sebagai penulisan dalam lingua franca suatu masa dahulu

"Pentadbiran ini tidak meletakkan penggunaan tulisan Jawi di papan iklan premis perniagaan sebagai syarat wajib pengeluaran lesen perniagaan sebaliknya menggalakkan dan mempromosi penggunaan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah," katanya

Sebelum ini, bahagian "tidak wajib" arahan itu hanya didedahkan oleh MCA dan DAP selepas notis dikeluarkan tahun lepas

Berdasarkan notis yang dilihat oleh Malaysiakini, majlis daerah itu mengumumkan bahawa semua pemegang lesen perniagaan hendaklah memasukkan tulisan Jawi dalam papan tanda komersial mereka mulai 1 Jan dan seterusnya

“Bermula 1 Januari 2022, semua urusan berkaitan permohonan baru dan pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan iklan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dikehendaki mematuhi peraturan berkenaan penggunaan tulisan Jawi bagi keterangan aktiviti perniagaan pada visual papan iklan atau papan tanda premis perniagaan masing-masing,” kata notis itu

Notis itu dikeluarkan oleh yang dipertua majlis daerah, yang menggesa semua pemegang lesen supaya bersedia dan mengikut arahan mengikut Seksyen 10(1)(a) undang-undang kecil pengiklanan MDBG 2013

Awal hari ini, Su mempersoalkan keperluan majlis daerah mengeluarkan notis itu sekiranya arahan berkenaan penggunaan Jawi tidak diwajibkan

Dia menggesa majlis daerah menarik balik pengumuman itu dan menghormati hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan

“Menteri Besar Perak (Saarani Mohamad) juga perlu menjelaskan sama ada majlis daerah dan bandaraya lain perlu mengikutinya,” kata Su dalam satu kenyataan pagi ini

Ketika dihubungi Malaysiakini, Su menyifatkan ia boleh dianggap. sebagai arahan

“Apabila notis sedemikian dihantar, kemungkinan ia akan dilaksanakan. Ia tidak sepatutnya dihantar sama sekali,” katanya

Dia juga mendedahkan bahawa majlis daerah hanya memaklumkan kepadanya bahawa arahan itu sebenarnya "tidak wajib" melalui perbualan telefon apabila dihubungi oleh pasukannya

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan ahli majlis daerah MCA Batu Gajah Leong Chee Wai berkata arahan itu telah berubah daripada "wajib" kepada "digalakkan" selepas bantahan oleh MCA dan BN

Menurut Sin Chew Daily pada 30 Dis, Leong berkata cadangan untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda datang daripada parti dalam Perikatan Nasional, tetapi MCA menentang keras idea itu dalam mesyuarat berkenaan

“Batu Gajah mempunyai lebih 80 peratus bukan Islam. Dasar ini tidak boleh diluluskan. Kami tidak menentang tulisan Jawi, tetapi kami berpandangan bahawa rakyat berhak memilih,” katanya

Bagaimanapun, menurut kenyataan Leong pada 27 Nov tahun lepas, beliau mendakwa cadangan itu datang daripada PAS

“Walaupun cadangan itu belum dibawa ke mesyuarat majlis daerah, MCA Batu Gajah akan menolak sekeras-kerasnya sebarang dasar yang bertentangan dengan kebebasan beragama dan budaya di negara ini

“(MCA) akan mempertahankan hak orang bukan Islam dan bersedia meletak jawatan sebagai protes,” katanya. - malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/majlis-daerah-batu-gajah-tulisan-jawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batu Gajah Council Jawi Signage Not Compulsory But To Promote Policy

Batu Gajah Council Jawi Signage Not Compulsory But To Promote Policy

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 123 hits
The Batu Gajah district council has clarified that the latest directive to include Jawi script on signboards was not a compulsory order but a policy to encourage and promote the use of Jawi script in their administrative areas This came fol...
Teruk Dikecam Mpkj Turunkan Papan Tanda Tulisan Jawi Terbalik

Teruk Dikecam Mpkj Turunkan Papan Tanda Tulisan Jawi Terbalik

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 119 hits
Oleh Gambar tular papan tanda jalan tulisan Jawi yang ditulis secara terbalik Foto MEDIA SOSIAL SELEPAS dikecam netizen Majlis Perbandaran Kajang hari ini bertindak menurunkan beberapa papan tanda yang memaparkan tulisan Jawi terbalik yang ...
Aduan Ada 27 Ribu Tapi Tangkapan Hanya 2 Ribu Lebih Azam Baki Tak Patu

Aduan Ada 27 Ribu Tapi Tangkapan Hanya 2 Ribu Lebih Azam Baki Tak Patu

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 138 hits
Pelbagai kontroversi yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kebelakangan ini telah mencarik integritinya sebagai sebuah badan yang sepatutnya telus dalam melakukan siasatan jenayah terkutuk itu Justeru untuk mengembalikan keper...
Dia Dah Jawab Walau Nampak Bodo Tapi Dia Jawab Juga

Dia Dah Jawab Walau Nampak Bodo Tapi Dia Jawab Juga

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 112 hits
Dia dah jawab dah Tapi bila jawab tanpa berfikir memang kelakarlah jawapannya Katanya jarak antara tempat yang terdapat dalam imej dron itu adalah jauh lebih kurang lima ke enam kilometer daripada habitat harimau Untuk makluman harimau buka...
Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 174 hits
Adik bak sini Abang punya tu Abang minta dari adik Tak boleh Ni adik punya juga Wekk Adik menjelir lidah Bak la sini Kalau tak tumbuk adik Abang berang Tumbukla kalau berani Adik mencabar sambil melarikan diri Bingitla rumah tu kejap bila s...
7 Cara Memasak Pare Agar Tidak Pahit Tapi Tetap Segar Warnanya

7 Cara Memasak Pare Agar Tidak Pahit Tapi Tetap Segar Warnanya

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 135 hits
Mau ditumis direbus dibikin lalap atau campuran siomai jadi makin nikmat
Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 156 hits
Bagus juga Program Jualan Keluarga Malaysia ni Aku agak barangan dijual pada harga yang lebih murah kerana pemborong dapat menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah Aku tak bantah Tapi kalau ini nak dianggap sebagai kejayaan ol...
Hiburan Minta Duit Dekat Anak Tapi Kena Tengking Tindakan Wanita Ini Raih Pujian Netizen

Hiburan Minta Duit Dekat Anak Tapi Kena Tengking Tindakan Wanita Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 174 hits
Sebagai anak kita pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan kedua ibu bapa tidak kiralah dari segi emosi dan wang ringgit Namun tidak semua anak mempunyai rasa tanggungjawab yang sama dan membiarkan ibu bapa terabai dan menghar...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir