Mahu Kongsi Teh Sembang Berita Hiburan Korea Forum Kimchidaily Khas Buat Korang
Mesti ramai yang sebenarnya suka K-Pop dan K-Drama cuma tak tahu nak cari rakan dengan minat yang sama kan?
ARTIKEL BERKAITAN
"Ingat Ex Ke?" - Ahli 'RM' Gurau Artis & CEO Sendiri Bercinta, Ramai Perasan Song Jihyo Tak Selesa?
Sampaikan kalau ada gosip atau berita artis Korea, korang terpaksa menyorok nak dapatkan update sebab tak tahu mahu berkongsi bersama siapa kan?
Bersembang di forum
Nah! KimchiDaily mempunyai jalan penyelesaian buat korang. Bukan sahaja memberikan kemas kini paling laju mengenai dunia hiburan Korea tapi kami turut menyediakan platform untuk korang bersembang dan bertemu rakan baru. Yes~
Dengan pelancaran forum KimchiDaily, korang dah boleh buka thread sendiri bagi merungkai segala persoalan mengenai berita hiburan Korea yang terbuku di hati. Ada idola bercinta? Teka ending drama? Pendapat mengenai lagu baru? Atau ada ‘teh’ dari orang dalam mengenai hal Korea? Semuanya boleh diutarakan di forum ini!
Daftar sekarang
Pendaftaran mudah sahaja di mana korang hanya perlu mengisi sedikit maklumat peribadi sebelum menantikan e-mel pengaktifan di alamat e-mel yang didaftarkan. Selepas dah diaktifkan, korang boleh mula membuka pelbagai thread mengikut kategori yang dimahukan. Best!
Pun begitu, korang mestilah mematuhi beberapa peraturan untuk memastikan pengalaman pengguna yang selamat dan menyeronokkan semasa melayari forum ini.
Kalau tak nak tanya soalan pun atau bincang mengenai gosip terbaru, korang boleh juga kongsi gambar idola atau pelakon Korea kesukaan ke. Baru rancak!
Jom beramai-ramai memeriahkan forum KimchiDaily~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/mahu-kongsi-teh-sembang-berita-hiburan-korea-forum-kimchidaily-khas-buat-korang/