Majlis Aidilfitri Bersama Rakan Pejabat
Majlis Aidilfitri Bersama Rakan Pejabat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini baru nak cerita majlis raya pejabat yang diadakan pada 30 jun 2019 (Ahad) yang lepas. Sebenarnya majlis ini diadakan serentak dengan program lain iaitu Majlis Anugerah Kepulihan kepada 3 orang bekas klien pengawasan yang berjaya mengekalkan kepulihan dan Program Penyerahan Mentor & Mentee yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat, pegawai agensi dan juga klien pengawasan. Sha nak simpanlah sikit kenangan majlis tersebut dalam blog kesayangan Sha ni
Bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah dan isteri, sebahagian Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) yang juga dilantik sebagai mentor dan sebahagian pegawai agensi. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan baik
Bukan main cantik Cik Hani kita sorang nih, jadi kita bersanding dengan dialah..ehehee. Rakan sejawat, kawan gaduh, kawan gosip di pejabat
Bergambar selalu tak cukup orang kan, yang ini bersama para gadis di pejabat, lagi 4 orang gadis lagi tak ada dalam gambar
Kenangan bersama sebahagian rakan pejabat yang bertungkus lumus menjayakan majlis kami pada hari itu
Pada majlis ini juga ketua pegawai Sha membuat kejutan apabila emcee mengumumkan beberapa anugerah untuk pegawai dan kakitangan. Alhamdulillah ada juga rezeki terselit Sha apabila mendapat Anugerah Pengurusan Klien Terbaik. Walaupun segan juga bila dapat anugerah ini, tapi Sha bersyukur, semacam tugas amanah lebih berat sekaligus mendorong untuk terus berkhidmat dengan lebih baik
Terima kasih kepada pegawai yang menilai.
Tugas Sha sendiri pada hari itu adalah sebagai jawatankuasa hadiah dan cenderahati. Bila dah selesai susun atur hadiah macam biasalah bila berada dalam unit pemulihan, hal-hal berkaitan klien pengawasan kamilah kena uruskan. Bila semua klien atau mentee dah sampai ke tempat program apalagi kitalah yang kena ke hulu ke hilir
Alhamdulillah semua urusan pada hari itu dipermudahkan
Sekian pacak cerita kat sini
Info : Program Mentor Mentee adalah untuk memantau perkembangan klien pengawasan yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah supaya mereka dapat kembali menjalani hidup lebih baik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2019/07/majlis-aidilfitri-bersama-rakan-pejabat.html