Majikan Tidak Boleh Arah Pekerja Guna Petrol Budi95 Untuk Kenderaan Syarikat Fahmi


Majikan Tidak Boleh Arah Pekerja Guna Petrol BUDI95 Untuk Kenderaan Syarikat – Fahmi
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Syarikat tidak dibenarkan mengarah pekerja untuk mengisi petrol menggunakan bantuan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi kegunaan kenderaan milik syarikat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sekiranya perkara itu berlaku, pekerja boleh membuat laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atau memaklumkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.
“Itu salah. Jadi sekiranya ada mana-mana pekerja yang diarah oleh syarikat untuk mengisi kenderaan syarikat, kenderaan milik syarikat untuk tujuan itu, boleh buat laporan kepada pihak KPDN ataupun maklumkan pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Surat Pelantikan Anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama hari ini.
Fahmi mengulas mengenai video tular membabitkan seorang pekerja syarikat kurier yang didakwa mengisi petrol untuk kenderaan majikannya menggunakan bantuan subsidi bersasar BUDI95. “Saya ada teliti satu video tular melibatkan sebuah syarikat kurier baru-baru ini, dan saya telah minta pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menghubungi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat kurier itu kerana syarikat kurier menerima lesen daripada MCMC.
“CEO syarikat kurier itu mengakui bahawa mereka mempunyai fleet card dan pekerja berkenaan telah pun menurunkan kandungan tersebut. Syarikat kurier itu memaklumkan kepada pihak MCMC bahawa pekerja tersebut telah memohon maaf,” katanya.
Berikutan isu berkenaan, Fahmi berkata beliau telah berhubung dengan Kementerian Kewangan dan Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC) bagi meneliti mekanisme bantuan yang bersesuaian untuk pekerja syarikat penghantaran, khususnya dalam kalangan pekerja ekonomi gig.
“Sebab kita tahu ada dua kategori (pekerja penghantaran), mereka yang bekerja secara tetap dengan syarikat, maka syarikat penghantaran ini akan menyediakan fleet card. Tetapi sekiranya mereka pekerja gig, jadi dalam aspek itu pihak Kementerian Kewangan sedang meneliti kemungkinan dimasukkan sebagai sebahagian daripada pekerja gig yang mendapat kuota BUDI95,” katanya.
Menerusi subsidi bersasar BUDI95, lebih 16 juta rakyat menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.
BACA: BUDI95: Kelayakan Tambahan Pemandu E-Hailing Berdasarkan Penggunaan
Sumber: BERNAMA
The post Majikan Tidak Boleh Arah Pekerja Guna Petrol BUDI95 Untuk Kenderaan Syarikat – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/08/majikan-tidak-boleh-arah-pekerja-guna-petrol-budi95-untuk-kenderaan-syarikat-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2757 hits
Cara Guna Touch n Go eWallet untuk BUDI95 Panduan Lengkap Mudah BUDI95 atau Budi Madani RON95 ialah inisiatif subsidi petrol yang disasarkan untuk rakyat Malaysia Kini anda boleh gunakan Touch n Go eWallet untuk menebus dan membayar petrol ...
Polis Pahang Tumpaskan Sindiket Tipu Beli Alat Ganti Kenderaan Jentera Berat Fly By Night Guna Slip Bayaran Palsu

Polis Pahang Tumpaskan Sindiket Tipu Beli Alat Ganti Kenderaan Jentera Berat Fly By Night Guna Slip Bayaran Palsu

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 224 hits
MARAN Kecekapan Polis Pahang berjaya melumpuhkan sindiket pembelian alat ganti kenderaan dan jentera berat Fly By Night menggunakan slip bayaran palsu serta membongkar lapan kes penipuan yang mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM280 000 K...
Wanita Tuang Petrol Ke Arah Polis

Wanita Tuang Petrol Ke Arah Polis

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 219 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan wanita itu melemparkan petrol ke seorang pegawai polis di Sragen TikTokJAKARTA Seorang wanita mengundang perhatian ramai apabila dirakam melemparkan minyak petrol ke arah seorang anggota polis di Sragen ...
Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 358 hits
Pengenalan Kos sara hidup yang meningkat selalu membuatkan isi rumah terasa tertekan terutama apabila harga petrol naik Untuk menangani isu ini dan memastikan subsidi benar benar sampai kepada mereka yang layak kerajaan memperkenalkan inisi...
Despite Budi95 Bottled Petrol Trade Set To Persist In Rural Malaysia

Despite Budi95 Bottled Petrol Trade Set To Persist In Rural Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 474 hits
The sale of petrol in bottles locally known as minyak botol is not particularly common in the main urban centres of the Klang Valley but the small scale retail trade is widespread in semi urban areas villages and the interior of several sta...
Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2517 hits
BUDI95 Shell merupakan subsidi petrol RON95 yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak bagi membantu mengurangkan beban kos pengangkutan Di stesen Shell melalui tiga pilihan iaitu bayaran terus di pam terminal MyKad di kaunt...
Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2470 hits
BUDI95 Petron ialah subsidi petrol RON95 yang ditawarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang layak mengurangkan kos pengangkutan Di stesen Petron anda boleh mengisi minyak bersubsidi dengan MyKad di kaunter bayar terus di pam atau menggunaka...
Whatsapp Kak Ardel Tak Function Tak Boleh Guna Nadzmi Adhwa Kongsi Perkembangan Terkini Isteri

Whatsapp Kak Ardel Tak Function Tak Boleh Guna Nadzmi Adhwa Kongsi Perkembangan Terkini Isteri

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 499 hits
Melalui platform Threads pelakon Nadzmi Adhwa yang terbaru dia berkongsikan perkembangan terkini isterinya Ardell yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Dapat dilihat daripada hantaran yang dimuat naik Nadzmi menunjukkan tang...
Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 247 hits
KOSMO MANGSA mengalami lecur teruk pada beberapa anggota badannya Foto FacebookBANGKOK Seorang majikan wanita didakwa menyiram air mendidih ke atas pekerja perempuannya selepas mengetahui dia menjalin hubungan romantik dengan abang penyeran...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia