Main Kutu Online Dengan Maybank2u
Main Kutu Online Dengan Maybank2U
Pernah main 'kutu duit'? Bukan kutu rambut. Kutu duit adalah satu cara mengumpulkan duit dalam 1 kumpulan yang mana seseorang akan mendapat duit terkumpul mengikut giliran yang telah di tetapkan. Dulu ramai yang main kutu duit ni, sekarang dah kurang sebab banyak penipuan berlaku dan kutu duit ni telahpun di senaraikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Sekarang ni masih ada juga yang main kutu duit ni, tapi kebanyakan orang orang tua di kampung la kot. Admin waktu sekolah dulu pernah main kutu duit ni dengan kawan sekolah. Awal awal je yang dapat, lepas tu yang dah dapat duit tu dah liat nak bayar, kawan kawan yang belakang ni terlopong la mengamuk tak dapat duit dia.. Inilah masalah kutu duit ni, lagi lagi dalam satu kumpulan kutu tu, banyak orang nya.
Main Kutu Online Dengan Maybank2UKalau nak tahu, Maybank ada 1 feature ni yang seakan akan macam kita main kutu, tapi bukan kutu la. Kan main kutu duit ni dah jadi kesalahan. Feature Maybank2U ni di sebut 'GOAL'. Seakan akan kutu duit tapi antara pemegang akaun dengan pihak bank saja. Cara kerja dia, set Goal atau tujuan, set tempoh atau amount bulanan yang kita nak simpan, kemudian tiap bulan, pihak bank akan auto debit masukkan duit dalam akaun 'GOAL' kita tadi. Dah sampai target, boleh keluarkan untuk beli apa apa yang kita hajatkan. Hampir sama dengan kutu kan. tapi ni kutu moden yang selamat la
Cara Main Kutu Dengan Maybank2U1. Pertama sekali, login ke akaun Maybank2U dengan interface terbaru
2. Selepas Login. klik 'Create GOAL'
3. Form untuk set Goal seperti di bawah akan keluar. Category, pilihlah category anda, masukkan nama Goal anda. Untuk commitment, ada 2 pilih salah satu samaada 'by Montly Amount' atau
'by Duration'. Kemudian, isi maklumat yang diminta.
'Goal Amount' = Berapa jumlah simpanan yang anda target
'First Deposit' = Jumlah permulaan simpanan. Boleh serendah RM1
'Monthly Amount' = Jumlah simpanan tiap bulan. Autodebit tiap bulan dari akaun utama anda.
'Starting Date' = Tarikh bermula Autodebit bulanan.
'Duration' = Tempoh simpanan.
Setelah isi kesemua maklumat, klik 'start'.
4. Sahkah permohonan dengan TAC.
5. Selesai
Jadi tiap bulan, wang anda dari akaun utama atau akaun saving anda akan di autodebit ke 'Goal' anda mengikut apa yang telah anda set. Sampai masa samaada jumlah simpanan telah cukup atau tempoh masa sudah cukup, wang dari 'Goal' akan dimasukkan semula ke akaun simpanan.
Sama dengan cara Kutu duit kan... Bayar bulan bulan.. Sampai turn, dapat duit. Ha lebih kurang dengan 'Goal' ni, cuma main dengan diri sendiri sahaja. Tak ada siapa nak bawa lari duit. Cuma kena komit lah.
Ops. Jika ada emergency nak pakai duit macam mana nak keluarkam duit dari akaun 'Goal' tu sedangkan belum sampai masa. Anda boleh batalkan Goal pada bila bila masa dan duit dimasukkan semula ke akaun simpanan anda.Tapi kena betul betul emergency la, kalau nak keluar date ngan kekasih tak ada duit, itu bukan emergency ye. Sebab tu kena komit, kalau tak komit, tak ada beza la Goal dengan akaun simpanan kita tu. Huhu
Cara untuk keluarkan duit dari 'Goal'
1. Login ke akaun Maybank2U anda
2. Klik 3 titik kecil pada 'Goal'.
3. Kotak hitam akan keluar yang mengandungi menu 'Remove Goal'. Klik 'Remove Goal'
4. Selesaikan TAC.
5. Duit dari 'Goal' dipimdahkan ke akaun simpanan.
6. Selesai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/09/main-kutu-online-dengan-maybank2u.html