Majikan Perlu Tanggung Sepenuhnya Kos Ppv Vaksinasi Pekerja


Bernama Majikan dilarang caj pekerja sementara bayaran kepada pengamal perubatan swasta yang terlibat mesti ditanggung mereka.

Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi-Sektor Peruncitan yang dilancarkan kerajaan harus memastikan caj yang dikenakan adalah pada kadar minimum dan bukan bermaksud mengaut keuntungan dan tidak membebankan pihak industri yang terlibat dalam program itu. Gambar: Bernama Majikan perlu menanggung sepenuhnya kos vaksinasi untuk pekerja di sektor ekonomi kritikal dalam Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi-Sektor Peruncitan yang dijangka bermula bulan ini, menurut syarikat ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).
ProtectHealth iaitu syarikat yang dilantik kementerian kesihatan (KKM) sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata walaupun pekerja menerima vaksin yang dibeli kerajaan, namun majikan perlu menampung kos penyediaan pusat pemberian vaksin (PPV) industri dan bayaran kepada pengamal perubatan swasta yang terlibat.
“Selain itu, majikan tidak dibenarkan mengenakan sebarang caj kepada pekerja mereka dan majikan bertanggungjawab penuh kepada pelaksanaan PPV yang baik.
“Justeru, ProtectHealth ingin menafikan kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) dan dipetik oleh beberapa akhbar bahawa syarikat ini menetapkan bayaran RM50 bagi vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, PPK mencadangkan agar pekerja membayar caj RM50 untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di lokasi selepas pusat beli-belah bersetuju untuk memberi subsidi.
Persatuan itu menjelaskan pusat beli-belah akan memberi sebahagian besar subsidi kos vaksinasi dan membenarkan pekerja membayar RM20 seorang (RM10 satu dos) manakala ProtectHealth akan mengenakan caj tambahan sebanyak RM30 bagi seorang pekerja (RM15 bagi pemberian setiap dos), menjadikan jumlah caj yang dikenakan sebanyak RM50 untuk seorang pekerja.
Kenyataan PPK itu susulan pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berhubung lebih 500,000 pekerja dalam sektor peruncitan akan menerima manfaat pelaksanaan Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi-Sektor Peruncitan.
Tegas ProtectHealth, kos tambahan pengoperasian PPV atau nominal commitment fee yang dinyatakan oleh PPK sebelum ini adalah penetapan persatuan sendiri, malah tidak ditentukan dan bukan dibayar kepada syarikat itu.
Katanya, semua kementerian yang terlibat akan bertanggungjawab memastikan caj yang dikenakan adalah pada kadar minimum dan bukan bermaksud mengaut keuntungan dan tidak membebankan pihak industri yang terlibat dalam program itu.
“Selepas majikan mendapat kelulusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), ProtectHealth akan menguruskan pengendalian dan suntikan vaksin dengan kos RM15 bagi setiap suntikan dos menerusi penglibatan pengamal perubatan swasta.
“Penyertaan sektor atau syarikat (dalam Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi-Sektor Peruncitan) juga adalah bersifat pilihan dan bukan mandatori,” katanya.
Justeru, majikan serta pekerja yang tidak menyertai pemberian vaksinasi kepada sektor ekonomi kritikal ini masih akan menerima vaksin Covid-19 secara percuma di bawah fasa arus perdana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila tiba giliran mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/majikan-perlu-tanggung-sepenuhnya-kos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Majikan Boleh Emel Borang Cukai Pekerja Warga Asing Hingga 31 Disember 2021

Lhdn Majikan Boleh Emel Borang Cukai Pekerja Warga Asing Hingga 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 264 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa kelonggran telah diberikan kepada majikan untuk mengemukakan borang kertas berkaitan cukai pendapatan pekerja warga asing mereka melalui emel selain serahan tangan dan pos hingga 31 Disemb...
Majikan Paksa Pekerja Hadir Ke Tempat Kerja Boleh Diambil Tindakan

Majikan Paksa Pekerja Hadir Ke Tempat Kerja Boleh Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 248 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob meninjau pematuhan prosedur operasi standard susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama ketika membuat lawatan ke Sekatan Jalan Raya di Jalan Ampang hari ini Gambar Bernama Majikan yang memak...
Kemnaker Adakan Kembali Vaksinasi Covid 19 Bagi Seribu Pekerja Dan Buruh

Kemnaker Adakan Kembali Vaksinasi Covid 19 Bagi Seribu Pekerja Dan Buruh

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 187 hits
Masih dalam rangkaian peringatan Hari Buruh Internasional atau May Day tahun 2021 Kementerian Ketenagakerjaan bekerja sama dengan Kementerian Kesehatan kembali mengadakan program vaksinasi Covid 19 bagi pekerja buruh di Gedung Serbaguna Kem...
Malaysia Ungguli Negara Utama Asean Dalam Kadar Vaksinasi

Malaysia Ungguli Negara Utama Asean Dalam Kadar Vaksinasi

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 332 hits
MALAYSIA NOW Malaysia mendahului negara negara tersebut dengan sekurang kurangnya 6 2 sasaran vaksinasi telah dicapai Data terkini program vaksinasi global menunjukkan Malaysia mengungguli negara negara utama Asean lain dalam peratusan tert...
Suara Krew Kabin Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

Suara Krew Kabin Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 434 hits
Suara krew kabin jadi sukarelawan di pusat vaksinasiBukan hanya juruterbang yang terpaksa dikurangkan perkhidmatannya tetapi krew kabin seperti pramugari dan pramugara juga mengalami nasib sama
Vaksinasi Lansia Di Garut Baru Capai 2 Persen

Vaksinasi Lansia Di Garut Baru Capai 2 Persen

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 239 hits
Kondisi tersebut pun kemudian ditambah dengan kendala lambatnya distribusi vaksin ke Garut sehingga kegiatannya makin lambat
Memanfaatkan Bus Jadi Vaksinasi Keliling Di India

Memanfaatkan Bus Jadi Vaksinasi Keliling Di India

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 221 hits
Memanfaatkan Bus Jadi Vaksinasi Keliling di India India menyediakan layanan vaksinasi keliling dengan bus penumpang sebagai upaya menekan penyebaran virus corona
Vaksinasi 562 242 Penyandang Disabilitas Pemerintah Gunakan Skema Jemput Bola

Vaksinasi 562 242 Penyandang Disabilitas Pemerintah Gunakan Skema Jemput Bola

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 266 hits
Siti mengatakan kerjasama dengan Kementerian Sosial dan Dukcapil juga sudah berjalan Yaitu kata dia proses vaksinasi di Panti milik Kemensos serta pendataan bagi Kaum ODGJ terlantar yang tidak memiliki Nomor Induk Kependudukan
Potong Gaji Ceo Bank Bukan Buang Pekerja

Potong Gaji Ceo Bank Bukan Buang Pekerja

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 177 hits
Potong gaji CEO bank bukan buang pekerja Firma Perunding Roland Berger dalam laporan terkininya menyatakan terdapat anggaran sebanyak 567 cawangan bank di Malaysia telah ditutup sepanjang dekad ini Salah sebuah bank tempatan terbesar turut ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur